{"id":13569,"date":"2022-11-13T04:43:41","date_gmt":"2022-11-13T04:43:41","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13569"},"modified":"2022-11-13T04:43:43","modified_gmt":"2022-11-13T04:43:43","slug":"jangan-hina-wira-negara-faizal-selar-anwar-berhubung-dakwaan-tentera-dirasuah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/13\/jangan-hina-wira-negara-faizal-selar-anwar-berhubung-dakwaan-tentera-dirasuah\/","title":{"rendered":"Jangan Hina Wira Negara, Faizal Selar Anwar Berhubung Dakwaan Tentera Dirasuah"},"content":{"rendered":"\n<p>Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengecam pesaingnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa wujud aktiviti membeli undi anggota tentera, mengatakan dakwaan tersebut menunjukkan bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam keadaan terdesak bahkan tidak menghormati lebih 140,000 tentera dan ahli keluarga mereka yang bakal mengundi pada pilihan raya umum kali ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnggota tentera menggadai nyawa mereka setiap hari untuk melindungi bumi Malaysia. Wira-wira ini sepatutnya dipuji, dan bukan dihina sebagai pemakan rasuah tanpa apa-apa bukti atau keterangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdalah jelas bahawa Anwar semakin \u2018desperate\u2019 kerana jelas Pakatan Harapan (PH) kurang mendapat sokongan daripada rakyat semasa tempoh berkempen ini,\u201d kata Ahmad Faizal dalam satu kenyataan, lapor MalaysiaNow.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelmarin, dalam sebuah ceramah di Kuala Nerus, Terengganu, Anwar mendakwa anggota tentera sudah mengundi walaupun jadual pengundian awal ditetapkan pada 15 November ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mendakwa tentera dibayar RM300 setiap seorang oleh Barisan Nasional (BN), sambil menambah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) \u2018untuk memastikan ada penipuan dalam proses pilihan raya\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai respons, dalam sebuah kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya menggesa mereka yang mempunyai maklumat wujud aktiviti rasuah melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Faizal berkata, dakwaan Anwar itu adalah sebuah kenyataan \u2018paling tidak bertanggungjawab dan berniat jahat\u2019 pernah dibuat oleh mana-mana ahli politik sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) setakat ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnwar tidak menunjukkan apa-apa bukti untuk menyokong tuduhan jahat ini. Ia adalah tuduhan melulu, tanpa asas atau bukti.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerdapat 146,737 pengundi tentera dan pasangan mereka yang layak mengundi dalam PRU-15. Anwar telah menghina dan mengelar mereka penerima rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMenerima rasuah adalah suatu jenayah; adakah Anwar berpendapat bahawa anggota tentera kita adalah kesemuanya penjenayah,\u201d soalnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2018Beliau turut berkata kenyataan Anwar itu adalah sebuah \u2018dongeng; untuk mengatakan PRU-15 kali ini adalah tidak adil sebagai alasan sekiranya PH kalah besar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdakah Anwar bersedia menarik balik penghinaan terhadap anggota tentera negara serta keluarga mereka dan meminta maaf secara terbuka?\u201d<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengecam pesaingnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13570,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13569","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13569","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13569"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13569\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13571,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13569\/revisions\/13571"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13570"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13569"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13569"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13569"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}