{"id":13913,"date":"2022-11-24T08:25:24","date_gmt":"2022-11-24T08:25:24","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13913"},"modified":"2022-11-24T08:25:26","modified_gmt":"2022-11-24T08:25:26","slug":"ibrah-24-november-tarikh-kebangkitan-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/24\/ibrah-24-november-tarikh-kebangkitan-pas\/","title":{"rendered":"Ibrah 24 November: Tarikh Kebangkitan PAS"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>SEJARAH<\/strong>&nbsp;<strong>awal<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Apabila kita meneliti sejarah kebangkitan Islam di Tanah Melayu, kita akan temui jalur perjuangan itu bersambung dengan dua jalur besar, iaitu Sarekat Islam dan Masyumi, selepas Perang Dunia Kedua.<\/p>\n\n\n\n<p>Sarekat Islam ditubuhkan pada 16 Oktober 1905, yang bersambung dengan\u00a0<em>Jam\u2019iyatul Rusyidiah<\/em>\u00a0yang diasaskan oleh Syeikh Ali Kelana Riau. <\/p>\n\n\n\n<p>Syeikh Ali Kelana merupakan salah seorang murid kepada Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al Fathani.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Dari\u00a0<em>Jam\u2019iyyatul Rusyidiah<\/em>, lahir\u00a0<em>Jam\u2019iyyat Khairi<\/em>\u00a0pada 1905, yang menjadi asas kepada tertubuhnya Sarekat Dagang Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas itu pada 1909 dikenali sebagai Sarekat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala Masyumi pula, lahir daripada penubuhan Majlis Islam A\u2019la Indonesia (MIAI) pada 1937, yang merupakan inisiatif Partai Sarekat Islam Indonesia (PSII). <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah itu ia\u00a0 melahirkan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) pada 1943.<\/p>\n\n\n\n<p>Daripada kedua-dua pertubuhan ini, lahirlah Hizbul Muslimin 1948, yang kemudiannya melahirkan Persatuan Ulamak Malaya yang ditubuhkan pada 23 Ogos 1951. <\/p>\n\n\n\n<p>Persatuan ini telah mengadakan persidangan di Bagan Tuan Kecil pada 24 November 1951.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam persidangan 24 November tersebut telah memutuskan bahawa nama persatuan yang ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 di Kuala Lumpur itu dikenali sebagai Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) dan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS yang pertama.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Husnudzon dengan Allah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Rantai perjuangan yang berpanjangan ini sambung menyambung dengan perjuangan golongan terdahulu. Tidak terputus. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan akan terus menyambung,\u00a0<em>insya-Allah<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang telah pergi, dan ada yang masih menunggu.<\/p>\n\n\n\n<p>Perjuangan yang didasari dengan ilmu dan kefahaman tidak mudah untuk terputus, apa lagi terhenti. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan perjuangan atas dasar slogan kosong atau diisi dengan buih-buih sentimen.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kita melihat jalur panjang rantai perjuangan ini, kita akan sedar bahawa di sana menuntut supaya kita yakin dengan Allah S.W.T, dan bersangka baik terhadap ketentuanNya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Nabi S.A.W bersabda;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u0644\u0627 \u064a\u064e\u0645\u064f\u0648\u062a\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0648\u064e\u0647\u0648 \u064a\u064f\u062d\u0652\u0633\u0650\u0646\u064f \u0627\u0644\u0638\u064e\u0651\u0646\u064e\u0651 \u0628\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0639\u064e\u0632\u064e\u0651 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0644\u064e\u0651<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>\u201cJanganlah salah satu di antara kalian mati, kecuali berprasangka baik terhadap Allah.\u201d<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>(Shahih Muslim)<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini sudah tahun ke 71 penubuhan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Perjuangan dalam \u2018perang pemikiran\u2019 yang berpanjangan ini tak mungkin akan tersia-sia begitu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS pernah berada di posisi kerajaan, apatah lagi sebagai pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS pernah bergabung dan berpakat dengan banyak pihak, dan pernah ditendang.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Matlamat vs perang pemikiran<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Di dalam buku&nbsp;<em>Jalan Dakwah, Antara Keaslian dan Penyelewengan<\/em>, Fathi Yakan menyatakan;<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cSudah diketahui bahawa setiap orang yang mempunyai matlamat akan berjalan di jalan yang selamat, jalan yang boleh menyampaikannya kepada matlamatnya. Ia berusaha sedaya upaya untuk mengenali jalan serta tanda-tandanya, sebelum ia memulakan perjalanan agar tidak terkeliru dan tersimpang ke lain, tidak terbuang dan sia-sia usaha tenaganya, waktu dan masanya, tanpa sampai ke matlamat yang ditujuinya. Biasanya orang ini akan meminta bantuan daripada orang-orang yang arif dan pakar mengenai jalan ini untuk mendapatkan tunjuk ajar dari mereka dengan syarat orang-orang itu boleh dipercayai dan bersifat amanah dalam tunjuk ajarnya. Jika tidak, pasti ia tidak berpuas hati dengan tunjuk ajar yang diberikan mengenai jalan tersebut.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Elemen yang terbesar dalam perjuangan ini, adalah matlamatnya. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS terpaksa melalui liku-liku yang panjang untuk mengangkat pemikiran Islam yang berTuhankan Allah S.W.T. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, PAS terpaksa berhadapan dengan pelbagai ideologi yang menentang.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS terpaksa menghadapi nasionalisme yang \u2018terlalu kanan\u2019, sosialisme demokrat, demokrasi sosial, liberalisme, sekularisme dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesedaran untuk berhadapan dengan Perang Pemikiran ini menjadikan PAS semakin dicabar dengan realiti yang menghanyutkan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Rata-rata ideologi Barat yang tidak terpisah daripada sekularisme, tidak meletakkan matlamat perjuangan mereka adalah Allah S.W.T. <\/p>\n\n\n\n<p>Rujukan dalam kamus perjuangan mereka adalah tokoh tokoh falsafah Barat, seperti Karl Marx, John Locke dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Jauh sekali untuk mereka menikmati rasa bersangka baik dengan Allah S.W.T. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka hanya bergantung kepada cara berfikir tokoh Barat itu, kemudian mereka adaptasi dengan rasional mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana mereka terlalu yakin, bahawa akal mereka itu sentiasa betul, dan tidak akan salah.