{"id":13336,"date":"2022-11-02T17:56:37","date_gmt":"2022-11-02T17:56:37","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13336"},"modified":"2022-11-02T17:56:40","modified_gmt":"2022-11-02T17:56:40","slug":"umno-langkawi-terasa-dilayan-bagai-sampah-oleh-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/02\/umno-langkawi-terasa-dilayan-bagai-sampah-oleh-zahid\/","title":{"rendered":"Umno Langkawi Terasa Dilayan Bagai Sampah Oleh Zahid"},"content":{"rendered":"\n<p>Umno bahagian Langkawi menyatakan rasa sedih dan kecewa susulan <a><\/a>nama calon yang dicadangkan mereka gagat menambat hati pemimpin tertinggi parti untuk menghadapi PRU.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketuanya Nawawi Ahmad berkata apabila nama calon dari luar barisan kepimpinan bahagian dipilih, ia secara langsung melemahkan jentera di peringkat akar umbi untuk bekerja sekali gus.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya tindakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memilih calon lain menjadikan Umno Langkawi berasa mereka seolah-olah tidak dihargai.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami sudah bekerja lebih empat tahun untuk menghadapi PRU ke-15 ini, malah culaan bahagian juga mendapati Umno mampu untuk merampas Parlimen Langkawi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tetapi apabila presiden Umno pilih calon dari luar, saya lihat peluang untuk menang itu semakin pudar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Presiden tidak pilih seorang pun daripada lima nama yang kami cadangkan, tetapi pilih orang luar yang bukan anak jati Langkawi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perwakilan bahagian rasa kami macam sampah di mata presiden,&#8221; katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang tempatan kecewa<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu BN mengumumkan untuk mempertaruhkan calon muka baru, Armishah Siraj, untuk cuba menguasai kembali kerusi Langkawi yang ditawan Dr Mahathir Mohamad pada 2018.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu Mahathir merupakan pemimpin tertinggi Bersatu merangkap pengerusi PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Kali ini bekas perdana menteri berusia 97 tahun itu sudah mengumumkan rancangannya untuk mempertahankan kerusi berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahathir kini menjadi pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Gerakan Tanah Air (GTA).<\/p>\n\n\n\n<p>Amirshah, 58, tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Umno bahagian di pulau pelancongan berkenaan. Namun dia pernah menjadi setiausaha sulit kanan kepada tiga menteri besar Kedah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ialah Syed Razak Syed Zain, Ahmad Bashah Md Hanipah dan Muhammad Sanusi Md Nor.<\/p>\n\n\n\n<p>Zawawi berkata, rasa tidak senang atas pemilihan calon itu bukan saja dirasai oleh pemimpin di peringkat bahagian, malah dalam kalangan ahli akar umbi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, katanya, hasil tinjauan pihaknya, Umno Langkawi masih mempunyai 35 peratus jumlah pengundi tegar namun jumlah berkenaan dijangka semakin berkurangan ekoran perkembangan semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya tak mahu kata apa dengan pilihan presiden, tetapi luahan ini daripada barisan ahli yang kecewa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sepatutnya kita boleh menang walaupun berdepan Dr Mahathir kerana pertandingan paling kurang empat penjuru.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Lagi pun kami dapati orang tempatan kecewa dengan perkhidmatannya kerana susah orang kampung nak jumpa dia. Itu yang berlaku apabila bukan orang tempatan dipilih,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Umno bahagian Langkawi menyatakan rasa sedih dan kecewa susulan nama calon yang dicadangkan mereka gagat menambat hati pemimpin<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13336","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13336","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13336"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13336\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13338,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13336\/revisions\/13338"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13336"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13336"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13336"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}