{"id":13228,"date":"2022-10-31T02:39:46","date_gmt":"2022-10-31T02:39:46","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13228"},"modified":"2022-10-31T02:39:48","modified_gmt":"2022-10-31T02:39:48","slug":"pilihlah-pemimpin-yang-bertanggungjawab","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/10\/31\/pilihlah-pemimpin-yang-bertanggungjawab\/","title":{"rendered":"Pilihlah Pemimpin Yang Bertanggungjawab"},"content":{"rendered":"\n<p>Parti politik yang nak menamakan calon mereka untuk bertanding dalam PRU15 ni, janganlah hanya fikir nak menang sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi bertanggungjawablah sikit dengan menawarkan calon yang berfikiran kritis, mampu berhujah dan memberikan pandangan dengan penuh profesional di Parlimen sekiranya terpilih nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Sampai bila nak biarkan Dewan Rakyat kita jadi zoo negara, mencarut, memekak tanpa hujung pangkal dan paling sadis dipenuhi wakil rakyat yang kaki ponteng sidang.<\/p>\n\n\n\n<p>Lagi <a><\/a>banyak kerusi daripada orang bukan satu pemandangan pelik di dewan tu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada benda yang lebih besar untuk dibahas dan diperdebatkan di dewan yang mulia itu, setakat nak cerita longkang tersumbat itu belum cukup.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat nak tunjuk jaguh menjerit bukan itu tempat dia.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat nak buat lawak lepas tu gelak berjemaah bukan itu pentas dia.<\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi kalau sekadar nak bergaya dengan sut Salvatore Ferragamo dan Vellfire berkilat dengan lambang Ahli Parlimen dekat nombor plate.<\/p>\n\n\n\n<p>Ekonomi negara makin mencabar, pelabur dah banyak memilih negara jiran, matawang makin menjunam, pengangguran semakin meningkat, hutang negara makin menggila.<\/p>\n\n\n\n<p>Masihkah kita nak tawarkan jaguh kampung yang hanya champion berkuntau di kawasan sendiri tetapi bila di Parlimen hanya sekadar nak sakau elaun??<\/p>\n\n\n\n<p>Tanggungjawab paling utama di Parlimen nanti merangkumi perkara-perkara berkaitan kerajaan, urus-tadbir negara serta penggubalan dasar awam atau public policy.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka perlu merangka undang-undang, memperjuangkan isu berkaitan kepentingan umum serta menyuarakan keresahan rakyat dalam pelbagai aspek seperti kebajikan, ekonomi, kesihatan, keadilan etc!<\/p>\n\n\n\n<p>Maaf cakap, kalau setakat isu-isu setempat, kawasan perumahan semua tu, kita ada PBT dan pelbagai agensi yang dok ada tu, depa lebih lebih arif daripada segelintir YB-YB yang hanya muncul bila waktu raya dan time nak mengundi.<\/p>\n\n\n\n<p>Tak salah sekali sekala kita tengok macam mana Parlimen di seberang tambak sana tu bersidang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Parlimen mereka pakai tie pun tidak, tetapi dipenuhi wakil rakyat yang berkelulusan Ivy League dan berhujah dengan penuh hemah, profesional tanpa perlu bersikap macam kera tergigit cabai!<\/p>\n\n\n\n<p>C&#8217;mon&#8230;ni dah nak masuk tahun 2023 kot&#8230;bagilah calon yang &#8216;berjenis&#8217; sikit untuk rakyat pilih.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau mencari tempat mandi, pertama teluk kedua pantai; Kalau nak ditawar pemimpin nanti, pertama elok kedua pandai&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Syahril A. Kadir<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti politik yang nak menamakan calon mereka untuk bertanding dalam PRU15 ni, janganlah hanya fikir nak menang sahaja.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13229,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13228","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13228","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13228"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13228\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13230,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13228\/revisions\/13230"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13229"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13228"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13228"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13228"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}