{"id":13757,"date":"2022-11-17T22:31:16","date_gmt":"2022-11-17T22:31:16","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13757"},"modified":"2022-11-17T22:31:18","modified_gmt":"2022-11-17T22:31:18","slug":"pru-15-siri-16-di-sebalik-segala-kemelut-akhirnya-pn-membentuk-kerajaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/17\/pru-15-siri-16-di-sebalik-segala-kemelut-akhirnya-pn-membentuk-kerajaan\/","title":{"rendered":"PRU 15 Siri 16: Di Sebalik Segala Kemelut, Akhirnya PN Membentuk Kerajaan"},"content":{"rendered":"\n<p>Pendapat umum mengatakan sukar bagi mana-mana parti atau koalisi membentuk kerajaan secara solo selepas PRU15. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada pendapat membayangkan kerajaan jajaran baru antara BN dan PH dengan kerjasama beberapa parti di Sabah dan Sarawak akan terbentuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut ramalan penganalisis politik, BN mampu meraih antara 40-45 kerusi Parlimen manakala PH yang didominasi oleh DAP mampu meraih sekitar 60 kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jajaran ini hanya memerlukan tak sampai 10 kerusi untuk membentuk kerajaan Pusat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepuluh kerusi itulah diperlukan dari Sabah dan Sarawak. <\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu tidak mungkin BN bergabung dengan PKR dan AMANAH sahaja kerana mereka tak akan mempunyai kerusi yang cukup tanpa DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Penulis menjangkakan PN mampu meraih bilangan kerusi yang hampir sama dengan jumlah kerusi BN\/PH. <\/p>\n\n\n\n<p>GRS dan GPS di Sabah dan Sarawak akan menjadi kingmaker. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika 10 kerusi sahaja daripada 56 kerusi di kepulauan tersebut menyokong sama ada PN atau jajaran baru, memadai untuk salah satunya membentuk kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian congakan di atas kertas. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun adakah perancangan akan jadi semudah itu? Tidak. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi penulis, jajaran baru antara BN dan PH amat sukar dibentuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Pandangan umum mungkin beranggapan agak mudah kerana Zahid dan Anwar ada tendensi tinggi ke arah itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah DAP pun sudah nampak berlembut dengan UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada lagi dibangkitkan isu kleptokrasi. <\/p>\n\n\n\n<p>DAP berfikir lebih baik menjadi kerajaan bersama seteru tradisi, UMNO, daripada terus menjadi pembangkang sambil melihat PAS berpencak gagah di Putrajaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Riak-riak DAP akan menjual prinsipnya semakin ketara kini.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara halangan yang akan ditempuhi sekiranya Zahid bercadang membentuk kerajaan bersama DAP ialah:-<\/p>\n\n\n\n<p>i. Tentangan dari dalam UMNO sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>PAU telah memutuskan \u2018No Anwar, No DAP\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>PAU adalah suara keramat UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan semua Ahli Parlimen dan Ahli MKT UMNO akan bersetuju untuk bergabung dengan DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah dalam Top 5 UMNO sendiri akan berlaku perselisihan. <\/p>\n\n\n\n<p>\u2018Golongan jernih\u2019 lebih suka memilih untuk kembali membentuk kerajaan dengan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya Zahid sanggup langgar PAU dan menyanggah tentangan dalaman, maka kali ini akan berlaku perpecahan yang lebih besar dalam UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>ii. Begitu juga dari dalam PH sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang nombor 2 PKR, Rafizi ada prinsip yang cukup jelas dari gaya politiknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak guna beliau berhempas pulas mendedahkan pelbagai salahlaku pentadbiran pemimpin UMNO kalau dalam sekelip mata segala-galanya berubah terbalik kuang. <\/p>\n\n\n\n<p>Entahlah kalau beliau tergolong dalam golongan munafik hakiki yang menoda prinsip semudah memetik jari. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain Rafizi, akan ada beberapa orang Ahli Parlimen PH yang akan sependapat dengannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Apalagi jika syarat gabungan itu ialah menyelamatkan Zahid daripada kes-kes mahkamahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Seperti UMNO, akan ada ahli-ahli parti komponen dalam PH yang menentang kerjasama dengan UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana pula sikap parti-parti di Sabah dan Sarawak? <\/p>\n\n\n\n<p>Perlu diingat bahawa kebanyakan parti di sana dikuasai oleh bangsa pribumi. <\/p>\n\n\n\n<p>DAP yang berjuang atas dasar Malaysian Malaysia menentang terminologi Bumiputera dan non-Bumiputera. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itulah DAP berseteru dengan GPS dan GRS di sana. <\/p>\n\n\n\n<p>Atas faktor inilah penulis yakin, GRS dan GPS akan memilih untuk bersama dengan PN yang dipimpin oleh TS Muhyiddin Yassin.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, jalan terakhir untuk membentuk kerajaan yang BERSIH dan STABIL ialah GPS dan GRS akan bersama-sama dengan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah keyakinan Muhyiddin Yassin yang sudah nampak gelombang baru sokongan rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak kepada PN. <\/p>\n\n\n\n<p>PN ke Putrajaya dan TS Muhyiddin Yassin akan menjadi PM sekali lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kali ini Zahid akan ternganga. <\/p>\n\n\n\n<p>Silap haribulan beliau yang awal-awal berkata tidak akan bekerjasama dengan PAS dan BERSATU selepas PRU15 akan menelan kahaknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sempatkah Zahid menunggu PAU seterusnya untuk terus berada di kerusi nombor satu UMNO? <\/p>\n\n\n\n<p>Jawapannya, tidak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pendapat umum mengatakan sukar bagi mana-mana parti atau koalisi membentuk kerajaan secara solo selepas PRU15. Ada pendapat membayangkan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13758,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13757","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13757","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13757"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13757\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13759,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13757\/revisions\/13759"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13758"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13757"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13757"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13757"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}