{"id":13072,"date":"2022-10-26T16:49:05","date_gmt":"2022-10-26T16:49:05","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13072"},"modified":"2022-10-26T16:49:08","modified_gmt":"2022-10-26T16:49:08","slug":"tuan-guru-presiden-pas-bangga-memulakan-langkah-sheraton","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/10\/26\/tuan-guru-presiden-pas-bangga-memulakan-langkah-sheraton\/","title":{"rendered":"Tuan Guru Presiden PAS Bangga Memulakan Langkah Sheraton?"},"content":{"rendered":"\n<p>Ya, kami ahli PAS turut berbangga dengan tindakan beliau yang memulakan Langkah Sheraton ini, sekaligus meruntuhkan ego kerajaan PH yang semakin menampakkan wajah sebenar mereka walaupun baru berusia 22 bulan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja ahli-ahli PAS yang merasa bangga, malahan ahli dan penyokong BN, Bersatu juga begitu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak ketinggalan juga sebahagian ahli PH yang tertipu dengan janji manis PH sebelum PRU yang penuh penipuan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah Sheraton jelas satu langkah yang tepat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia tidak jahat sebagaimana Langkah Kajang yang mahu mengenepikan MB Selangor, allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim dengan fitnah dan menggantikan beliau dengan seorang yang hampir ke penjara. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian berkeras mahukan bininya menjadi MB, sedangkan tiada kelayakan dan janji mereka untuk PRK Kajang, tiada berbangkit perkara menukar MB.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga tidaklah sehodoh Deklarasi Setapak yang cuba mengenepikan hak keistimewaan Melayu serta Raja-Raja Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Deklarasi yang diangkat untuk diterima kerajaan itu, akhirnya membawa kepada pertumpahan darah antara kaum dan agama, akibat ia ditentang oleh orang Melayu, penduduk asal negara ini yang merasa marah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga tidaklah sebagaimana gerakan Malayan Union yang mahu menghapuskan dan menggugat kedudukan raja-raja Melayu, hasil daripada buah fikiran British yang sedap menyedut hasil kekayaan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua gerakan-gerakan itu adalah gerakan batil yang tidak boleh kita terima sama sekali di tanah bertuah ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Idea Presiden PAS dalam Langkah Sheraton ini, telah diterima oleh semua pimpinan Bersatu, BN dan sebahagian PKR. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ini termasuklah Tun Mahathir, politikus terlama dan paling berpengalaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua pimpinan ini tidaklah bodoh untuk menerima tanpa kajian dan apa keuntungan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, matematik politik yang amat mudah kita gunakan, cadangan Presiden PAS ini sangat baik dan tidak menyalahi perlembagaan, sebab itu ia diterima pimpinan utama parti-parti itu, termasuk Yang Dipertuan Agong juga.<\/p>\n\n\n\n<p>Rasulullah dahulu juga pernah dituduh sebagai penggugat kestabilan kerana dengan kehadiran baginda ke Madinah, secara langsung turut mengambil alih jawatan ketua negara daripada Abdullah bin Ubai. <\/p>\n\n\n\n<p>Abdullah yang ketika itu, sedang dalam persiapan untuk ditabalkan menjadi orang nombor satu Madinah. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu baginda dituduh pengacau perampas kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan disebalik tuduhan itu, Madinah kemudiannya menjadi pusat pemerintahan Islam dengan berjaya menawan negara-negara kuasa besar waktu itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua orang gembira kerana dengan kehadiran Rasulullah itu, Madinah lebih berjaya dan stabil selepas itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya kaum munafik pimpinan Abdullah bin Ubai sahaja yang mendakwa Madinah semakin terancam, semuanya yang berkaitan Rasulullah adalah negatif. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan oleh kerana dendamnya, Abdullah kemudiannya mengadakan satu pakatan yang penuh harapan, dengan musuh Islam, agar Rasulullah dan Islam dihapuskan, sedangkan dia telah berjanji akan menurut Rasulullah.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi selepas PH jatuh, negara kita menjadi semakin stabil. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tiada masalah yang besar, ditambah lagi ancaman Covid-19 juga telah berlalu. <\/p>\n\n\n\n<p>TH tabung kewangan bagi umat Islam itu mencatatkan keuntungan. <\/p>\n\n\n\n<p>Raja-raja tidak lagi dihina, kedudukan Melayu diperkukuhkan, kaum lain tidak diganggu, kebencian terhadap Islam dikawal dengan tindakan-tindakan yang sesuai diambil bagi pembencinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Rasulullah membawa Islam bersama baginda sewaktu berhijrah, lalu mempraktikkannya, menjadikan kaum Aus dan Khazraj yang dahulunya berkelahi, semakin dihormati. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang Rasulullah buat, Presiden PAS cuba ikut. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa sahaja yang boleh membawa kebaikan maksima kepada Islam dan umatnya, PAS akan laksanakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Gelarlah langkah apa sekalipun, jahat macamanapun, PAS akan terus melangkah ke arah itu, kerana ia memberi kebaikan kepada Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS tidak tersasul dengan tindakan hanya kerana musuh yang melabelkannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi ia adalah musuh Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah dalam pakatan mereka, selain daripada kafir, pembenci Islam, penyokong LGBT, penipu, perasuah, juga terdapat munafik sebagaimana Abdullah bin Ubai itu? <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau begitu, ramai jugalah kumpulan dalam pakatan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ya, kami ahli PAS turut berbangga dengan tindakan beliau yang memulakan Langkah Sheraton ini, sekaligus meruntuhkan ego kerajaan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13073,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-13072","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13072","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13072"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13072\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13074,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13072\/revisions\/13074"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13073"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13072"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13072"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13072"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}