{"id":13769,"date":"2022-11-18T05:59:53","date_gmt":"2022-11-18T05:59:53","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13769"},"modified":"2022-11-18T05:59:56","modified_gmt":"2022-11-18T05:59:56","slug":"pru15-perangi-rasuah-menerusi-kertas-undi-nilai-watak-pendirian-calon-khutbah-jumaat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/18\/pru15-perangi-rasuah-menerusi-kertas-undi-nilai-watak-pendirian-calon-khutbah-jumaat\/","title":{"rendered":"PRU15: Perangi Rasuah Menerusi Kertas Undi, Nilai Watak, Pendirian Calon \u2013 Khutbah Jumaat"},"content":{"rendered":"\n<p>Azam memerangi rasuah boleh dibuktikan menerusi kertas undi, dengan menolak serta tidak memberi undi kepada calon-calon yang memiliki imej rasuah atau terpalit dengan lumpur rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi teks khutbah Jumaat di seluruh Perak dengan tajuk \u2018Pilihan Raya: Pemilihan Ulil Amri\u2019, masyarakat juga perlu membuktikan tekad itu dengan tidak membenarkan diri dibeli dengan sogokan wang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan kata lain, memilih calon kerana dipengaruhi dengan sampul surat yang mengandungi wang.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut teks berkenaan, menghukum dengan adil dapat dilakukan apabila tidak lagi memilih orang yang terlibat dan terpalit dengan rasuah serta pecah amanah.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas teks tersebut lagi, sudah tiba masanya untuk mengubah yang buruk kepada baik dan langkah untuk menjernihkan air yang keruh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBetulkan yang biasa, dan biasakan diri dengan yang betul. Pilihan yang dilakukan akan menentukan kehidupan rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMengundi ialah tanggungjawab rakyat kepada negara. Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan kertas undi bagi setiap pengundi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKertas undi yang dicetak melibatkan kos yang dibayar daripada duit pembayar cukai. Jangan sia-siakan kertas undi yang telah disediakan untuk kita; apatah lagi kerajaan bermurah hati mengisytiharkan hari ini dan esok sebagai hari cuti bagi memudahkan rakyat mengundi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSempurnakan rukun kenegaraan seorang rakyat; sempurnakan tanggungjawab fardu kifayah seorang muslim; ikhlaskan niat menunaikan kewajipan fardu kifayah untuk pergi mengundi agar dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujarnya lagi, masyarakat disarankan memilih calon yang memiliki peribadi yang jujur dan ikhlas selain akhlak dan budi pekerti mulia.<\/p>\n\n\n\n<p>Di samping berilmu dan berpengetahuan, mengamalkan gaya hidup sederhana serta tidak memperagakan kemewahan secara keterlaluan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPilihlah pemimpin yang memiliki sifat al-qawi, bermaksud berkemampuan, berkebolehan, berkepakaran, dan mahir dalam melaksanakan tugas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSifat al-amin, bermaksud amanah, bertanggungjawab dan berintegriti, tidak menyeleweng, tidak khianat, dan tidak mudah dibeli dengan wang ringgit, pangkat dan jawatan hingga bersedia menggadaikan maruah diri dan maruah bangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetelah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, walau apa jua keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ummah wajib menerimanya dengan hati yang terbuka serta reda dengan ketentuan Ilahi,\u201d jelas teks khutbah itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut teks khutbah itu lagi, PRU15 memberikan hak kepada 21.1 juta orang pengundi untuk memilih pemimpin bagi mentadbir urus negara dan menentukan nasib 32.7 juta rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, rakyat mengharapkan pasca pilihan raya, akan terbentuk sebuah kerajaan yang dapat memenuhi harapan rakyat; merangkumi peluang pekerjaan,pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan pengangkutan awam yang berkualiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Termasuk perumahan rakyat, jaminan bekalan barang makanan, kos sara hidup yang rendah, inflasi yang terkawal dan pelbagai lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRakyat mahu melihat nilai ringgit kembali kukuh, beban hutang dan tanggungan negara berjumlah RM1.4 trilion dapat dikurangkan, rasuah dihapuskan dan negara kembali dihormati di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c39 parti politik bertanding, membariskan 945 calon, di samping 108 calon bebas. Islam sangat memberi penekanan soal kepimpinan. Nasib buruk atau baik rakyat dan negara ditentukan oleh pemimpin,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya lagi, dalam proses melantik seorang pemimpin negara, antara panduan sebelum membuat pilihan adalah dengan meneliti dan memastikan orang yang dilantik memiliki keupayaan untuk mengurus negara dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSiapakah antara calon yang berupaya mengangkat martabat dan memakmurkan negara? Siapakah antara calon yang memiliki imej bersih dan bebas daripada rasuah?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSiapakah antara calon yang memiliki kekuatan dan bukan boneka atau patung yang begitu lemah dan tidak memiliki kekuatan jati diri lalu terlalu mudah tunduk kepada tekanan?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSiapakah antara calon yang berupaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur, yang dihormati di peringkat antarabangsa?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerkara tersebut hendaklah dijadikan panduan ketika membuat pilihan,\u201d katanya, lapor Astro Awani.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pilihan raya juga memberikan hak kepada rakyat menentukan sama ada mahu terus mengekalkan corak dan haluan politik negara serta pemimpin sedia ada, atau sebaliknya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Azam memerangi rasuah boleh dibuktikan menerusi kertas undi, dengan menolak serta tidak memberi undi kepada calon-calon yang memiliki<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13770,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-13769","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13769","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13769"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13769\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13771,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13769\/revisions\/13771"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13770"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13769"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13769"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13769"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}