{"id":13642,"date":"2022-11-15T18:12:34","date_gmt":"2022-11-15T18:12:34","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13642"},"modified":"2022-11-15T18:12:36","modified_gmt":"2022-11-15T18:12:36","slug":"pru-15-siri-15-15-faktor-pas-pn-mampu-tawan-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/15\/pru-15-siri-15-15-faktor-pas-pn-mampu-tawan-terengganu\/","title":{"rendered":"PRU 15 Siri 15: 15 Faktor PAS\/PN Mampu Tawan Terengganu"},"content":{"rendered":"\n<p>PAS\/PN akan menawan semua kerusi Parlimen pada PRU15 kali ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini meliputi 5 kerusi yang sedia disandang oleh PAS, 1 kerusi BERSATU iaitu Parlimen Hulu Terengganu, Parlimen Besut yang sebelum ini disandang oleh DS Idris Jusoh dan akan mengambil semula kerusi Kuala Nerus dari tangan at-Takiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Penulis meramalkannya berdasarkan 15 faktor yang dibahagikan kepada faktor UMNO dan faktor PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan faktor-faktor ini kelihatan selari dengan situasi di lapangan dan culaan serta mood rakyat yang mula bimbang UMNO akan membentuk jajaran baru bersama DAP selepas PRU15 nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Faktor UMNO:<\/p>\n\n\n\n<p>i. Mat Said bukan seorang tokoh yang disenangi dalam kalangan pemimpin UMNO negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau pernah berseteru dengan Idris Jusoh. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga pernah mengusulkan undi tidak percaya terhadap antan MB Ahmad Razif. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini menyebabkan kredibilitinya terjejas dan sokongan terhadap kepimpinannya tidak solid.<\/p>\n\n\n\n<p>ii. Kekuatan UMNO tidak seperti ketika Gelombang Biru yang digerakkan oleh Idris Jusoh pada PRU11 (2004). <\/p>\n\n\n\n<p>Cara Idris menggelombangbirukan Terengganu lebih bijak dan berstrategi; sesuatu yang gagal diikuti oleh Mat Said.<\/p>\n\n\n\n<p>iii. Sebelum PRU11, walaupun PAS memerintah Terengganu tetapi UMNO\/BN memerintah di peringkat Pusat. <\/p>\n\n\n\n<p>PM Abdullah Ahmad Badawi yang baru naik pada tahun 2003 mempunyai aura sendiri kepada seluruh rakyat Malaysia ketika itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi bagi PRU15 ini, UMNO\/BN dalam keadaan pincang setelah baru tumbang buat julung kalinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada lagi tokoh bersih dan segar seperti Abdullah Ahmad Badawi.<\/p>\n\n\n\n<p>iv. Dua dekad yang lalu, media massa dikuasai UMNO\/BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu belum ada media sosial seperti facebook, whatsapp, twitter dan seumpamanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhbar dan TV benar-benar dipergunakan oleh UMNO\/BN dengan berita-berita bohong, fitnah dan propaganda. <\/p>\n\n\n\n<p>Zaman sekarang, rakyat celik IT dan mempunyai pelbagai gajet. <\/p>\n\n\n\n<p>Pagi keluar berita fitnah, petang rakyat dapat penjelasan. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, UMNO\/BN telah kehilangan monopoli media.<\/p>\n\n\n\n<p>v. Daftar pemilih PRU2004 merekodkan satu pertambahan pengundi baru yang paling tinggi peratusnya di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia seolah sesuatu yang telah dirancang secara licik oleh UMNO\/BN dalam usaha mengambil semula Terengganu dari tangan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>vi. Kewangan yang kukuh kerana faktor Wang Ehsan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kontraktor UMNO mendapat limpahan projek pembinaan yang besar-besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Kantung penuh dengan duit yang sebahagiannya mengalir kepada parti dalam bentuk sumbangan atau \u201810%\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak projek wang ehsan dijenamakan sebagai projek kerajaan Barisan Nasional. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang UMNO Terengganu terpaksa mengemis ihsan daripada Pusat.<\/p>\n\n\n\n<p>vii. UMNO berpecah kepada BERSATU. <\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa orang tokoh besar UMNO termasuk TS Muhyiddin Yassin sendiri tersingkir dari UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini dikuti oleh beberapa orang Ahli Parlimen UMNO melompat ke BERSATU selepas PRU14. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan kecil kesan negatif kepada UMNO\/BN sebaliknya memberi nilai tambah kepada PAS apabila tertubuhnya Perikatan Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>viii. Zahid Hamidi merupakan liabiliti bagi UMNO dalam PRU15 sepertimana Najib dengan kes 1MDB menjejaskan undi UMNO pada PRU14. <\/p>\n\n\n\n<p>Kes-kes mahkamah yang dihadapi oleh Zahid Hamidi dan beberapa orang lagi tokoh politik UMNO turut memberi kesan kepada pola pengundian di negeri Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Najib pula sudah terbukti bersalah dan kini merengkuk di dalam penjara.