{"id":13481,"date":"2022-11-08T04:16:35","date_gmt":"2022-11-08T04:16:35","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13481"},"modified":"2022-11-08T04:16:37","modified_gmt":"2022-11-08T04:16:37","slug":"pastikan-kerusi-umno-sedikit-jika-banyak-negara-tak-stabil-mb-kedah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/08\/pastikan-kerusi-umno-sedikit-jika-banyak-negara-tak-stabil-mb-kedah\/","title":{"rendered":"Pastikan Kerusi UMNO Sedikit, Jika Banyak Negara Tak Stabil: MB Kedah"},"content":{"rendered":"\n<p>Pengundi perlu memberi sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini, kerana terbukti PN adalah sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan mampu memberi kestabilan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata ini terbukti ketika Kerajaan PN mengendalikan pandemik Covid-19 \u2013 wabak penyakit yang tidak pernah berlaku di mana-mana negara sekalipun.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya kira-kira RM600 bilion dibelanjakan oleh Kerajaan PN untuk menghadapi Covid-19, tetapi tidak ada seorang pun pemimpin yang ditangkap kerana melakukan penyelewengan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKetika negara berbelanja begitu banyak, kita tetap membuktikan Perikatan Nasional yang memimpin Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri pada ketika itu tetap bersih.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTak ada siapa yang kena tangkap, tak ada siapa buat isu, tidak ada skandal walaupun RM600 bilion dibelanjakan untuk menghadapi pandemik Covid termasuk kesannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni semua adalah disebabkan Perikatan Nasional adalah sebuah parti yang bersih dan stabil,\u201d katanya berucap pada ceramah umum PN BEST di Pusat Konvensyen Pendang di Parlimen Pendang, malam tadi (Isnin, 7 November 2022). <\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika mengulas mengenai istilah stabil yang diamalkan Perikatan Nasional, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah berkata beliau mempunyai formula penting yang telah dikajinya yang boleh menjadikan sesebuah kerajaan itu stabil.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau memberi contoh Kerajaan Kedah yang sekarang ini berada dalam keadaan stabil, walaupun ada cubaan menganggu-gugat pentadbiran negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRahsia Kedah bersih dan stabil ialah kerana kerusi UMNO sedikit. Kerusi UMNO ada dua (di Kedah). Jadi, Kedah bersih dan stabil\u2026 tidak ada apa-apa yang berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c(Tetapi) bila kerusi UMNO banyak maka kerajaan tidak akan stabil. Contohnya di Johor\u2026 bertukar kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi oleh kerana kerusi UMNO banyak, dia menjadi tamak\u2026 tukar Menteri Besar (MB)\u2026 naik Datuk Hasni Mohamad daripada UMNO\u2026 tapi tak puas hati lagi\u2026 buat Pilihan Raya Negeri\u2026<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJanji Datuk Hasni akan jadi MB semula\u2026 tengok-tengok naik Onn (Datuk Onn Hafiz Ghazi)\u2026 jadi kawan tu (Hasni) pun off lah\u2026 on off,\u201d katanya bergurau.<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian juga katanya apa yang berlaku di Melaka dan Perak apabila kerusi UMNO banyak menyebabkan berlaku pergaduhan sesama sendiri hingga menyusahkan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInilah formula yang boleh dipercayai dan sudah terbukti,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, Muhammad Sanusi berkata sekiranya rakyat Malaysia mahukan pentadbiran negara yang prihatin rakyat, bersih tanpa rasuah dan penyelewengan, serta stabil, maka pastikan UMNO dan Barisan Nasional memiliki kerusi yang sedikit.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerusi UMNO dan BN, katanya tidak boleh banyak kerana akan menyebabkan negeri atau negara tidak stabil dari segi politik sehingga akan menganggu pentadbiran dan menyebabkan rakyat menanggung kesusahan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekarang ini pun cuba lihat dalam pemilihan calon-calon untuk mewakili BN (dalam PRU-15). Tak pernah berlaku dalam sejarah (pemilihan calon BN) berselerak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHabis tokoh-tokoh besar yang tak diberi peluang untuk bertanding lagi, pilih (calon) entah apa-apa. Habis tutup PDM (pusat daerah mengundi)\u2026 apa yang sebenarnya direbutkan\u2026 kuasa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, Muhammad Sanusi menasihatkan pengundi supaya memilih Perikatan Nasional pada 19 November ini supaya dapat membentuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengundi perlu memberi sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13482,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13481","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13481","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13481"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13481\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13483,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13481\/revisions\/13483"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13482"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13481"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13481"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13481"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}