{"id":13596,"date":"2022-11-13T18:19:21","date_gmt":"2022-11-13T18:19:21","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13596"},"modified":"2022-11-13T18:19:24","modified_gmt":"2022-11-13T18:19:24","slug":"adakah-perpecahan-dalaman-umno-semakin-teruk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/13\/adakah-perpecahan-dalaman-umno-semakin-teruk\/","title":{"rendered":"Adakah Perpecahan Dalaman UMNO Semakin Teruk?"},"content":{"rendered":"\n<p>Berbaki kurang seminggu lagi tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bagaimanapun krisis dalaman UMNO nampaknya belum ada tanda-tanda semakin reda.<\/p>\n\n\n\n<p>Rasa tidak puas hati tidak menjadi calon menyebabkan kempen jentera akar umbi UMNO dan Barisan Nasional (BN) bergerak perlahan, tindakan penutupan beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) memberi implikasi teruk apabila terpaksa menyusun semula strategi lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Paling pening kepala pastinya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat tidak agresif dan sering menjadi bahan kritikan serta kecaman orang ramai, malah paling jelas ditunjukkan dalam media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Zahid tidak sepopular bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini bergelar banduan, lebih memburukkan lagi keadaan apabila berlaku salah komunikasi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain perpecahan dikalangan akar umbi, terdapat juga khabar angin mengatakan terdapat gerakan untuk memastikan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandang Zahid kalah pada PRU-15 kali ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja berdepan tentangan pihak lawan di Bagan Datuk, Zahid juga berdepan seteru politik dalam partinya sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, beberapa maklumat diterima mendedahkan terdapat gerakan rahsia yang sedang digerakan oleh kumpulan \u2018warlord\u2019 UMNO yang tidak menjadi calon pada PRU-15 untuk mensabotaj kawasan yang ditandingi oleh Zahid.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber dalaman parti memberitahu gerakan tersebut disusun secara rapi untuk memastikan undi diperoleh Zahid menurun dan tidak mustahil juga kalah di Bagan Datuk.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHanya dengan kekalahan Zahid di Bagan Datuk dapat menyekat Zahid daripada membuat keputusan sesuka hatinya selepas PRU-15 nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIsmail Sabri juga dalam keadaan tertekan sebenarnya kerana orang-orangnya tidak tersenarai sebagai calon kali ini, jika semua calon yang menang adalah orang Zahid ia pastinya akan memberi implikasi buruk kepada karier politiknya,\u201d kata sumber tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, Zahid berdepan saingan empat penjuru di Bagan Datuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRU-15 kali ini, Pakatan Harapan (PH) meletak Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai calon, sementara Perikatan Nasional meletak Dr Muhammad Faiz Na\u2019aman dan seorang lagi adalah calon bebas, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, terdapat tanda-tanda jelas krisis dalaman UMNO masih tidak selesai apabila Zahid terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk meredakan kacau-bilau yang sedang dihadapi parti tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mengelak krisis berterusan berlaku dalam UMNO, Zahid berkata pemimpin parti yang tidak dicalonkan pada PRU-15 masih ada peluang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan tersebut hanya keluar selepas seminggu kempen PRU-15, nampaknya Zahid sudah melihat realiti sebenar yang sedang berlangsung di seluruh negara ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun membuat janji tersebut, Zahid juga meletak syarat bahawa mereka yang ingin bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) harus merebut peluang itu dengan memenangkan calon BN yang bertanding di kawasan parlimen masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPeluang masih ada terutamanya bagi negeri-negeri yang masih tidak dibubarkan DUN.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaka, peluang itu harus direbut dengan memenangkan calon parlimen BN,\u201d katanya melalui hantaran di Telegram yang dilaporkan media.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa nama besar UMNO digugurkan pada PRU-15 kali ini, antaranya Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Noh Omar dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya kini, adakah tawaran tersebut akan dipercayai pemimpin UMNO yang digugurkan kerana Zahid sudah memungkiri janjinya apabila tidak mencalonkan mereka pada PRU-15 kali ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berbaki kurang seminggu lagi tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bagaimanapun krisis dalaman UMNO nampaknya belum ada<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13597,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13596","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13596","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13596"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13596\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13598,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13596\/revisions\/13598"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13597"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13596"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13596"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13596"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}