{"id":14108,"date":"2022-12-02T10:13:35","date_gmt":"2022-12-02T10:13:35","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14108"},"modified":"2022-12-02T10:13:37","modified_gmt":"2022-12-02T10:13:37","slug":"kegagalan-pertama-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/02\/kegagalan-pertama-anwar\/","title":{"rendered":"Kegagalan Pertama Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p>Sehingga setakat rencana ini ditulis, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke-10, belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi senarai anggota kabinet beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah lebih seminggu beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Anwar belum lagi membentuk kerajaan secara sempurna.<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan daripada agensi-agensi berkaitan dengan bencana banjir seperti MET Malaysia dan JPS meramalkan sehari dua ini akan berlaku banjir berskala lebih besar daripada kejadian-kejadian banjir yang berlaku kebelakangan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana agaknya negara akan menghadapi bencana ini tanpa sebuah kerajaan yang sempurna?<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagaimana amalan lazim kerajaan, bila berlaku bencana banjir maka akan dikeluarkan peruntukan-peruntukan khas di bawah item bajet kecemasan untuk disalurkan untuk usaha penyelamat dan kebajikan mangsa banjir. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanakah peruntukan itu boleh diuruskan dalam situasi kementerian yang mengetuai agensi-agensi berkaitan banjir belum wujud?<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian juga, bagaimana kerajaan boleh membuat keputusan-keputusan kritikal di saat berlaku kecemasan bencana sekiranya anggota mesyuarat kerajaan masih belum wujud dan menteri berkaitan masih belum dilantik? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak wajar keputusan-keputusan kritikal itu, hanya diputuskan oleh seorang Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemungkinan berlaku banjir pada bulan Disember ini atau pada musim tengkujuh sudah dimaklumi ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah PH antara yang paling lantang menentang diadakan PRU15 pada ketika ini, kerana fokus seharusnya diberikan terhadap bencana banjir. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang banjir berkemungkinan berlaku dalam tempoh terdekat, tetapi Perdana Menteri belumpun menyiapkan jenteranya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada itu, kelewatan Anwar membentuk anggota pentadbirannya berkemungkinan menyebabkan Pembentangan Bajet 2023 tergendala.<\/p>\n\n\n\n<p>Bajet tahunan adalah dibuat berdasarkan potfolio kementerian yang wujud. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika menteri belum dilantik bermakna kementerian belum wujud, dan peruntukan-peruntukan mengikut kementerian juga belum wujud.<\/p>\n\n\n\n<p>Sempatkah menteri-menteri yang bakal dilantik nanti untuk meneliti peruntukan bajet kementerian yang disediakan oleh kerajaan terdahulu? <\/p>\n\n\n\n<p>Bolehkah penelitian mereka ini disiapkan dalam tempoh dua minggu dari sekarang sekiranya Bajet 2023 mahu dibentang minggu ketiga atau hujung bulan ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah yang akan berlaku kepada negara dan rakyat jika Bajet 2023 masih belum diluluskan selepas melampaui tahun baru.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas sekali, Anwar sangat lambat bertindak untuk menamakan anggota-anggota kabinetnya sedangkan persekitaran amat menghambat sekarang ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang ketara, Perdana Menteri disibukkan dengan aktiviti-aktiviti sosialnya berbanding tindakan cepat untuk mengaktifkan jentera pentadbirannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Baru sahaja seminggu, Anwar telah menempa kegagalan pertama.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sehingga setakat rencana ini ditulis, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke-10, belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi senarai<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14109,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-14108","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14108","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14108"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14108\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14110,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14108\/revisions\/14110"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14109"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14108"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14108"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14108"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}