{"id":14004,"date":"2022-11-28T07:40:11","date_gmt":"2022-11-28T07:40:11","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14004"},"modified":"2022-11-28T07:51:02","modified_gmt":"2022-11-28T07:51:02","slug":"siri-1-pasca-pru15-di-sebalik-tabir-masa-yang-dicederakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/28\/siri-1-pasca-pru15-di-sebalik-tabir-masa-yang-dicederakan\/","title":{"rendered":"Siri 3 Pasca PRU15: Di Sebalik Tabir Masa Yang Dicederakan"},"content":{"rendered":"\n<p>Apabila Presiden saya bercerita tentang masa yang dicederakan, seluruh peminat Piala Dunia macam tesentak dari mimpi. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-wp-embed is-provider-media-islam wp-block-embed-media-islam\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<blockquote class=\"wp-embedded-content\" data-secret=\"pEHY1deUyP\"><a href=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/27\/piala-dunia-kalau-masa-dicederakan\/\">Piala Dunia: Kalau Masa Dicederakan<\/a><\/blockquote><iframe loading=\"lazy\" class=\"wp-embedded-content\" sandbox=\"allow-scripts\" security=\"restricted\" style=\"position: absolute; clip: rect(1px, 1px, 1px, 1px);\" title=\"&#8220;Piala Dunia: Kalau Masa Dicederakan&#8221; &#8212; Media Islam\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/27\/piala-dunia-kalau-masa-dicederakan\/embed\/#?secret=5h8wEHGl6Q#?secret=pEHY1deUyP\" data-secret=\"pEHY1deUyP\" width=\"600\" height=\"338\" frameborder=\"0\" marginwidth=\"0\" marginheight=\"0\" scrolling=\"no\"><\/iframe>\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p>Mesej yang jelas ialah keadilan mesti ditegakkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan motif tulisan ini juga ingin memperingatkan dan menyokong pandangan ikhlas Presiden saya bahawa sesiapa pun jangan bersifat khianat terutama dalam satu permainan besar; permainan yang menentukan jatuh bangun, hidup dan mati sesuatu bangsa, agama dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika sebuah negara kecil berhak menang, maka berilah haknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Costa Rica tidaklah sekuat mana berbanding dengan German. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jika Costa Rica telah mendahului 1-0 sehingga minit ke-93 dalam masa tambahan sedangkan perlawanan berjalan agak lancar, maka mengapa pengadil masih tidak mahu meniupkan wisel sehingga akhirnya German dapat pula menjaringkan 2 gol. <\/p>\n\n\n\n<p>Lantas wisel pun ditiup pada minit ke-100. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah peminat bola di seluruh dunia begitu bodoh sehingga tidak melihat karenah buruk pengadil FIFA?<\/p>\n\n\n\n<p>Dipetik kata Presiden saya, \u201cBagaimana pula kalau pengadil menambah masa bukan kerana faktor kecederaan atau seri tiada keputusan? <\/p>\n\n\n\n<p>Padahal keputusannya sudah ada kemenangan pada satu pihak, ada mata dan golnya, tiba-tiba pengadilnya menambah masa juga untuk memberikan peluang kepada yang nyata sudah kalah supaya mereka dapat meraih kemenangan juga dengan apa cara sekalipun, yakni masanya dicederakan oleh si pengadil. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah yang diperkatakan oleh penonton yang menyaksikan secara langsung atau tayangan daripada jauh?<\/p>\n\n\n\n<p>Sengaja mencederakan masa kerana ada sesuatu helah dan tujuan adalah suatu ketidakadilan yang amat keji. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau memperingatkan balasan siksa neraka kepada sesiapa sahaja yang melakukan ketidakadilan atau cenderung kepada kezaliman. <\/p>\n\n\n\n<p>Al-quran dan hadis Nabi S.A.W. dinukilkan sebagai sandaran dan peringatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau zalim kepada seorang peminat bolasepak pun sudah berdosa, apalagi berjuta-juta peminat sebuah negara terkesan kerana ketidakadilannya?<\/p>\n\n\n\n<p>Pengadil adalah tonggak dan harapan bagi semua peminat Piala Dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengadil yang gagal menjalankan fungsinya, akan menyebabkan rasa tidak puas hati penonton. <\/p>\n\n\n\n<p>Daripada perasaan itulah dunia terdedah kepada hilang rasa hormat, perbalahan, kebencian dan huru-hara. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak mahu suatu hari nanti institusi kepengadilan akan tumbang sama ada melalui doa peminat-peminat yang dizalimi atau balasan Tuhan yang selalu memerhatikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Manusia dan teknologi semakin canggih. <\/p>\n\n\n\n<p>VAR sudah digunakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah suatu hari nanti robot yang lebih intelek akan melenyapkan pengadilan yang sumbang?<\/p>\n\n\n\n<p>Harap kecil dan besar boleh faham. <\/p>\n\n\n\n<p>Apapun warna jersey yang kalian pakai, hijau, biru, merah atau kuning, berlaku adillah selagi kuasa di tangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama ada kalian di gobok buruk di pinggir desa, berlaku adillah kepada ayam dan kucing yang dipelihara. <\/p>\n\n\n\n<p>Atau kalian terkepung di dalam pagar istana, keluarlah dan lihatlah rakyat marhaen yang selama ini menjunjung kalian. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau hari ini kalian tersilap, masa masih ada untuk diperbetulkan segala kesilapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Salam Muhammad<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apabila Presiden saya bercerita tentang masa yang dicederakan, seluruh peminat Piala Dunia macam tesentak dari mimpi. Mesej yang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14005,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-14004","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14004","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14004"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14004\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14009,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14004\/revisions\/14009"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14005"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14004"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14004"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14004"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}