<\/p>\n\n\n\n<p>ix. Di sudut lain, pengundi UMNO dan pengundi atas pagar Melayu mula meragui kejujuran Zahid Hamidi. <\/p>\n\n\n\n<p>\u2018No Anwar, No DAP\u2019 dilihat sebagai satu pembohongan apabila Papagomo mantan exco pemuda UMNO sendiri mendedahkan hati perut Zahid. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengundi Melayu sukar menafikan bahawa jajaran baru bersama Anwar dan DAP akan diusahakan sekiranya UMNO\/BN gagal menang secara solo. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima oleh orang Melayu dan akar umbi UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Faktor PAS<\/p>\n\n\n\n<p>i. Kejayaan PAS Terengganu melaksanakan semua 20 janji dalam manifesto menggamit keyakinan rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebahagian besar rakyat mendapat manfaat yang tak pernah diperoleh ketika UMNO\/BN berkuasa seperti geran tanah, bantuan lesen motosikal, pencen rakyat, rawatan kelas tiga percuma dan banyak lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>ii. PAS berjaya membuka tanah kepada rakyat, menyelesaikan masalah tanah terkilan dengan memberikan geran-geran tanah kekal seperti dijanjikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada penyokong UMNO yang dijanjikan untuk diberi tanah oleh UMNO 30 tahun yang lepas tetapi janji tinggal janji. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila PAS memerintah dalam tempoh 4 tahun sahaja, tanah dan geran kekal dapat dimiliki.<\/p>\n\n\n\n<p>iii. Wakil-wakil rakyat PAS mesra dan prihatin rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat diutamakan terutama ketika musibah dan musim banjir. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai bantuan barang keperluan, pembersihan premis dilakukan oleh Unit Amal dan Ameerah PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Wakil rakyat PAS tiada masa untuk ke padang golf, melancong atau bersantai di rumah hinggap di ibukota seperti yang dilakukan oleh sesetengah wakil rakyat UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>iv. Kerajaan PAS berintegriti dalam melaksanakan amanah pentadbiran. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini menyebabkan rakyat memandang hormat dan tiada isu yang boleh dimainkan oleh UMNO\/BN. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO ketinggalan jauh dalam bab integriti.<\/p>\n\n\n\n<p>v. Menteri-menteri PAS yang berada dalam kabinet PM Muhyiddin Yasin dan PM Ismail Sabri menunjukkan kemampuan mentadbir dengan cemerlang walaupun berstatus \u2018lebai\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini telah meruntuhkan tembok pesimistik yang berstigma dalam minda masyarakat yang sebelum ini merasakan pemimpin PAS hanyalah lebai-lebai kampung yang layak memberi kuliah agama sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>vi. PRU kali ini PAS juga mendapat suntikan sokongan daripada BERSATU dan GERAKAN yang sama-sama bergerak dalam pasukan Perikatan Nasional. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun BERSATU dan GERAKAN tidak sekuat mana tetapi undinya amat membantu untuk PN menang di Hulu Terengganu dan 7 lagi Parlimen yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS\/PN juga mampu menarik sebahagian undi UMNO di Besut apabila Idris Jusoh tidak lagi mempertahankan hegemoninya.<\/p>\n\n\n\n<p>Memadai 15 faktor di atas menjadi sandaran mengapa dijangkakan PAS\/PN mampu memenangi semua 8 kerusi Parlimen di Terengganu pada PRU15 ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Adapun ilmu Allah itu lebih meliputi dan kehendak Allah itu tiada siapa mengetahui.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS\/PN akan menawan semua kerusi Parlimen pada PRU15 kali ini. Ini meliputi 5 kerusi yang sedia disandang oleh<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13643,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13642","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13642","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13642"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13642\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13644,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13642\/revisions\/13644"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13643"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13642"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13642"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13642"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}