{"id":14065,"date":"2022-11-30T11:59:21","date_gmt":"2022-11-30T11:59:21","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14065"},"modified":"2022-11-30T11:59:23","modified_gmt":"2022-11-30T11:59:23","slug":"jangan-nak-lepas-kes-mahkamah-jual-maruah-orang-melayu-kata-pemuda-umno-kepada-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/11\/30\/jangan-nak-lepas-kes-mahkamah-jual-maruah-orang-melayu-kata-pemuda-umno-kepada-zahid\/","title":{"rendered":"Jangan Nak Lepas Kes Mahkamah Jual Maruah Orang Melayu, Kata Pemuda UMNO Kepada Zahid"},"content":{"rendered":"\n<p>Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikritik keras seorang pemimpin Pemuda UMNO kerana sanggup menjual maruah orang Melayu hanya kerana mahu melepaskan diri daripada kes mahkamah dihadapinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Jawatankuasa Mahasiswa dan Pendidikan Pemuda UMNO, Syed Mohd Syed Nasir membidas Presiden parti tersebut kerana langkahnya mengheret parti untuk berkahwin dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP semata-mata mahu menjadikan cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) ke-10.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menggesa Zahid tidak mengkhianati orang Melayu untuk kepentingan diri sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cZahid tidak perlu perjudikan kepercayaan orang Melayu hanya kerana mahu melepaskan diri daripada kes mahkamahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJanganlah sehingga menjual maruah orang Melayu sehingga tiada prinsip,\u201d katanya dalam kenyataan dalam akaun Facebooknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menggesa agar Zahid melepaskan jawatannya kerana prestasi buruk UMNO-Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu dan meminta&nbsp;semua ahli UMNO bersatu untuk menyingkirkan pihak yang \u201cmengkhianati\u201d kepercayaan orang Melayu, supaya parti boleh mendapatkan semula keyakinan orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, Zahid melanggar ketetapan parti sebelum ini yang jelas menolak Anwar dan DAP, namun selepas PRU-15 mengambil keputusan untuk bersekedudukan dengan parti musuh bagi membentuk kerajaan pusat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa sokongan Zahid yang membawa bersama 29 Ahli Parlimen BN untuk menyokong PH-DAP, Anwar mungkin tidak dapat menjadi PM Ke-10.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, Zahid juga masih berdepan pendakwaan di mahkamah melibatkan kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi.<\/p>\n\n\n\n<p>Umum juga mengetahui Zahid dan Anwar sebelum ini berpakat dalam&nbsp;menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikritik keras seorang pemimpin Pemuda UMNO kerana sanggup menjual maruah orang Melayu hanya<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14066,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[91],"class_list":["post-14065","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-umno","tag-umno"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14065","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14065"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14065\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14067,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14065\/revisions\/14067"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14066"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14065"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14065"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14065"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}