{"id":13431,"date":"2022-11-06T08:25:01","date_gmt":"2022-11-06T08:25:01","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13431"},"modified":"2022-11-06T08:25:03","modified_gmt":"2022-11-06T08:25:03","slug":"perak-jadi-pangkalan-kuasa-dap-tawan-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/06\/perak-jadi-pangkalan-kuasa-dap-tawan-malaysia\/","title":{"rendered":"Perak Jadi \u2018Pangkalan Kuasa\u2019 DAP Tawan Malaysia?"},"content":{"rendered":"\n<p>Perak akan menjadi medan tempur paling penting dan genting kepada parti-parti atau gabungan politik yang bertanding pada PRU15 ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah, keputusan PRU15 dilihat bakal menjadi faktor pencetus kepada banyak gerakan atau langkah politik oleh pelbagai pihak selepas daripada itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Terutama bagi kerusi DUN yang menjadi penentu kepada peneraju pemerintah Kerajaan Negeri Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama ada penyandang ketika ini iaitu Barisan Nasional (BN) kekal di takhta, atau buat sekian kalinya pengundi menolak keluar gabungan itu dari Bangunan Darul Ridzuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Atau pakatan PKR, DAP dan PAN walaupun tanpa BERSATU diberikan semula \u2018harapan\u2019 untuk kembali mengambil alih sebagaimana mereka pada PRU14. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mustahil pula buat julung kali, koalisi PERIKATAN NASIONAL (PN) menjadi pilihan disandarkan mandat kepimpinan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya, BN yang diketuai Umno, walaupun mempunyai reputasi cukup lama memerintah Perak, namun sudahpun tersungkur oleh gelombang penolakan rakyat pada tahun 2008. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah, selepas \u2018diterima semula\u2019 pada PRU13, tetapi kembali tewas kecundang lima tahun selepas itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi PRU kali ini, untuk Umno-BN menang majoriti kerusi DUN, sememangnya dilihat sangat mustahil setelah baki sokongan yang ada dikhianati oleh kepentingan politik tertentu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai kecewa sikap dolak-dalih Umno-BN terhadap agenda Perpaduan Ummah dan penyatuan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan desas-desus mengenai wujudnya hubungan sulit pemimpin tertinggi parti itu merancang percaturan rahsia sudah tidak dapat diselindungkan lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun dinafikan ia sebagai dakwaan, spekulasi, tuduhan dan fitnah, namun semakin menyerlahkan tanda-tandanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai pihak mungkin tidak peduli jika perkara itu cuma melibatkan hubungan dua individu yang sudah masyhur dikenali masalah skandal dan korupsi mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi isunya ia akan mengheret rakyat dan negara turut dijebak ke kancah dicipta bagi memenuhi nafsu serakah \u2018cikgu dan murid\u2019 ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari cuma retorik janji dan tawaran palsu serta cakap menipu berdegar-degar, mereka kemudiannya mengubah rencana. <\/p>\n\n\n\n<p>Omongan \u2018memiliki nombor dan meyakinkan\u2019 hilang begitu sahaja, tiba-tiba muncul pula agenda politik sulit yang disebut sebagai \u2018Jajaran Baharu\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Anehnya yang \u2018bertindak segera\u2019 itu adalah Umno apabila tidak semena-mena \u2018menjatuhkan\u2019 kerajaan mereka ketuai sendiri di Melaka dan Johor di kala pandemik COVID-19 masih menular. <\/p>\n\n\n\n<p>Di Perak, ia tidak berhasil, tetapi sekadar dapat menukar Menteri Besar yang dikatakan tercapai dengan \u2018bantuan belakang\u2019 dari PH.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasilnya, ADUN PH di Perak menerima peruntukan kerajaan yang dilihat adalah \u2018timbal balas jasa\u2019 kerana menjayakan gerak catur itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Malang dari plot politik curang ini bermakna individu pemimpin tertentu dalam Umno telah menggadai ketentuan parti itu untuk \u2018campur tangan\u2019 PH secara rahsia.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Komplot di sebalik tabir<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Langkah itu jelas satu keterlanjuran atau kesilapan politik bagi pemimpin dan ahli-ahli Umno yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi sebaliknya pula bagi ketua dalang yang berkepentingan diri dan mencari kedudukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa maruah dan integriti, tindakan persundalan itu bukan satu masalah kepadanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Umno ketika itu punyai pilihan sangat baik iaitu membawa parti kembali ke pangkal jalan dengan bersama kekuatan agama dan bangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Yakni kekal teguh di bawah payung Muafakat Nasional dan bersama Kerajaan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, pemimpin haloba dan rakus memilih langkah bertentangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Persekongkolan di Perak dan kemelut politik negara ketika itu lebih pantas disambar PH yang didominasi DAP hingga mencetuskan rancangan \u2018Khemah Besar\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Ahli-ahli Parlimen Umno yang ditekan dengan pelbagai cara juga akhirnya terpaksa mengalah dengan pelan pertukaran Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin Umno yang terbabit komplot jahat ini mungkin menyedari bahawa BN mustahil untuk mendapat majoriti di Perak pada PRU15 ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi memperalatkan calon-calon serta seluruh ahli Umno untuk terpaksa bersama PH adalah desakan bacul dan sangat melampau.