{"id":13563,"date":"2022-11-12T20:54:08","date_gmt":"2022-11-12T20:54:08","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13563"},"modified":"2022-11-12T20:54:10","modified_gmt":"2022-11-12T20:54:10","slug":"jangan-undi-calon-yang-rasuah-mereka-menentang-islam-kata-mufti-perlis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/12\/jangan-undi-calon-yang-rasuah-mereka-menentang-islam-kata-mufti-perlis\/","title":{"rendered":"Jangan Undi Calon Yang Rasuah, Mereka Menentang Islam, Kata Mufti Perlis"},"content":{"rendered":"\n<p>Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam supaya tidak mengundi calon pada pilihan raya umum kali ini yang mempunyai rekod atau kelihatan sanggup terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menyeru mereka supaya tidak mengundi calon yang &#8220;menunjukkan sikap zalim&#8221; dengan mengutamakan kepentingan peribadi dan keluarga, atau bersifat perkauman dan berpuak-puak sehingga tidak adil.<\/p>\n\n\n\n<p>Ciri-ciri lain calon yang mesti ditolak pengundi Islam, menurut Asri, ialah mereka yang menyatakan permusuhan terhadap Islam dan mereka yang jelas menyokong parti yang memusuhi Islam, walaupun mereka mengaku Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam konteks kehidupan bernegara, golongan ini tidak akan mewujudkan ketenteraman, sebaliknya menimbulkan ketegangan dalam masyarakat, yang boleh membawa huru-hara dan merosakkan keharmonian hidup bernegara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemilih mereka bermakna mengkhianati agama dan negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Merujuk kepada dalil al-Quran dan hadis, Asri mengingatkan mereka yang terlibat atau berpotensi melakukan rasuah adalah orang yang zalim dan akan merosakkan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cCalon seperti ini termasuk dalam golongan zalim.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mengundi mereka bermakna memberi kuasa kepada orang yang akan melakukan kezaliman di negara ini,\u201d katanya dalam artikel yang disiarkan di laman web rasmi pejabatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Asri, undi dalam pilihan raya bermakna memberi mandat dan kuasa, yang jika diberikan kepada mereka yang cenderung rasuah boleh membawa kezaliman kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi, semua orang harus memikirkan kesan undi yang diberikan kepada seseorang calon kepada negara dan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Asri mengingatkan orang ramai bahawa karangannya bukan membincangkan siapa yang mesti dipilih oleh pengundi Islam kerana ia adalah pilihan mereka, sebaliknya menyebut calon yang tidak boleh diundi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cArtikel ini lebih merujuk kepada calon, bukan parti politik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyeru pengundi beragama Islam supaya menolak calon yang mempunyai rekod perkhidmatan yang lemah atau jelas tidak mampu melaksanakan peranan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Asri berkata calon yang cenderung berbohong mesti ditolak juga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni boleh dikesan dengan melihat latar belakang calon seperti menipu menggunakan nas agama, menipu dalam perniagaan, menipu sijil, menipu di tempat kerja, menipu orang lain dalam urusan jual beli dan seumpamanya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kira-kira 21.1 juta pengundi akan membuang undi minggu ini, dengan pengundian awal pada hari Selasa dan hari pengundian pada hari Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p>The Malaysian Insight<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam supaya tidak mengundi calon pada pilihan raya umum kali<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13564,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13563","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13563","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13563"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13563\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13565,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13563\/revisions\/13565"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13564"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13563"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13563"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13563"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}