{"id":13373,"date":"2022-11-04T03:32:34","date_gmt":"2022-11-04T03:32:34","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13373"},"modified":"2022-11-04T03:32:36","modified_gmt":"2022-11-04T03:32:36","slug":"calon-calon-pas-bersih-dan-stabil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/04\/calon-calon-pas-bersih-dan-stabil\/","title":{"rendered":"Calon-Calon PAS Bersih Dan Stabil"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS Terengganu dengan bangganya menampilkan seramai lapan orang calon ahli Parlimen bagi PRU kali ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan latar belakang yang sungguh memberangsangkan, mereka inilah harapan rakyat bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Terengganu khusunya dan Malaysia amnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat mahukan wakil yang bersih, PAS sediakan calon yang tiada rekod rasuah atau salahlaku. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat mendambakan wakil yang boleh menstabilkan negara, calon-calon PAS malah telah membuktikannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>P033: Besut<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Datuk Muhammad Che Zulkifli Jusoh<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau adalah mantan Ahli Parlimen Setiu yang telah berkhidmat selama sepenggal mewakili BN pada tahun 2013-2018. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau kemudiannya pada sekitar tahun 2018 telah menyertai PAS setelah melihat keupayaan PAS mentadbir negeri dan kepercayaan kepada asas perjuangan PAS iaitu Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau yang berkelulusan sarjana muda Undang-Undang pernah menjadi Hakim Mahkamah Seksyen Jenayah Komersial, Pengarah Mahkamah Terengganu, Hakim Mahkamah Seksyen Kelantan selain daripada jawatan-jawatan lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa lagi rakyat Besut mahukan?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>P034: Setiu<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang Setiu telah melihat sendiri kejayaan beliau sewaktu melaksanakan tugasannya sebagai Ahli Parlimen Setiu yang begitu bersungguh memenuhi keperluan rakyat di sana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antaranya jambatan di Kampung Lerek yang baharu disiapkan baru-baru ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau juga diberikan kepercayaan menerajui Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (Tekun) sebagai Pengerusi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat Jabi terutamanya pasti masih mengingati beliau yang pada tahun 1999 telah diangkat menjadi Adun di sana. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kepercayaan rakyat Setiu kepada Ustaz Shahari sudah berakar kerana beliau bukan baru pertama kali menjadi wakil rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sering kali bangun di dalam Parlimen bagi memperjuangkan hak rakyat Setiu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kelulusan tertinggi &#8216;Master&#8217; Pentadbiran Perniagaan dari Open Universiti Malaysia (OUM). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Disamping beliau juga mempunyai Diploma Lanjutan (setaraf ijazah) dalam bidang Usuluddin dan Pengajian Islam (Kuliah Tafaqquh Fiddiin). Dua sijil dunia dan akhirat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sungguh bertuah rakyat Setiu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Calon yang mesti dimenangkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>P035: Kuala Nerus<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>YB Dato&#8217; Dr Alias Razak<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi seluruh pengundi Kuala Nerus, nama Dato&#8217; Dr Alias Razak, bukan asing bagi mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memulakan kariernya sebagai Adun Bukit Tunggal pada tahun 1999, beliau terus mengorak langkah gagah dalam bidang politik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sentiasa memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Bukit Tunggal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dek kerana pengalaman dan kejayaan beliau mengemudi Dun, beliau dilantik secara berperingkat dalam PAS Terengganu, sehinggalah kepada jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS III sekarang ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan apabila PAS menawan Kerajaan Terengganu, beliau diberi kepercayaan dilantik sebagai Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah Tuanku juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato&#8217; Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (DPMT) membawa gelaran Dato&#8217; baru-baru ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Besar jasa beliau kepada Terengganu dan kini jasa beliau akan dikembang ke seluruh Kuala Nerus. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perlukah saya menyatakan lagi latar belakang pendidikan beliau dengan gelaran Dr itu?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>P036: Kuala Terengganu<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Datuk Haji Amzad Haji Hashim<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pernah menjadi orang besar di MSET iaitu sebuah syarikat perkapalan di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara pelajar terbaik di Sekolah Sultan Mahmud, sekolah berasrama penuh yang terkenal di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendebat yang hebat mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia pasa zaman remajanya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seorang profesional yang berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada majikannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila menyertai PAS tahun 2013, beliau terus menyumbang kepakaran beliau dalam mendepani isu-isu semasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antaranya tuntutan Royalti Terengganu, menubuhkan kumpulan profesional yang menyokong PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah beliau diberikan kepercayaan menjadi calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu, beliau tidak menghampakan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan PAS terus memberikan kepercayaan terhadap beliau dengan menamakan beliau sebagai wakil PAS menjadi Timbalan Menteri sebanyak dua kali setelah kerajaan bertukar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau tidak mengecewakan harapan parti dan rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menjadi salah seorang Ahli Parlimen yang aktif dengan sentiasa memaklumkan aktivitinya kepada rakyat di media sosial. