{"id":13939,"date":"2022-11-25T07:22:28","date_gmt":"2022-11-25T07:22:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=13939"},"modified":"2022-11-25T07:22:30","modified_gmt":"2022-11-25T07:22:30","slug":"menunggu-hang-jebat-muncul-di-pwtc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/25\/menunggu-hang-jebat-muncul-di-pwtc\/","title":{"rendered":"Menunggu Hang Jebat Muncul Di PWTC"},"content":{"rendered":"\n<p>Biarpun Perdana Menteri ke-10, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim sudah mengangkat sumpah petang semalam, namun masalah besar sedang menanti Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno sanggup menodai keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan naratif \u2018No Anwar No DAP\u2019 dijaja dalam tempoh begitu lama. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, tidak salah apabila ada pengacara program sembang politik menyebut seumpama sarkas.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang disebut sebelum ini dibenam begitu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah, ada yang sebut semua itu kerana kemaruk kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pengamat politik mereka tidak sukar membayangkan apa yang akan berlaku terhadap Umno selepas ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai menyebut era sekarang kepimpinan Umno paling teruk sekali. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak parti itu ditubuh pada 1946, Umno sedang mengesot ke lembah dalam.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau bahasa kasar, kalau dibiarkan ia boleh mereput. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan Umno sebuah parti yang berjasa besar.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Ia turut dipersoalkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Mohamad. <\/p>\n\n\n\n<p>Katanya: \u201cSelamat Tinggal Umno\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah Annuar Musa, Noh Omar atau Khairy Jamaluddin sanggup menongkah arus?<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah mereka berani menjadi Hang Jebat?&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin Umno dicatat dalam buku sejarah merintis kemerdekaan negara.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, sekarang ini parti yang sering disebut keramat itu semakin ditolak rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Era kegemilangannya berlaku ketika Tun Razak menerajui negara.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu tanah-tanah di kawasan hulu dibuka. <\/p>\n\n\n\n<p>Penduduk miskin yang berminat meneroka tanah dibawa ke kawasan hutan belantara.<\/p>\n\n\n\n<p>Di situ, mereka membanting tulang empat kerat. <\/p>\n\n\n\n<p>Hutan belantara akhirnya menjadi penempatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian menjadi desa, sekarang ada yang sudah bertukar menjadi pekan atau bandar baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah kejayaan Umno ketika era Tun Razak. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun Tun Razak juga berdepan dengan suasana cemas. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno hilang majoriti dua pertiga di parlimen pada PRU 1969.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Pulau Pinang terlepas ke tangan pembangkang, Gerakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kelantan terus kekal di tangan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Perak dan Selangor juga sukar untuk membentuk kerajaan kerana menang tipis.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Drama di Perak<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah yang berlaku di Perak bukan hanya berlaku sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas PRU 2008 situasi lebih tegang. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRU tersebut Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai DAP, PAS dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi DUN pada PRU 8 Mac 2008.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, pada 4 Februari 2009, tiga ADUN PR keluar daripada parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN. <\/p>\n\n\n\n<p>ADUN terbabit dari DAP dan PKR.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan itu menyebabkan kerajaan PR Perak hilang sokongan majoriti di DUN Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Besar bertukar daripada Nizar Jamaluddin kepada Dr Zambry Abdul Kadir.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Situasi serupa berulang lagi selepas PRU 2018. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu Pakatan Harapan (PH) menguasai Perak, yang mana Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun selepas Bersatu keluar daripada PH, kerajaan Perak juga bertukar warna, biarpun Menteri Besar masih orang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu ADUN PAS dan BN dilantik sebagai anggota Exco. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, selepas pemimpin Umno kembali berada dalam kerajaan negeri, mereka mulai bermain silap mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan bilangan ADUN BN yang agak ramai, gerakan untuk menyingkirkan Faizal dimulakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Permainan wayang Umno bermula. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada 4 Disember 2020 usul undi percaya terhadap Menteri Besar gagal memperolehi sokongan majoriti ADUN.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Usul itu dibawa ADUN Pengkalan Baru (BN) Abd Manap Hashim. <\/p>\n\n\n\n<p>Usul tersebut hanya mendapat sokongan 10 undi, berbanding 48 tidak menyokong dan satu berkecuali.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu Perak mempunyai 59 ADUN iaitu 25 daripada Barisan Nasional, Bersatu (5), PAS (3), DAP (16), PKR (3), Amanah (5), Gerakan dan Bebas masing-masing 1.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasar sejarah yang berlaku itu, Perak mempunyai dua Menteri Besar dalam tempoh satu penggal. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan perkara pelik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia berlaku pasca PRU 2008 dan PRU 2018. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan pasca PRU 2022 juga ia boleh berlaku.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Dan PRU ini PERIKATAN NASIONAL memiliki paling banyak kerusi iaitu 26 manakala PH (23) dan BN (9). <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, Umno sanggup menghubam keputusan PAU 2021 yang jelas menolak Anwar dan DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah kerana kemarut kuasa Umno sanggup langgar PAU untuk membolehkan kerusi MB terus dibolot parti tersebut?&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, ramai percaya situasi itu boleh berubah selepas Presiden Umno bertukar tangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Seperti kata bekas Setiausaha Agung Umno Annuar Musa, dalam BN ketara wujud perbezaan pendirian.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mendakwa \u2018perancangan gelap\u2019 sebelum ini untuk menyokong Anwar dan DAP dirancang sejak Julai-Ogos 2020.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun ia digagalkan kelompok lain yang berpegang keputusan parti \u2018No Anwar-No DAP\u2019,\u201d katanya pada catatan di laman sosialnya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa ketua yang ada sekarang, ramai percaya kerajaan Perak boleh bertukar sekali lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemungkinan itu boleh berlaku biarpun ada akta larangan lompat parti.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Usul undi percaya terhadap MB boleh berulang di Dun Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Keabsahan Saarani boleh diuji. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang lapan ADUN BN sedang memerhati.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran empat ADUN dari DAP tidak mudah untuk ditepis MB. <\/p>\n\n\n\n<p>Lima daripada 10 anggota Exco yang dilantik bukan Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mampukah tiga anggota Exco dari Umno mempertahankan MB.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Kesukaran hampir pasti. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih-lebih lagi ada anggota Exco dari Umno sekadar miliki sijil SPM, sedangkan dua Exco dari DAP merupakan peguam.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Ia mendedah kepelikan kerajaan BN-PH muncul secara tergesa-gesa. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tengok drama seterusnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Biarpun Perdana Menteri ke-10, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim sudah mengangkat sumpah petang semalam, namun masalah besar sedang menanti<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13940,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-13939","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13939","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13939"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13939\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13941,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13939\/revisions\/13941"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13940"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13939"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13939"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13939"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}