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Musibah untuk cekal<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam memartabatkan perjuangan Islam, kita perlu sedar bahawa di sana pasti ada rintangannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sememangnya manusia itu dicipta untuk diuji. Allah S.W.T berfirman;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u064e\u0627\u0629\u064e \u0644\u0650\u064a\u064e\u0628\u0652\u0644\u064f\u0648\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u064a\u064f\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u064f \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u064b<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>\u201cDia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) \u2013 untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;\u2026\u201d<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>(al-Mulk: 2)<\/p>\n\n\n\n<p>Kita dicipta olehNya bukanlah tanpa matlamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Manusia tidak dicipta sia-sia begitu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi antara matlamat penciptaan manusia adalah diuji. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka manusia perlu sedar bahawa perjuangan itu tidak mudah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pasti diuji. Dalam ujian itu, pasti ada musibah melanda.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Di sinilah kita perlu sedar bahawa segala-galanya adalah Allah!<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0635\u064e\u0627\u0628\u064e\u062a\u0652\u0647\u064f\u0645 \u0645\u064f\u0651\u0635\u0650\u064a\u0628\u064e\u0629\u064c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0627\u062c\u0650\u0639\u064f\u0648\u0646\u064e<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>\u201c(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: \u201cSesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.\u201d\u201d<\/em><\/strong>&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>(al-Baqarah: 156)<\/p>\n\n\n\n<p>Musibah yang melanda adalah medan untuk kita kembali mengingati Allah S.W.T. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itulah dalam perjuangan ini, disalut dengan segala macam ujian, untuk melahirkan jiwa-jiwa yang kental.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Barat menemui jalan buntu<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ideologi Barat yang dicanang hakikatnya bakal menemui jalan buntu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan sudah ada ideologi mereka yang terkubur begitu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana, mereka tidak mempunyai kebenaran yang bersifat konkrit. <\/p>\n\n\n\n<p>Masing masing bergantung kepada teori tokoh mereka.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila perjuangan mereka tidak bermatlamatkan Allah, maka akhirnya ia akan luput begitu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila mereka diuji, mereka tidak punya jalan keluar, kerana awal-awal lagi mereka menolak Tuhan. <\/p>\n\n\n\n<p>Di hujungnya mereka merasa hampa dan putus asa dengan kehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dunia kegelapan eropah (<em>Dark Ages<\/em>) telah mencatatkan segala-galanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila mereka terpaksa berhadapan dengan kongkongan gereja, mereka tidak temui jalan keluar melainkan menyimpan dendam zaman berzaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya dendam itu meletus pada era Renaissanse. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada mulanya mereka berbangga dengan revolusi itu, lalu mengemukakan teori kebebasan. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah itu mereka terkeliru dengan istilah kebebasan itu dan bertembung sesama sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam liberalisme berselisih antara Positive Liberty dan Negative Liberty yang masih belum temui formula paling tepat untuk mengharmonikan kedua-dua teori ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan pertembungan kapitalisme dan sosialisme yang mengheret kepada Perang Dingin puluhan tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang tidak berpandukan Tuhan, pastinya akan temui jalan buntu.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Konsisten, tak perlu gopoh<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itulah dalam Islam mengajar kita untuk meletakkan Allah sebagai matlamat perjuangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Panduan Tuhan itu sentiasa tepat sepanjang zaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia telah dibuktikan dengan sejarah perjuangan yang panjang yang telah dilalui oleh golongan terdahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang cuba mencari jalan lain selain Allah S.W.T pasti akan buntu. <\/p>\n\n\n\n<p>Samada buntu dengan putus asa, ataupun tersemat dendam yang diwarisi sepanjang zaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itulah, dalam suasana politik Malaysia hari ini, bersabarlah. <\/p>\n\n\n\n<p>Yakinlah dengan kebaikan yang disediakan oleh Allah S.W.T.<\/p>\n\n\n\n<p>Tugasan mendidik umat perlu berterusan, dan sempena tahun ke 71 penubuhan PAS, hendaklah kita konsisten dengan matlamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia merupakan formula yang mengikat rantai perjuangan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tak perlu gopoh untuk terikut dengan rentak orang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah mereka dengan rentak politik mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita bina diri kita, dengan kefahaman dan memandaikan ummat, bukan dengan kegopohan dan kegelojohan yang akhirnya membina lapisan kebodohan beberapa zaman.<\/p>\n\n\n\n<p>MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEJARAH&nbsp;awal Apabila kita meneliti sejarah kebangkitan Islam di Tanah Melayu, kita akan temui jalur perjuangan itu bersambung dengan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13914,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[53],"tags":[79],"class_list":["post-13913","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pas","tag-pas"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13913","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13913"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13913\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13915,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13913\/revisions\/13915"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13914"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13913"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13913"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13913"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}