{"id":13472,"date":"2022-11-07T16:59:01","date_gmt":"2022-11-07T16:59:01","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13472"},"modified":"2022-11-07T16:59:04","modified_gmt":"2022-11-07T16:59:04","slug":"zahid-beri-bayangan-jajaran-baharu-perikatan-3-0-bersama-pkr-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/07\/zahid-beri-bayangan-jajaran-baharu-perikatan-3-0-bersama-pkr-dap\/","title":{"rendered":"Zahid Beri Bayangan Jajaran Baharu Perikatan 3.0 Bersama PKR, DAP"},"content":{"rendered":"\n<p>Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendedahan terbuka Zahid itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi khabar angin sebelum ini dengan menyifatkan langkah tersebut diambil sesuai dengan dinamik politik yang sedang berlaku mengikut perubahan dan keadaan politik semasa negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKedinamikan politik pasti berlaku saya lihat\u2026saya bukan seorang nujum politik tetapi saya yakin kalau mahu disebut hala tuju atau kedinamikan itu kita lihat, selepas PRU15, sama ada ia akan diadakan dalam waktu terdekat, atau dalam tempoh yang hanya Allah Taala sahaja tahu kerana kalau mengikut cukup tempoh pilihan raya adalah pada tahun 2023.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada ketika itu, saya hampir pasti bahawa akan ada sesuatu yang akan berlaku kepada UMNO, sebagai sebuah parti induk orang Melayu dan Islam, di mana ketika itu akan ada Perikatan 3.0 bukan Perikatan Nasional,\u201d katanya semasa wawancara Program 75 Tahun Jubli Intan anjuran UMNO Online malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegas Zahid, jajaran baharu itu tidak melibatkan PN yang ada sekarang bagaimanapun beliau tidak mendedahkan parti&nbsp; yang akan bersama dalam gabungan baharu itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, sebelum ini beberapa pemimpin parti mendakwa Zahid sedang berusaha untuk membawa UMNO duduk serumah bersama PKR dan DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Khabar angin juga semakin kuat kedengaran Zahid adalah perancang utama untuk menjayakan kerjasama antara UMNO dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU15 nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, klip audio tular Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Zahid juga membuktikan wujud pakatan sulit antara kedua-dua individu untuk memastikan gerakan rahsia tersebut berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, DAP sudah memberi \u2018lampu hijau\u2019 kepada UMNO untuk menjalinkan jajaran baharu politik itu namun perlu menerima calon perdana menteri daripada PH, iaitu Anwar sekiranya mahu bekerjasama.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengimbas kembali sejarah kedinamikan politik tanah air, Zahid berkata penubuhan parti Perikatan dahulu juga tidak statik sifatnya, dan ia berubah mengikut perubahan politik semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita harus, melihat kewujudan parti Perikatan yang merupakan payung bukan sahaja kepada UMNO tetapi sebagai parti-parti komponen ketika itu, tidak merupakan sebuah gabungan yang statik betulnya, apabila Barisan Nasional (BN) diwujudkan ianya merupakan perikatan 2.0.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi ini merupakan langkah yang baharu, di mana kita lihat sunnatullah telah menentukan bahawa masyarakat Malaysia penuh dengan kemajmukan,\u201d jelasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13473,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13472","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13472","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13472"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13472\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13474,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13472\/revisions\/13474"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13473"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13472"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13472"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13472"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}