{"id":13308,"date":"2022-11-01T16:41:51","date_gmt":"2022-11-01T16:41:51","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13308"},"modified":"2022-11-01T16:41:53","modified_gmt":"2022-11-01T16:41:53","slug":"annuar-mahu-tanding-atas-tiket-pn-takiyuddin-kata-ada-kejutan-esok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/01\/annuar-mahu-tanding-atas-tiket-pn-takiyuddin-kata-ada-kejutan-esok\/","title":{"rendered":"Annuar Mahu Tanding Atas Tiket PN? Takiyuddin Kata Ada Kejutan Esok"},"content":{"rendered":"\n<p>Setelah digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berhasrat bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula memberitahu media malam ini, bahawa ada kejutan yang akan dibuat pada majlis pengumuman calon-calon PN Kelantan malam esok.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber memberitahu Annuar yang juga penyandang kerusi Parlimen Ketereh berusia 66 tahun itu dijangka bertanding di salah satu daripada 14 kawasan Parlimen di Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber itu berkata pencalonan Annuar akan diumumkan malam esok, di mana PN Kelantan juga akan mengumumkan senarai calonnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPN Kelantan dijangka mengumumkan nama Annuar dalam barisan calon Perikatan Nasional di Kota Bharu malam esok,\u201d kata sumber itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTunggulah kejutan itu, kami semua akan berada di atas pentas, esok,\u201d kata Takiyuddin yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Takiyuddin ketika melancarkan bilik gerakan Dewan Himpunan Penyokong PAS di Kota Bharu, malam ini berkata beliau bersimpati dengan Annuar yang disifatkannya sebagai kawan baik dan menteri kanan yang hebat.<\/p>\n\n\n\n<p>Annuar pada sidang media lebih awal hari ini berkata beliau hanya akan memutuskan langkah seterusnya selepas pengumuman calon oleh pemimpin BN malam ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak akan kecewa jika saya tidak diturunkan ke Ketereh. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi saya, karier politik saya tidak akan berakhir sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya akan duduk dan fikir betul-betul, tanpa tergesa-gesa. Ada banyak pilihan. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau bukan salah satu parti gabungan kerajaan, ada juga parti politik lain di luar sana,\u201d katanya memberi bayangan akan tetap bertanding pada PRU-15 ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis pengumuman calon-calon BN di ibu negara malam ini, Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata calon gabungan itu bagi kerusi Parlimen Ketereh ialah Ketua Puteri UMNO Kelantan Marzuani Ardila Ariffin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setelah digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, Tan Sri Annuar<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13309,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13308","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13308","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13308"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13308\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13310,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13308\/revisions\/13310"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13309"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13308"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13308"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13308"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}