{"id":1327,"date":"2020-09-07T06:27:55","date_gmt":"2020-09-07T06:27:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1327"},"modified":"2020-09-07T06:27:57","modified_gmt":"2020-09-07T06:27:57","slug":"bersatunya-ultra-kiasu-dalam-mempertahankan-musang-king-sjkc-dan-pencemaran-air-selangor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/07\/bersatunya-ultra-kiasu-dalam-mempertahankan-musang-king-sjkc-dan-pencemaran-air-selangor\/","title":{"rendered":"Bersatunya Ultra Kiasu Dalam Mempertahankan Musang King, SJKC, Dan Pencemaran Air Selangor"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita bagaimana? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berpecah tak habis? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berikan satu contoh, semua politik Melayu (Islam) atau NGO bersatu bersepakat dalam sesuatu isu seperti ultra kiasu? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada atau tidak? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sampai bila? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keadaan kita makin tenat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Merajuk sikit, marah sikit, tubuh parti baharu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pecah lagi\u2026ultra kiasu terus menang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita terus kalah\u2026<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lihatlah, betapa liciknya ultra kiasu di sebalik beberapa isu terkini yang ada kaitan secara langsung kepentingan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila sentuh sahaja isu pendidikan Cina (SJKC, UEC) dan tanah musang king, bukan main lagi garangnya lagak mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lantang betul mereka bersuara, tidak kira ultra kiasu dalam kerajaan mahupun luar kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walhal kesnya sangat jelas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dah berkali saya katakan, kita tidak mahu ambil pengajaran. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nak fahami penyatuan politik Cina, senang sahaja, fahami rukun politik Cina.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdapat tiga (ada kata empat) rukun politik Cina.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertama, pertahankan Pendidikan Cina (bahasa Cina).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua, pertahankan media Cina kerana inilah saluran penting mereka untuk sampaikan maklumat untuk menyatukan Cina.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketiga, pertahankan NGO Cina kerana NGO inilah yang menjadi kumpulan pendesak paling berkesan sehingga kerajaan terpaksa tunduk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keempat, pertahankan ekonomi Cina kerana inilah sumber nadi utama bagi memastikan tiga di atas mendapat tempat yang istimewa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada duit semua jadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu Pendidikan Cina. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ternyata salah, bertentangan dengan sejarah dan Perlembagaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ultra kiasu pertahankan bermati-matian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan (Melayu) merasa tertekan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila dah tertekan, maka keluarlah kata, itu hak bukan Melayu (Cina) yang termaktub dalam Perlembagaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedangkan ia bukan hak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itulah sifat Melayu, bila senang, raikan orang lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila susah, baru cari bangsa sendiri, seagama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sama seperti susah payah memperjuangkan kemerdekaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketika susah, bermatian-matian Melayu Islam dan Bumiputera, mempertahankan tanah air sehingga nyawa menjadi gadaian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila sudah senang dan merdeka, Melayu seagama sudah tidak ingat lagi, yang dia ingat Melayu, Cina, India.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kata lain, ketika susah (berjuang menentang penjajah) ingat saudara seagama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila senang atau merdeka, raikan orang lain, Melayu, Cina, India, walaupun bertentangan dengan undang-undang atau Perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya bukan rasis, hanya memperkatakan yang hak, walaupun itu amat pahit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ambil satu contoh di atas mengenai Pendidikan Cina. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pakar Perlembagaan, Prof Dr Shad Faruqi berkata, hak orang Cina adalah hak untuk belajar bahasa Cina, itu memang dijamin dalam Perlembagaan, tetapi bukan belajar dalam bahasa Cina. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam maksud, Perlembagaan memberi hak belajar ibunda tetapi bukan belajar dalam bahasa ibunda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hairannya, sekian lama pakar bercakap, tidak ada siapa yang mahu dengar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak ada tindakan atau penambahbaikan dibuat oleh kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita terus berpolitik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang politik merasakan dia semua pakar dalam segala hal. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tak mahu rujuk pakar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pakar dirujuk ketika susah dan tersepit.Pakar sejarah negara, mendiang Prof Khoo Kay Kim pernah berkata, apabila bercakap soal Pendidikan Cina. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata Khoo, British hanya benarkan sekolah Cina beroperasi ketika zaman penjajah, jika mereka berhasrat untuk kembali ke negara asal iaitu negara China. