{"id":13329,"date":"2022-11-02T03:41:30","date_gmt":"2022-11-02T03:41:30","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13329"},"modified":"2022-11-02T03:41:33","modified_gmt":"2022-11-02T03:41:33","slug":"pru-15-perikatan-nasional-akan-calonkan-shahidan-di-arau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/02\/pru-15-perikatan-nasional-akan-calonkan-shahidan-di-arau\/","title":{"rendered":"PRU-15: Perikatan Nasional Akan Calonkan Shahidan Di Arau"},"content":{"rendered":"\n<p>Perikatan Nasional (PN) Perlis mengesahkan kekosongan nama calon kerusi Parlimen Arau adalah untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Shahidan Kassim bertanding mewakili pakatan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli, nama calon kerusi Parlimen Arau itu dikosongkan pada saat akhir kerana rundingan di peringkat Pusat dengan Shahidan masih belum dimuktamadkan lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYa, betul ada rundingan dengan beliau (Shahidan). Semua bermula apabila kami berjumpa secara tidak sengaja di lapangan terbang pada Isnin lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami mempunyai hubungan baik selama ini dan perkara ini (tawaran menjadi calon PN) tercetus selepas terdapat ura-ura beliau mungkin tidak tercalon pada PRU-15.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi peringkat negeri, kami belum tahu lagi keputusannya kerana perbincangan masih berjalan di ibu pejabat. Saya masih menunggu keputusan ibu pejabat,\u201d katanya, lapor Sinar Harian, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata, pihaknya sebelum ini telah menghantar nama calon untuk dipilih di peringkat Pusat bagi bertanding di kerusi Parlimen Arau pada PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerusi Parlimen Arau ini adalah milik PAS. Sebelum ini, kita sudah hantar senarai nama yang sesuai untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerdasarkan situasi sekarang, kita akan beri laluan kepada Shahidan sebab beliau adalah calon boleh menang. Paling penting pada kami adalah memenangi sebanyak kerusi pada PRU15,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Mohd Shukri, beliau percaya bahawa penyokong PAS di peringkat akar umbi akan merestui keputusan ini kerana mereka ahli yang taat kepada parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Shahidan semalam mengesahkan tetap mahu bertanding di kerusi Parlimen Arau walaupun perlu menggunakan tiket parti lain selepas namanya digugurkan sebagai calon BN dan digantikan dengan Datuk Rozabil Abdul Rahman.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) Perlis mengesahkan kekosongan nama calon kerusi Parlimen Arau adalah untuk memberi laluan kepada Datuk Seri<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13330,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13329","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13329","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13329"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13329\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13331,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13329\/revisions\/13331"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13330"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13329"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13329"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13329"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}