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Insya Allah kita perlukan Datuk Haji Amzad sebagai wakil kita di Kuala Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>P037: Marang<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presiden PAS yang begitu gagah, masih mengharungi dunia politik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau tetap istiqamah dalam memperjuangkan Islam sebagai dasar PAS. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau dipercayai bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia Islam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau membesar dalam persekitaran Islam dan berjuang untuknya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Diyakini oleh kawan dan lawan sebagai seorang yang dipercayai kerana lawan politik beliau kini adalah kawan beliau dahulu dan kawan politik beliau sekarang ialah musuh ketat beliau dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka mencari Tuan Guru jika mempunyai kesusahan politik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau tidak menolak asalkan Islam terbela dan dilindungi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah prinsip beliau yang dipegang semenjak dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang lain, tidak perlu saya katakan tentang beliau yang sudah banyak sangat dikatakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>P038: Hulu Terengganu<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Dato&#8217; Rosol Wahid<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dato&#8217; Rosol sememangnya sudah dikenali di kalangan rakyat Hulu Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau adalah bekas Exco Kerajaan BN pada tahun 2004-2008. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum itu beliau adalah antara empat ADUN BN yang menang dalam tsunami politik di Terengganu 1999 dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah menghadapi krisis dalam Umno tahun 2018, beliau menyertai PPBM. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pernah menjadi Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Diberi kepercayaan menyandang tugas sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atas pengalaman beliau yang luas itu dalam Kerajaan PN dan Keluarga Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum itu pernah dilantik menjawat Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu dan Naib Pengerusi Umno Hulu Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS akan memastikan calon PN, tunggal dari PPBM ini dan akan memberikan sepenuh tenaga bagi membantu beliau mentadbir Hulu Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>P039: Dungun<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Ustaz Wan Hassan Wan Ramli<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah dua penggal rakyat Dungun menghantar beliau ke Parlimen sebagai wakil mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kepercayaan yang tinggi itu membuktikan betapa beliau seorang yang kuat bekerja bagi kesejahteraan rakyatnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sentiasa bersedekah walau beberapa ringgit jika diminta. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak mahu menghampakan harapan si peminta. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pernah sewaktu banjir di Hulu Dungun, jalan terputus, tetapi beliau tetap berjaya menyeberangi sungai bagi menghantar bekalan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Diberikan kepercayaan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Terengganu pada tahun 1999-2004. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menyerlahkan kemampuan beliau mentadbir kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penggal lalu, dilantik pula menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat Dungun cukup berpuashati dengan khidmat beliau selama ini, bermula dari DUN kemudian dibawa pula ke Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>P040: Kemaman<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Ustaz Alias Abd. Hamid<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tokoh yang mula berpencak di gelanggang politik pada tahun 1999, melawan Exco BN di DUN Kemasik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semenjak itu beliau tidak menoleh ke belakang lagi, terus menerus menjadi lawan yang kuat kepada BN Kemaman yang mana antara kawasan terkuat mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehinggalah diberikan kepercayaan menerajui PAS Kemaman oleh cawangan-cawangan pada tahun 2013.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bermula pengambilalihan itu, beliau telah mencorakkan pasukan yang membawa kepada kemenangan PAS pada PRU-14 dengan kemenangan tiga daripada empat kerusi DUN dan beliau sendiri merampas Parlimen Kemaman. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau telah menjalankan tugasan beliau dengan begitu baik sekali dengan sebanyak RM14.9 juta peruntukan dihabiskan bagi rakyat Kemaman terbahagi kepada beberapa kategori seperti kebajikan, pembangunan dan lain-lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau juga dilantik menjadi Pengerusi Pelabuhan Kemaman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi nyatalah PAS tidak main-main dalam mengemukakan calon-calon yang selain daripada berwibawa, tetapi juga diikat dengan amanah kepada Allah dan manusia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS membuat kajian lapangan dan rakyat mahukan wakil yang bersih dan yang boleh menstabilkan negara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Insya Allah calon-calon PAS memenuhi kehendak rakyat setempat, cerdik dan beragama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS Terengganu dengan bangganya menampilkan seramai lapan orang calon ahli Parlimen bagi PRU kali ini. Dengan latar belakang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13374,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13373","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13373","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13373"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13373\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13375,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13373\/revisions\/13375"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13374"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13373"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13373"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13373"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}