{"id":13146,"date":"2022-10-28T05:32:14","date_gmt":"2022-10-28T05:32:14","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13146"},"modified":"2022-10-28T05:32:16","modified_gmt":"2022-10-28T05:32:16","slug":"komunis-tidak-diperlukan-di-malaysia-bahagian-3","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/10\/28\/komunis-tidak-diperlukan-di-malaysia-bahagian-3\/","title":{"rendered":"Komunis Tidak Diperlukan Di Malaysia (Bahagian 3)"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada tahun-tahun 50-70-an, komunis masih gagah meredah hutan belantara, menyusup dalam lubang-lubang rahsia mereka, pergi ke sana sini kerana perjuangan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini kerana, induk mereka seperti Russia dan China masih kuat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Serangan ke atas pasukan keselamatan dan rakyat, masih berterusan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat Malaysia sudah bencikan komunis. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiada apa jasa mereka kepada watan ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lagipun, ia dikuasai oleh satu bangsa sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila Russia kalah perang dengan Afghanistan, komunis mula melemah, terutamanya di Eropah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehinggalah, Eropah Timur mula melihat komunis, bukan lagi satu ideologi yang baik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bahkan dari mula lagi mereka dipaksa menerima komunis, bukan dari hati mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka bercantumlah Jerman Timur dan Jerman Barat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Diruntuhkan Tembok Berlin yang mana satu ketika dahulu adalah lapangan membunuh ribuan rakyat Jerman yang mahu melarikan diri dari Jerman Timur ke Barat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ideologi rekaan Yahudi ini, menghampiri kuburnya<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Situasi ini juga terjadi di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Komunis mulai rasa kecewa dengan usaha mereka melalui cara gerila. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perlahan-lahan, mereka menukar strategi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata guru sekolah saya pada sekitar awal 80-an dahulu, komunis sekarang tidak lagi berperang dalam hutan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka sudah memakai pakaian seperti kita, bergerak bersama kita, ada dalam masyarakat kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Benar sekali. Kita duduk dengan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ideologi mereka meresap secara perlahan-lahan dalam kalangan kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah Rundingan Damai di Haadyai 1989 ditandatangani, maka komunis secara rasminya meletakkan senjata mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rashid Maidin tinggal di Selatan Thailand dan mengajar anak-anak mengaji. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau masih Islam dan kelihatannya tersalah memilih jalan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walau apa sekalipun yang beliau nyatakan, memilih bersama komunis, apatah lagi setelah negara merdeka dari British, adalah satu langkah yang salah kerana tujuan asal Rejimen 10 itu untuk menentang British.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua ahli komunis diberikan peluang pengampunan oleh kerajaan ketika itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mana-mana yang berasal dari Malaysia, ditawarkan kerakyatan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehinggakan ada antara anggota tentera merasa amat sedih kerana perjuangan mereka dahulu ditamatkan dengan cara begitu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bekas komunis ini, boleh memulakan kehidupan baharu mereka di tanahair yang cuba mereka musnahkan dahulu, namun bekas tentera, ada juga yang terpinggir.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Strategi mereka menjadi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perlahan-lahan mereka mengumpul tenaga dan meresapi pemikiran rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka kelihatannya belum insaf lagi kerana terbukti perlakuan mereka selepas itu, ada yang menjurus kepada aktiviti menghidupkan komunis. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sewaktu PH memerintah, ia semakin jelas kelihatan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perjumpaan bekas ahli PKM, abu mayat Chin Peng dibawa pulang, sedangkan ketika hidup, Chin Peng sendiri menolak tawaran Malaysia untuk kembali dan tinggal di Selatan Thai. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Komik berkenaan komunis yang diedarkan di sekolah-sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perarakan kemerdekaan juga dicemari dengan penyertaan kumpulan yang pernah bertempur dengan askar Melayu dizaman PH. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengguriskan hati perajurit kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Benarlah kata cerdik pandai. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siapa yang menang, mereka akan menulis sejarah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan pastinya sejarah Malaysia, jika PH menang, akan mendakwa komunislah pejuang sebenar bagi memerdekakan tanahair ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedangkan seperti yang dimaklumi, mereka menentang Jepun kerana permusuhan yang turun temurun, bukan kerana patriotik kepada tanah leluhur ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala menentang British sehingga membunuh rakyat Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sama sahaja komunis di mana-mana, kekejaman adalah teras pemerintahan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lihat di China, bagaimana Uighyur diseksa, dikurung, diperlakukan dengan berbagai-bagai kejahatan, hanya kerana mereka Islam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Diperlakukan sebegitu kerana Uighyur bukan berasal dari China, kata mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedangkan mereka di sini, berasal dari tanah besar, mereka mahukan hak yang sama pula dengan kita, tuan asal tanah ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah komunis. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka mengamalkan dasar tutup pintu kepada orang luar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan memaksa orang luar menerima mereka apabila mereka ke sana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Little China berselerakan di seluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, mengapa kita, Melayu Islam, mesti memilih golongan yang berpaksikan komunis. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka tiada kena mengena dengan kita, bukan saudara secara keturunan mahupun agama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan juga rakan niaga kerana semua rakan niaga mereka adalah bangsa mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiada kekayaan yang mereka kongsikan dengan kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ekonomi dikawal mereka, yang merana kita dengan kenaikan harga barang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemudian dalam politik, tiba-tiba mereka mahu kita berkongsi undi dengan mereka?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Undi merekapun tidak sampai kepada kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita Melayu Islam tidak sebodoh itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada tahun-tahun 50-70-an, komunis masih gagah meredah hutan belantara, menyusup dalam lubang-lubang rahsia mereka, pergi ke sana sini<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13147,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-13146","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13146","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13146"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13146\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13148,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13146\/revisions\/13148"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13147"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13146"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13146"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13146"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}