{"id":13802,"date":"2022-11-20T08:27:55","date_gmt":"2022-11-20T08:27:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13802"},"modified":"2022-11-20T08:27:57","modified_gmt":"2022-11-20T08:27:57","slug":"gabungan-pn-bn-gps-grs-paling-realistik-jadi-kerajaan-persekutuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/20\/gabungan-pn-bn-gps-grs-paling-realistik-jadi-kerajaan-persekutuan\/","title":{"rendered":"Gabungan PN + BN, GPS, GRS Paling Realistik Jadi Kerajaan Persekutuan"},"content":{"rendered":"\n<p>Gabungan berteraskan parti politik Melayu dan Borneo dilihat lebih berpotensi untuk membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), dengan Perikatan Nasional mengetuai gabungan berkenaan, kata penganalisis.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa penganalisis politik percaya kerjasama antara Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), adalah lebih realistik, berbanding pembentukan kerajaan yang diketuai Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, mereka juga percaya kerajaan dianggotai Perikatan Nasional yang memiliki 73 kerusi, serta BN (30), GPS (22) dan GRS (enam) adalah lebih stabil, dengan majoriti selesa 131 kerusi Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganalisis politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, percaya pilihan itu lebih realistik kerana semua parti itu pernah bekerjasama membentuk kerajaan di bawah pimpinan dua Perdana Menteri, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, gabungan itu lebih mudah dibentuk membawa aspirasi yang sama dan berteraskan politik Melayu, berbanding gabungan kerajaan yang membabitkan PH.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, gabungan ini tetap bergantung pada penerimaan GPS dan GRS terhadap PAS yang mendominasi jumlah kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika parti Borneo boleh menepis stigma terhadap PAS yang dikaitkan dengan Islamisasi dan sebagainya, gabungan Perikatan Nasional, BN, GPS dan GRS pasti boleh membentuk kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPAS juga dilihat lebih terbuka untuk menerima BN atas faktor Muafakat Nasional (MN), dan Bersatu terpaksa akur jika itu kehendak PAS memandangkan PAS yang memiliki kerusi paling banyak dalam PN ketika ini,\u201d katanya menurut BH, hari ini (20 November 2022).<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, Mohd Izani berpandangan, PAS perlu diberi lebih suara dalam menentukan bentuk gabungan kerajaan membabitkan Perikatan Nasional, atas faktor penguasaan kukuh mereka dalam PRU-15.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun dikatakan \u2018equal partner\u2019 dalam Perikatan Nasional, perlu ada ketua yang memimpin dalam gabungan itu dan kerajaan nanti, dan PAS wajar diberi mandat mengetuai kerajaan yang dibentuk nanti,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Jeniri Amir juga yakin gabungan Perikatan Nasional, BN, GPS dan GRS yang akan membentuk kerajaan, khususnya selepas Muhyiddin sendiri mendedahkan rundingan dengan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPH dan Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir pasti berputih mata dan gagal membentuk kerajaan walaupun mereka mencatat jumlah kerusi lebih banyak berbanding Perikatan Nasional dengan 82 kerusi Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRamuan terbaik untuk kestabilan politik mesti membabitkan jumlah majoriti yang besar. Malah, gabungan Perikatan Nasional, BN, GPS dan GRS mungkin turut disertai Pari Warisan (WARISAN), yang sebelum ini menyatakan kesediaan menyokong mana-mana gabungan yang membentuk kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya mengenai kemungkinan PH bekerjasama dengan GPS serta beberapa parti lain bagi mewujudkan kerajaan, Jeniri menegaskan ia hampir mustahil kerana permusuhan keras antara GPS dan DAP Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa pun, GPS akan menilai tawaran PH dan Perikatan Nasional. Paling penting pastinya komitmen politik untuk memenuhi tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) juga perlu dilihat. Saya kira satu jawatan TPM memadai dalam situasi sekarang, dan ia wajar diberikan pada Sarawak berbanding Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Dr Awang Azman Awang Pawi, berpandangan GPS dan GRS menjadi penentu sama ada PH atau Perikatan Nasional bakal mengetuai kerajaan baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSama ada kerajaan diketuai Perikatan Nasional atau PH yang akan dibentuk, bergantung pada komitmen dalam tawaran mereka. Misalnya, apa tawaran terbaik kepada GPS untuk membentuk kerajaan bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTawaran ini perlu membabitkan kuasa sebenar, proses penurunan kuasa yang lebih baik, isu penyelesaian MA63, peruntukan lebih tinggi kepada kerajaan GPS di Sarawak, dan bagaimana situasi politik di negeri itu dikendalikan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika PH mahu bekerjasama dengan GPS, Awang Azman menegaskan PH perlu mencari jalan menguruskan hubungan antara DAP Sarawak dengan GPS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGPS tak nak DAP. Bagaimana nak selesai? Contoh penyelesaian mungkin dengan mengadakan perjanjian supaya DAP hanya bertanding di kerusi yang dimenangi mereka saja dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) atau PRU akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gabungan berteraskan parti politik Melayu dan Borneo dilihat lebih berpotensi untuk membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13803,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-13802","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13802","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13802"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13802\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13804,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13802\/revisions\/13804"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13803"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13802"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13802"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13802"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}