{"id":13478,"date":"2022-11-08T04:07:36","date_gmt":"2022-11-08T04:07:36","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13478"},"modified":"2022-11-08T04:07:38","modified_gmt":"2022-11-08T04:07:38","slug":"tuan-ibrahim-menteri-besar-jika-pn-rampas-pahang-kata-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/08\/tuan-ibrahim-menteri-besar-jika-pn-rampas-pahang-kata-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Tuan Ibrahim Menteri Besar Jika PN Rampas Pahang, Kata Muhyiddin"},"content":{"rendered":"\n<p>Bersatu akan menyokong Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Besar Pahang sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya merampas negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah memberitahu Tuan Ibrahim berkenaan perkara itu baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRU-15 ini, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri N04 Cheka di Pahang, manakala pada peringkat Parlimen beliau bertanding di Kubang Kerian, Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Muhyiddin daripada apa yang dilihatnya sekarang, terutama setelah PN melancarkan manifestonya pada Ahad (6 November) sambutan dan sokongan terhadap Perikatan Nasional semakin bertambah.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya gabungan antara PAS dan Bersatu sekarang ini sudah cukup kukuh untuk berdepan parti lawan, terutama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya fikir di Kedah ni\u2026 begitu juga di Kelantan dan Terengganu\u2026 saya tengok yang mutakhir ini (gabungan PAS dan Bersatu) adalah kukuh dan Insya-Allah Perlis pun akan jatuh kepada kita (Perikatan Nasional), dan PAS jadi Menteri Besar Perlis. Kami akan sokong.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya pergi ke Pahang, (Datuk Seri) Tuan Ibrahim (Tuan Man) ada kat situ. Dia bertanding Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya dah beritahu bila (PN) menang di Pahang, awak jadi Menteri Besar\u2026 dan PAS akan menambah bilangan Menteri Besar. Tidak mengapa\u2026 kami dalam Bersatu tidak kisah\u2026 PAS pimpin, kami akan sokong sepenuh-penuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPasal yang penting ialah Perikatan Nasional mengurus dan juga mentadbirkan negara. Ini perkembangan mutakhir lepas saya lancarkan manifesto PN,\u201d katanya berucap pada ceramah umum PN BEST di Pusat Konvensyen Pendang di Parlimen Pendang, malam tadi (Isnin, 7 November 2022).<\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRU-15, 19 November ini Perikatan Nasional meletakkan calon daripada PAS Datuk Awang Hashim untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pendang yang dimenanginya pada 2018 lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berharap satu gelombang tsunami yang besar akan berlaku pada 19 November ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTsunami yang akan membersihkan negara kita daripada puak-puak suku sakat yang telah membawa musibah dan bencana kepada negara kita, rasuah, salah guna kuasa. UMNO, BN, PH sama-sama kita bersihkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBukan niat kita jahat. Niat kita ikhlas dan baik. Kita berpegang pada tuntutan agama kita. Kita amalkan perbuatan-perbuatan yang memang dituntut oleh Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita nak supaya negara kita menjadi sebuah negara yang maju, berjaya\u2026 dapat dibersihkan daripada segala kekotoran, kemungkaran, kesalahan, kebobrokan yang telah dibuat dan dilakukan oleh pimpinan-pimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berdoa calon kita di seluruh negara akan mencapai kemenangan yang cemerlang dan Perikatan Nasional akan dapat membentuk Kerajaan Persekutuan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, Muhyiddin sekali lagi mengingatkan apa yang penting dalam pilihan raya kali ini ialah pengundi mesti keluar beramai-ramai kerana PN memerlukan jumlah peratusan keluar mengundi yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau boleh sampai 100 peratus lagi baik. Kalau tidak pun 90 peratus\u2026 atau setidak-tidaknya 85 peratus. Dan saya nak beritahu kalau yang keluar mengundi itu bilangan peratusan yang tinggi maka harapan Perikatan Nasional untuk menang adalah lebih cerah lagi,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersatu akan menyokong Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Besar Pahang sekiranya Perikatan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13479,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13478","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13478","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13478"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13478\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13480,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13478\/revisions\/13480"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13479"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13478"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13478"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13478"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}