{"id":13323,"date":"2022-11-02T03:18:13","date_gmt":"2022-11-02T03:18:13","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13323"},"modified":"2022-11-02T03:18:15","modified_gmt":"2022-11-02T03:18:15","slug":"edisi-kestabilan-dan-kemakmuran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/02\/edisi-kestabilan-dan-kemakmuran\/","title":{"rendered":"Edisi Kestabilan Dan Kemakmuran"},"content":{"rendered":"\n<p>Beberapa ahli Umno bahagian Pasir Salak mengecam keputusan menggugurkan Tajuddin Abdul Rahman sebagai calon parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seperti yang diumumkan malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka secara terbuka menolak pencalonan Khairul Azwan Harun dan menyindir keputusan itu dengan mengucapkan penghargaan kepada Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa menyebabkan perpecahan Umno Pasir Salak.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib <a><\/a>Ketua Umno Pasir Salak, Dr Faizal Tajuddin, yang juga anak Tajuddin mendakwa cadangan meletakkan bapanya sebagai calon untuk penggal keempat telah ditolak presiden Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, keputusan itu dibuat walaupun mereka telah mendapatkan hampir tiga ribu tandatangan daripada ahli akar umbi bagi memohon sokongan kepada penyandang ahli parimen berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Petisyen itu yang dilihat oleh Malaysiakini, ditujukan kepada Zahid; Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dan Mahdzir Khalid dan Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami mengumpul (tandatangan) dalam masa 24 jam. Kalau kami ada lebih banyak masa, kami boleh mengumpulkan semua tandatangan daripada ahli.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tetapi masih lagi nama Tajuddin ditolak sebagai (calon) ahli parlimen. Sekali lagi, terima kasih presiden,\u201d katanya pada sidang media di Kuala Lumpur selepas pengumuman calon BN malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kumpulan itu juga mengangkat sepanduk bertulis \u201cTerima kasih presiden kerana hancur perpaduan Umno Pasir Salak\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tidakkah mustahil untuk mengatakan bahawa mengumuman sebentar tadi, apa yang akan berlaku adalah perpecahan dalam sekelip mata Umno bahagian Pasir Salak.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi adakah top 5 atau presiden faham bahawa ini boleh berlaku?&#8221; soalnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Faizal berkata Tajuddin merupakan satu-satunya calon yang dicadangkan kepada pemimpin parti bagi mewakili Pasir Salak, manakala Khairul yang lebih dikenali sebagai Azwan Bro dicadangkan untuk kerusi Sungai Manik.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain mempersoalkan strategi parti, Faizal juga membidas Khairul kerana menerima pencalonan bagi kerusi parlimen berkenaan, dengan mendakwa jika Khairul adalah &#8220;pemain pasukan&#8221; dia akan menghormati keputusan bahagian.<\/p>\n\n\n\n<p>Faizal bagaimanapun mengakui bapanya tidak digemari di kalangan rakan-rakannya, dengan mendakwa sekiranya Tajuddin tidak lantang dalam isu-isu tertentu dia akan kekal sebagai ahli majlis tertinggi Umno dan calon BN di Pasir Salak.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, bagi Faizal, isu peribadi tidak seharusnya menghalang Tajuddin untuk dicalonkan semula memandangkan pengorbanan dan pencapaian yang telah dilakukan penyandang ahli parlimen itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami tidak dapat menggambarkan betapa kecewa dan kesalnya kami semua. Ia masih belum dapat dilihat sama ada pertukaran pencalonan akan memberi kesan besar kepada Pasir Salak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita akan lihat sama ada keputusan itu merupakan keputusan yang baik atau merugikan parti,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tajuddin sebelum ini beberapa kali secara terbuka menentang Zahid termasuk menggelar Zahid sebagai liabiliti terhadap Umno dan menunjukkan sokongan kepada Ismail Sabri sebagai perdana menteri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Beberapa ahli Umno bahagian Pasir Salak mengecam keputusan menggugurkan Tajuddin Abdul Rahman sebagai calon parlimen pada Pilihan Raya<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13324,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13323","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13323","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13323"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13323\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13325,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13323\/revisions\/13325"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13324"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13323"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13323"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13323"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}