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, \u2018takdir\u2019 ke depan mesti segera diangan-angankan sebagai lakaran mencipta jaminan untuk mudarat yang terbeban ke atas diri-diri yang terbabit dapat dihapuskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pemimpin berkenaan, itu lebih baik daripada bersama PN yang dianggotai PAS, BERSATU dan GERAKAN.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka PRU15 walaupun melibatkan pertandingan tiga penjuru, tetapi hakikatnya adalah pertembungan dua pihak. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana BN sedang disusun untuk \u2018kahwin paksa\u2019 dengan PH bagi memperolehi majoriti membentuk kerajaan PH-BN pasca-PRU15, di mana Perak sebagai faktor utama.<\/p>\n\n\n\n<p>Perak adalah negeri yang unik di mana pada sudut geografi ia bersempadan negeri dengan Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Selangor, selain bersempadan antarabangsa dengan negara Thailand. <\/p>\n\n\n\n<p>Pergerakan dari manapun arah dalam Semenanjung, wajib melintasi negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dari sudut sejarah yang mengabadikan begitu banyak peristiwa penting dan tokoh pelbagai kaum dan bangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli termasuk penjajah British dan pengganas Komunis. <\/p>\n\n\n\n<p>Baik kejayaan perjuangan mahupun tragedi pertumpahan darah.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk PRU15, Perak nampaknya menjadi pertembungan amat kritikal yang akan menentukan atau mempengaruhi senario politik negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini dapat dilihat dari iltizam disasarkan PAS untuk menjadikan Perlis, Perak dan Pahang sebagai negeri seterusnya untuk diperintah setelah Kelantan, Terengganu dan Kedah.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala DAP amat perlukan Perak sebagai nafas baharu untuk bangkit semula dan melonjakkan pencapaiannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia setelah kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan siri penolakan dialami parti Cauvinis itu pada beberapa PRK dan lebih buruk pada PRN Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Imbasan rekod DAP<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRU14 tahun 2018 dahulu di negeri Sabah, DAP memenangi 6 daripada 60 kerusi DUN. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi pada PRN16 Sabah tahun 2020, DAP tidak berani menggunakan lambang sendiri, sebaliknya menyusup di sebalik logo WARISAN. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka kekal menang 6 daripada 7 kerusi ditandingi ketika DUN Sabah telah bertambah kepada 73 kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun setelah itu DAP menerima tamparan apabila dua ADUN dan seorang bekas Senatornya keluar parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menyifatkan perjuangan dan perkhidmatan untuk Sabah tidak dapat tercapai melalui DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menyatakan hilang kepercayaan kepada DAP dan mengakui wujud perbalahan dalaman yang teruk.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah terdahulu sebelum itu, DAP menarik diri daripada menyertai Agenda Reformasi Sabah (SRA) yang merupakan memorandum persefahaman (MoU) dicadangkan PH Sabah dengan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). <\/p>\n\n\n\n<p>Ini menunjukkan sikap penting diri parti itu bukan berjuang untuk kepentingan rakyat Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Bumi Kenyalang, DAP daripada menang 12 kerusi DUN pada PRN10, tetapi kehilangan 5 kerusi pada PRN11 lima tahun kemudiannya, apabila cuma menang 7 kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan semakin merosot pada PRN12 tahun 2021 apabila hilang 5 kerusi lagi tinggal 2 kerusi sahaja daripada keseluruhan 82 kerusi DUN Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun DAP rakus memainkan sentimen perkauman dan agama untuk mengikat pengundi sasaran, terutama dalam kalangan bangsa Cina dan Iban, ternyata mereka ditolak. <\/p>\n\n\n\n<p>Sikap radikal DAP serta rekod buruk 22 bulan Kerajaan PH menjejaskan kestabilan negara dan keharmonian rakyat telah ditunjuk \u2018jalan keluar\u2019 oleh warga Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Bermakna, penduduk Borneo Sabah dan Sarawak termasuk kaum Cina dan bukan-Islam yang cuba dijadikan deposit PH untuk \u2018Malaysia Baru\u2019 jelas menolak mereka hingga ada disekat masuk ke sana. