{"id":13296,"date":"2022-11-01T12:57:56","date_gmt":"2022-11-01T12:57:56","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13296"},"modified":"2022-11-01T12:57:58","modified_gmt":"2022-11-01T12:57:58","slug":"masa-kecederaan-zahid-terpaksa-tunduk-nama-besar-naik-semula","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/01\/masa-kecederaan-zahid-terpaksa-tunduk-nama-besar-naik-semula\/","title":{"rendered":"Masa Kecederaan: Zahid Terpaksa Tunduk, \u2018Nama Besar\u2019 Naik Semula"},"content":{"rendered":"\n<p>Bagi beberapa nama besar dalam UMNO yang dikatakan tidak disenaraikan sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ianya belum berakhir, selagi pengumuman rasmi belum dibuat, yang dijadualkan malam ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana dalam perkembangan terbaharu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terpaksa tunduk kepada tekanan pemimpin yang tidak disenaraikan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2018Ianya belum berakhir selagi tidak berakhir\u2019 mungkin berlaku dengan beberapa nama yang kononnya berada dalam senarai penyingkiran oleh Zahid, tetapi terpaksa dimasukkannya semula.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber yang rapat dengan UMNO berkata senarai akhir mungkin \u2018memasukkan semula\u2019 beberapa calon yang awalnya telah digugurkan, setelah Zahid tunduk kepada desakan pihak tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNama seperti Datuk Seri Shahidan Kassim mungkin dimasukkan semula,\u201d kata sumber itu merujuk kepada tindakan penyandang kerusi Parlimen Arau berkenaan yang mengarahkan semua bilik gerakan pilihan raya di kawasan itu ditutup sejak malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kenyataan di Facebooknya malam tadi, Shahidan menulis: \u201cMalam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan itu sekali gus menandakan beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dalam kerajaan sementara sekarang ini, tidak tersenarai sebagai calon.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan itu, sehingga pagi tadi, petugas BN Parlimen Arau telah mula menurunkan bendera parti di kawasan mereka sebagai bantahan kerana nama Shahidan tersenarai sebagai pemimpin yang digugurkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, Shahidan memberitahu akhbar The Star bahawa kesedihannya itu disebabkan penutupan bilik gerakan yang kemudiannya dikatakan hanya untuk dua hari sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia juga berkata bahawa dia akan kembali ke Arau untuk membuka semula bilik gerakan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa tidak ditutup secara kekal, cuma saya sedih melihat ia ditutup sejak dua hari lalu, kini saya akan kembali membukanya semula.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBilik gerakan Arau adalah yang pertama dibuka, dan untuk menjalankannya, anda memerlukan wang. Itulah sebabnya saya rasa ia ditutup mungkin oleh beberapa pemuda yang berada di sana,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, sumber lain juga memberitahu bahawa penyandang kerusi Parlimen Tenggara Datuk Seri Dr Adham Baba, yang merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Ketua UMNO Bahagian Tenggara, mungkin disenaraikan semula.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, senarai nama calon yang tidak terpilih telah bocor di media sosial, namun sumber itu menjelaskan ada kemungkinan Dr Adham akan tersenarai semula.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnda perlu tunggu sehingga pengumuman malam ini. Beberapa nama mungkin tidak digugurkan sebagaimana dalam senarai itu,\u201d kata sumber berkenaan dipetik The Star.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, senarai yang bocor itu menyatakan lima menteri, tiga timbalan menteri dan seorang veteran UMNO, tidak terpilih.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor (P095 Tanjung Karang), dan Tan Sri Annuar Musa (Menteri Komunikasi dan Multimedia \u2013 P026 Ketereh).<\/p>\n\n\n\n<p>Senarai itu juga mengandungi nama Shahidan; Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi \u2013 P155 Tenggara); dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara \u2013 P156 Kota Tinggi).<\/p>\n\n\n\n<p>Tiga timbalan menteri pula ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin (Komunikasi dan Multimedia \u2013 P001 Padang Besar); Datuk Mastura Mohd Yazid (Jabatan Perdana Menteri [Tugas-Tugas Khas] \u2013 P067 Kuala Kangsar); dan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Perumahan dan Kerajaan Tempatan \u2013 P086 Maran).<\/p>\n\n\n\n<p>Dua lagi yang berada dalam senarai itu ialah Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (penyandang kerusi P073 Pasir Salak); dan Datuk Seri&nbsp;Mohd Salim Mohd&nbsp;Sharif (Pengerusi Risda \u2013 P127 Jempol).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bagi beberapa nama besar dalam UMNO yang dikatakan tidak disenaraikan sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ianya<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13297,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13296","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13296","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13296"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13296\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13298,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13296\/revisions\/13298"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13297"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13296"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13296"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13296"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}