{"id":13674,"date":"2022-11-16T06:20:55","date_gmt":"2022-11-16T06:20:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13674"},"modified":"2022-11-16T06:20:57","modified_gmt":"2022-11-16T06:20:57","slug":"umno-bn-kini-bukan-ancaman-kepada-pn-untuk-menang-pru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/16\/umno-bn-kini-bukan-ancaman-kepada-pn-untuk-menang-pru\/","title":{"rendered":"UMNO, BN Kini Bukan Ancaman Kepada PN Untuk Menang PRU"},"content":{"rendered":"\n<p>Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekarang ini bukan lagi ancaman kepada Perikatan Nasional untuk menang dan membentuk kerajaan Prihatin, Bersih dan Stabil, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini (19 November 2022).<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden Bersatu itu menjelaskan UMNO dan BN kini telah hancur, tatkala gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional dari Utara hingga Selatan tanah air, semakin membesar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUMNO kini bukan ancaman lagi\u2026 UMNO dan BN telah hancur akibat dirosakkan sendiri oleh Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO dan Pengerusi BN), selain telah membawa masalah kepada negara rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya pernah berada dalam UMNO dan BN sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi. Saya tahu keadaan dulu dan sekarang. UMNO dan BN kini telah dikeronyok oleh Zahid,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional berkata Pakatan Harapan (PH) juga menghadapi isu kepercayaan dalam kalangan rakyat, apabila tidak menepati janji dibuat selepas menang PRU-14 pada 2018 lalu.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>\u2018Tugas saya belum selesai\u2019<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin juga berpendapat tindakan menjatuhkannya daripada jawatan Perdana Menteri tahun lalu tidak sepatutnya dilakukan, tatkala Kerajaan Perikatan Nasional berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Muhyiddin tetap bersyukur kerana hasil usaha keras beliau bersama Jemaah Menteri Kerajaan Perikatan Nasional, Malaysia kini hampir bebas daripada pandemik Covid-19 apabila telah memasuki fasa endemik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAllah mengangkat saya ke satu harakah yang tinggi sebagai Perdana Menteri tatkala Covid-19 mula merebak di seluruh dunia. Dalam keadaan semua pakar di seluruh dunia masih tidak tahu apakah jenis penyakit yang melanda ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan Perikatan Nasional terpaksa bergelut dengan wabak penyakit itu. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat setelah mengetahui wabak itu boleh membawa maut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalangnya ketika itulah UMNO, terutama Kluster Mahkamah, dan BN dengan kerjasama PH, memusnahkan usaha mengurus negara dengan lebih baik. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tindakan itu menunjukkan mereka langsung tidak memikirkan soal nasib rakyat, sebaliknya mementingkan kuasa dan politik mereka sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin berkata beliau terpaksa meletak jawatan dalam keadaan tugasnya yang belum selesai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTugas saya belum selesai dan saya akan selesaikan selepas Perikatan Nasional diberi mandat dalam PRU-15 Sabtu ini\u2026 untuk kembali duduk di kerusi Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNanti kalau saya cakap begini ada orang kata Muhyiddin berangan-angan\u2026 berangan-angan apa? Saya pernah menjadi Perdana Menteri\u2026 yang di sebelah sana itu yang berangan-angan\u2026 sampai sekarang pun tak jadi Perdana Menteri\u2026 PM tepi saja\u2026 cermin muka dulu,\u201d katanya merujuk kepada Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, Muhyiddin berkata kerajaan yang perlu dibentuk selepas 19 November ini mestilah Kerajaan Perikatan Nasional yang bersih daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Terbaharu, Muhyiddin berpesan kepada anak muda untuk terus memberi sokongan kepada Perikatan Nasional jika mahu melihat beliau memimpin negara selepas PRU-15 ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi ingat, kalau nak tengok Abah kembali ke Putrajaya, pakat ramai-ramai undi Perikatan Nasional. Menangkan calon-calon Perikatan Nasional di kawasan anda.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPesan kat mak, ayah, abang, adik, kakak, jiran, kawan-kawan semua, kali ini undi Perikatan Nasional. Keluar dan undi awal-awal lagi. Ingat janji kita, 19 November undi Perikatan Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDo what is right. Gemakan suara anak muda! Come on guys, lets go! PN BEST,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekarang ini bukan lagi ancaman kepada Perikatan Nasional<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13675,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13674","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13674","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13674"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13674\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13676,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13674\/revisions\/13676"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13675"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13674"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13674"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13674"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}