{"id":13527,"date":"2022-11-11T20:14:18","date_gmt":"2022-11-11T20:14:18","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13527"},"modified":"2022-11-11T20:14:20","modified_gmt":"2022-11-11T20:14:20","slug":"pru-15-siri-10-pau-bukan-kitab-suci","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/11\/pru-15-siri-10-pau-bukan-kitab-suci\/","title":{"rendered":"PRU 15 Siri 10: PAU Bukan Kitab Suci"},"content":{"rendered":"\n<p>Manifesto bukan kitab suci. <\/p>\n\n\n\n<p>Demikian jawapan pemimpin PH setelah gagal melaksanakan janji-janji dalam PRU14. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini di ambang PRU15, mereka tak malu untuk bermanifesto lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Manifesto kali ini amat umum. <\/p>\n\n\n\n<p>Tujuannya adalah agar mudah menyelamatkan diri kerana agak subjektif. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa salah kencing berkali-kali kalau rakyat tak serik dikencing lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi sedarkah para pengundi khususnya ahli-ahli UMNO sekalian. <\/p>\n\n\n\n<p>Dijangka satu lagi malapetaka kencing rakyat selepas PRU15 akan berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang akan dikencing kali ini ialah ahli-ahli UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang akan kencing berjamaah ialah para pemimpin mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin bukan kencing manifesto macam yang dibuat oleh PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Kencing berjemaah kali ini akan berbunyi \u2018PAU bukan kitab suci\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam PAU 2020 (Perhimpunan Agung UMNO) yang lepas, UMNO telah memutuskan bahawa \u2018No Anwar, No DAP\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Itulah ketetapan yang telah diambil oleh pemimpin dan perwakilan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam PAU itulah juga UMNO memutuskan untuk tidak akan bekerjasama dengan BERSATU. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi apakah Zahid Hamidi yang mengepalai UMNO akan akur dengan keputusan PAU tersebut?<\/p>\n\n\n\n<p>Zahid hamidi berkata tiada lagi rundingan dengan PAS selepas PRU15. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi dengan siapa beliau akan bekerjasama sekiranya UMNO\/BN gagal mendapat simple majority? <\/p>\n\n\n\n<p>Memang amat diyakini oleh kebanyakan penganalisis politik bahawa UMNO\/BN secara solo akan gagal membentuk kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bermakna, UMNO\/BN hanya boleh membentuk kerajaan melalui kesepakatan dengan parti atau koalisi lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya dengan siapa UMNO akan berpakat kalau PAS\/BERSATU\/PN telah ditolak keras oleh Zahid Hamidi? <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan kini terngiang-ngiang kembali perbualan telefon antara Zahid dengan cikgunya, Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sekadar itu Zahid tidak lagi menyerang keras DAP seperti sebelumnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Jajaran baru disebut dan diulang-ulang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan apabila terdesak selepas keputusan PRU15 diumumkan, akan kedengaranlah nanti madah baru, \u2018PAU bukan kitab suci\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Hendak membentuk kerajaan dalam tempoh seminggu dua, bukan sempat untuk mengadakan PAU bagi membuat ketetapan baru. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau adapun, UMNO akan terus bergolak dan berpecah kerana bukan semua ahli UMNO bersedia bersama dengan DAP\/PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka atas kuasa Presiden yang cukup \u2018lantang dan gagah\u2019 dalam sehari dua ini, penafian \u2018No Anwar, No DAP\u2019 akan dirungkaikan demi membentuk kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas diumumkan calon-colon PRU15 pun UMNO sudah kelihatan semakin retak dan berkecamuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Apalagi andaikata UMNO\/BN gagal mendapat majoriti mudah dan direalisasikan pula jajaran baru. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan ada ahli-ahli Parlimen UMNO yang tidak akan menyokong kerana mereka kenal siapa DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tahu itu bercanggah dengan ketetapan PAU. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan sekiranya UMNO tumbang manakala PN atau PH pula yang dapat majoriti mudah, nasib UMNO dan Zahid Hamidi tidak sukar untuk diramalkan lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Patahlah kedua-dua kaki kali ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Janganlah cuba diusik lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesimpulannya, motif tulisan ini adalah demi memperingatkan bangsaku yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO dan pengundi-pengundi atas pagar agar jangan silap memilih. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak suka atas sebab apa sekalipun kepada PAS atau BERSATU, lupakan buat sementara sekiranya itu bukan satu dosa. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebusuk-busuk daging dikincah dimakan juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Lagipun kita sudah mesra di atas asas Muafakat Nasional. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, atas nama menyelamatkan maruah dan ketuanan bangsa, setiap undi kita mestilah untuk Perikatan Nasional. DAP jangan dicuba-cuba. <\/p>\n\n\n\n<p>Menyesal nanti, bangsa merana.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Manifesto bukan kitab suci. Demikian jawapan pemimpin PH setelah gagal melaksanakan janji-janji dalam PRU14. Kini di ambang PRU15,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13528,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13527","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13527","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13527"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13527\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13529,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13527\/revisions\/13529"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13528"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13527"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13527"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13527"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}