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan solidariti kuat rakyat Sabah dan Sarawak kepada negeri mereka, agenda politik DAP dilihat sukar untuk berkembang di sana.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Melaka PRU14 lalu, DAP bertanding 8 kerusi DUN dan menang semuanya dari keseluruhan 15 ditawan pakatan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam PRN15 Melaka tahun 2021, DAP yang bertanding 8 kerusi terpaksa mengaku gagal setelah hanya mempertahankan 4 dari 5 kerusi dimenangi PH.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga di Johor, DAP menawan 14 kerusi dari 36 kerusi DUN dimenangi pakatan bersama PKR, BERSATU dan PAN itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun pada PRN15 Johor pada Mac 2022 baru-baru ini, DAP hanya menang 10 daripada 14 kerusi ditandingi. <\/p>\n\n\n\n<p>PRN15 Johor ini DAP bersama PAN menang 11 DUN, sedang rakan pakatan iaitu PKR dan MUDA bertanding asing dan masing-masing menang satu DUN.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, dalam PRU14, DAP bermuslihat dengan berselindung di sebalik penggunaan satu lambang PH yang memakai logo bulan sabit PKR. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala 12 siri PRK pasca-PRU14 yang menyaksikan DAP menang 2 kerusi, serta PRN15 Melaka dan Johor, parti roket itu menggunakan lambang PH.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>DAP mesti terus ditolak<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Protes dan peralihan sokongan kaum Melayu-Islam terhadap PH yang didominasi DAP sudah ketara dari Himpunan Membantah ICERD dan Statut Rom dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Data lebih ketara dibuktikan pada keputusan PRK dan PRN diadakan, di mana turut menunjukkan kaum bukan-Islam juga telah meninggalkan PH-DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, DAP sebenarnya berada dalam keadaan cukup terdesak dan merasa terancam oleh kemungkinan penolakan tersebut akan terus menjalar di Negeri Sembilan dan Selangor. <\/p>\n\n\n\n<p>Dua negeri ini berisiko jatuh pada PRN yang akan berlangsung selewat-lewatnya Julai 2023 nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka PRU15 sedang berlangsung ketika ini teramat penting untuk DAP menang di Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Perak mesti menjadi \u2018pangkalan kuasa\u2019 untuk DAP melonjakkan kembali motivasi dan bangkit semula dalam politik Malaysia, sekali gus merealisasikan \u2018Koridor PH\u2019 melibatkan sama Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Muslihat DAP untuk berjaya kali ini adalah dengan pemalsuan dan penyamaran di mana roket bukan sahaja terus berselindung sebalik lambang PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi menampilkan ramai calon-calon Melayu yang dibonekakan menjadi alat dan khadam yang boleh dicucuk hidung supaya tunduk ikut telunjuk mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerana itulah ketika sama berlaku perubahan drastik apabila Presiden PKR turut bertukar kerusi lagi dengan memilih bertanding di Parlimen Tambun pula untuk PRU15 ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sedaya-upaya mencipta pengaruh dari retorik, imej dan janji-janji serta manifesto manis ditawarkan untuk memancing undi.<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian itu rakyat yang sedar akan komplot belakang, sulit dan penuh tipu daya mesti bertegas untuk tidak leka meletakkan kemungkinan dan risiko ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Jalan selamat adalah tidak memberi undi kepada mana-mana calon PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Juga BN yang masih ada kekeruhan perlu dijernihkan terlebih dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat selaku pengundilah benteng penyelamat agar negeri Perak tidak \u2018ditunggangi\u2019 oleh para politikus yang sedang berusaha mencengkam landskap politik dan pemerintahan tadbir urus negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Pilihlah PERIKATAN NASIONAL (PN) yang telah terbukti Prihatin serta Bersih dan Stabil (BEST).<\/p>\n\n\n\n<p>IZWAN ABDUL HALIM<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perak akan menjadi medan tempur paling penting dan genting kepada parti-parti atau gabungan politik yang bertanding pada PRU15<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13432,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13431","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13431","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13431"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13431\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13433,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13431\/revisions\/13433"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13432"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13431"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13431"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13431"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}