{"id":13660,"date":"2022-11-15T22:37:02","date_gmt":"2022-11-15T22:37:02","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13660"},"modified":"2022-11-15T22:37:04","modified_gmt":"2022-11-15T22:37:04","slug":"tuan-guru-haji-abdul-hadi-bayang-pn-menang-107-kerusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/15\/tuan-guru-haji-abdul-hadi-bayang-pn-menang-107-kerusi\/","title":{"rendered":"Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bayang PN Menang 107 Kerusi"},"content":{"rendered":"\n<p>Perikatan Nasional (PN) bertanding di lebih dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU15 ini dengan usaha untuk mendapat kemenangan sendiri tanpa bergabung dengan mana-mana gabungan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membayangkan PN mampu menang 107 kerusi di mana sekiranya dapat bersama gabungan daripada Sarawak akan dapat menubuhkan kerajaan dengan majoriti dua pertiga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni yang mesti kita usahakan. Jadi saya bercakap berdasarkan pada kita masuk pilihan raya (sekarang). Keputusan tak tahu lagi, ini andaian. Saya tak boleh jawab soalan andaian.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau andaian, yang kalangan Umno pun ada nak kerjasama dengan PH (Pakatan Harapan). Kerana PH boleh bebas orang (terbabit) rasuah, berhentikan kes mahkamah. Saya tahu,\u201d sindirnya yang juga calon PN P.037 Marang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mengulas demikian sebagai memberi reaksi kepada pertanyaan media berhubung dakwaan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selepas Santai Petang sempena Jelajah Presiden PAS di Taman Desa Cheng Perdana, di sini petang tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau lagi, sekiranya PN mendapat majoriti sendirian, sama ada majoriti dua pertiga atau majoriti mudah, maka tidak memerlukan gabungan lain, sebaliknya pihak lain akan datang kepada PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya yang juga Timbalan Pengerusi PN, sekiranya terdapat pihak datang untuk membawa perubahan secara BEST yakni Bersih dan Stabil, PN amat mengalu-alukan untuk berada bersama gabungan itu nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun tegasnya, jika tidak mendapat majoriti membentuk kerajaan, PN sanggup menjadi pembangkang di mana PAS sendiri mempunyai pengalaman berpuluh tahun sebagai pembangkang selama ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTak jadi masalah. Kita tak mahu kerajaan yang tak bersih. Kita berprinsip, kita bukan parti yang hanyut,\u201d tegas beliau yang turut membidas PH kerana membebaskan individu terbabit kes rasuah semasa koalisi itu memerintah dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesal beliau, pengampunan ketika itu diberi tanpa mengikut proses sehinggakan penjenayah dilantik menjadi pemimpin, sedangkan semasa PN menjadi kerajaan, mereka yang tertuduh dibawa perbicaraan ke mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu mengulas isu timbul mengenai ulasan Setiausaha Agung PAS, Dato\u2019 Seri Takiyuddin Hassan berhubung gabungan bersama BN, jelasnya itu adalah pendirian sebelum pembubaran Parlimen dan tidak timbul dengan situasi ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalangan pemimpin BN ujarnya, diketahui masih berdepan dengan kes mahkamah dan PAS berharap Perhimpunan Agung Umno (PAU) membuat perubahan sebelum PRU15 diadakan, namun ia tidak dapat dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c(Umno) Bahagian-bahagian terus sokong pemimpin yang lama juga. Ini jadi masalah. Kita harapkan pemimpin BN yang bersih. Masa itu kita andaikan Umno membuat perubahan. Sekarang kita (sudahpun) masuk PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi kenyataan (Takiyuddin itu) diambil hat kenyataan saya yang awal. Itu berdasarkan kepada (sebelum pembubaran) itu. Adapun (masa) pilihan raya ini kita tahu banyak pimpinan Umno yang dicantas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDicantas, (Tan Sri) Annuar Musa dicantas, (Dato\u2019 Seri) Shahidan Kassim dicantas, (Dato\u2019 Seri) Adham Baba dicantas. (Tan Sri) Noh Omar dicantas. Banyak dicantas pimpinan ini. Dia (Dato\u2019 Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) ambil yang sebulu dengan dia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang boleh selamatkan kes-kes dia di mahkamah. Mungkin berita mengatakan (dia) nak gabung dengan PH itu kemungkinan ada kebenarannya. Dia pilih orang-orang yang boleh bergabung dengan PH saja dalam Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni malang. Dengan sebab itu kita minta rakyat tolak BN, tolak PH. Pilih kami, percaya pada kami,\u201d jelasnya terhadap pendirian dan situasi tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, mereka yang dicantas itu secara zahirnya tiada kes mahkamah dan sama ada mereka itu baik atau tidak, berada dalam pengetahuan Tuhan di mana Shahidan telah PN ambil bertanding di Arau Perlis.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga Dato\u2019 Seri Ismail Mutalib bertanding untuk PN di Pahang, tetapi kerana kesuntukan masa terlalu hampir penamaan calon, maka PN hanya berkesempatan memproses dua calon itu sahaja, pun begitu beliau melihat berlaku momentum di dua negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInsyaAllah kita boleh tawan Perlis dan Pahang,\u201d ujarnya optimis.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) bertanding di lebih dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU15 ini dengan usaha untuk mendapat kemenangan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13661,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13660","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13660","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13660"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13660\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13662,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13660\/revisions\/13662"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13661"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13660"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13660"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13660"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}