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak mahu menetap di Tanah Melayu.Namun, jika orang Cina mengambil keputusan untuk menetap di Tanah Melayu, maka sekolah Cina mesti dirobohkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang Cina mesti belajar dalam aliran kebangsaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas kata-kata pakar sejarah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ternyata penjajah British sangat memahami dalam kehidupan bernegara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memberikan hak kepada yang berhak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malangnya, perkara ini tidak difahami sebegitu oleh ultra kiasu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka merasakan semua hak mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sampai ke tahap hak yang diminta melampau-lampau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menjadikan sekolah Cina beroperasi secina-cinanya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih Cina daripada Cina di negara China.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di negara komunis China, semua silibus dan kurikulum ditentukan oleh kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak ada pilihan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi dalam konteks Malaysia, sekolah Cina yang dibantu sepenuhnya oleh kerajaan, silibus dan kurikulum, ditentukan oleh bangsa mereka sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih malang, tidak patuh kepada arahan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudahlah tidak patuh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah desak dan paksa kerajaan untuk iktiraf Sijil Pendidikan Menengah Cina iaitu UEC. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keempat rukun tadi bergabung, bersatu teguh, sehingga kerajaan terpaksa tunduk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sama juga isu pencerobohan tanah kerajaan bagi penanaman durian musang king. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beribu-ribu hektar tanah kerajaan di ceroboh, tiba-tiba apabila jadi isu, desak kerajaan untuk iktiraf dan beri tanah yang diceroboh kepada mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ultra kiasu bersatu hati menentang kerajaan.Terbaharu, dalam isu pencemaran air di Selangor, sehingga sebahagian besar warga Lembah Kelang tidak dapat bekalan air selama hampir seminggu akibat racun yang dilepaskan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Heboh diperkatakan, bagaimana kilang tanpa lesen boleh beroperasi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berjuta-juta buat keuntungan, cukai bayar atau tidak, kita tidak tahu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiba-tiba apabila dikenakan tindakan, kerana melepaskan racun ke dalam sungai, hanya dikenakan tindakan RM60,000.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat terus merana, sedangkan dalam sistem demokrasi, rakyat adalah raja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ultra kiasu tidak menyerang kilang haram koncoya seperti mana mereka menyerang isu YB Kuala Nerus, Khairuddin dalam isu kuarantin COVID-19. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu Khairuddin senyap sekejap, apabila terkena kepada konco-konconya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka tidak bersuara agar tindakan tegas dikenakan ke atas ultra kiasu yang melepaskan racun ke dalam sungai sehingga kolam tadahan tercemar, menyebabkan sebahagian besar penduduk Lembah Kelang menderita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih hina lagi membaca kenyataan pemimpin ultra kiasu Selangor berkata, kilang yang beroperasi haram tersebut, yang telah menyebabkan rakyat menderita, biarlah tuan punya yang roboh sendiri, bukannya pihak berkuasa (kerajaan). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Takut sungguh dia kepada ultra kiasu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelik sungguh, kilang haram beroperasi (ceroboh tanah haram) berpuluh-puluh tahun, tidak diambil tindakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malahan tindakan yang dikenakan begitu ringan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Takut sungguh dengan ultra kiasu yang begitu nyata melanggar undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah sifat Melayu, bila dapat kuasa dan hidup senang, mulutnya meratib Melayu, Cina, India.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, bila hilang kuasa, baru nak cari sokongan Melayu, baru nak merayu kepada Melayu dan Bumiputera. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila senang, Melayu, Cina, India. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rupanya kena susah dahulu, baru dia sedar dan insaf. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah cara ini betul? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sama-sama kita fikirkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kita bagaimana? Berpecah tak habis? Berikan satu contoh, semua politik Melayu (Islam) atau NGO bersatu bersepakat dalam sesuatu<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1328,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-1327","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1327","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1327"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1327\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1329,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1327\/revisions\/1329"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1328"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1327"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1327"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1327"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}