{"id":14202,"date":"2022-12-04T06:56:23","date_gmt":"2022-12-04T06:56:23","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14202"},"modified":"2022-12-04T06:56:26","modified_gmt":"2022-12-04T06:56:26","slug":"the-dirty-dozen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/04\/the-dirty-dozen\/","title":{"rendered":"The Dirty Dozen"},"content":{"rendered":"\n<p>Dirty Dozen ialah sebuah filem yang dibintangi oleh bintang-bintang hebat Hollywood, antaranya Lee Marvin, Charles Bronson, Telly Salvalas dan ramai lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Cerita yang diterbitkan sekitar tahun 1967 itu, adalah bercorakkan aksi perang. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia berkisar tentang perang dunia kedua yang mana British menentang pasukan tentera Jerman.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada waktu perang dunia kedua itu, British terdesak untuk menang. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mencari askar-askar bagi menguatkan tentera mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Serangan tentera Jerman sangat hebat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang sudah menjadi korban dan bagi mengelakkan lebih banyak lagi nyawa orang awam dan askar melayang. <\/p>\n\n\n\n<p>Salah satu idea ialah mereka mencari banduan-banduan tentera.<\/p>\n\n\n\n<p>Banduan-banduan yang mereka ambil ialah banduan yang mempunyai rekod jenayah yang berat. <\/p>\n\n\n\n<p>Boleh dikatakan semuanya menunggu hukuman mati sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, Kerajaan British memberikan tawaran, jika berjaya menjalani operasi sulit itu, mereka akan dibebaskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka dicarilah banduan itu seramai 12 orang bagi menubuhkan skuad itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah beberapa ujian dijalankan, maka 12 orang itu memenuhi kriteria skuad. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu dilatih dan diajarlah mereka berkenaan ilmu peperangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pasukan mereka sebenarnya adalah projek rahsia Kerajaan British. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan pada satu pertandingan tempur The Dirty Dozen dicabar menewaskan skuad elit askar British, mereka berjaya mengalahkan tentera elit dengan berbagai tipu helah dan menawan ketua tentera elit itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga mereka mencapai peringkat itu, mereka, walaupun penjenayah, semua sudah bersatu hati, menjadi pasukan yang kuat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketua skuad The Dirty Dozen lakonan Lee Marvin, telah berjaya merapatkan semua ahli Dirty Dozen. <\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan mereka dalam pertandingan perang dengan kelicikan mereka itu adalah kerana mereka, majoritinya pernah melakukan kerja-kerja jahat.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi mereka sudah biasa dengan keadaan itu dan harus diingat, mereka adalah bekas askar.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila tiba waktu operasi sebenar, mereka telah dihantar ke sebuah tempat di Perancis untuk menyerang tentera Jerman, mereka telah menghafal semua perkara yang perlu dibuat. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana sewaktu penerjunan dibuat, ada seorang rakannya mati terlekat di atas pokok. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi 11 lagi dari mereka semua yang masih hidup, berjaya ke tempat sasaran mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan kebolehan bertutur dalam Bahasa Jerman dan menyamar sebagai pegawai tentera Jerman, Charles Bronson berjaya memasuki bangunan tentera Jerman. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah pengepungan dijalankan mengikut perancangan, akhirnya mereka berjaya menggempur bangunan itu dan membunuh ramai pegawai tentera Jerman. <\/p>\n\n\n\n<p>Daripada 12 orang, hanya tiga yang berjaya keluar dengan selamat dari operasi khas itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dikatakan filem ini adalah adaptasi dari kisah benar, bagaimana orang jahat berjaya menumpaskan orang jahat yang lain, jika kena dengan caranya. <\/p>\n\n\n\n<p>Penjahat ini sudah tahu selok belok kejahatan yang boleh dibuat penjahat lain dalam sesuatu bidang itu, maka mudahlah dia memintasnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Seperti British yang menggunakan bangsa Melayu sendiri dalam menjadi kuda tunggangan untuk melemahkan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan ia samalah juga jika kita bekerjasama dengan perasuah bagi menghapuskan kes-kes rasuah yang sedang dan akan berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, melantik perasuah dalam pasukan kita untuk tujuan itu, ia adalah satu tindakan yang sangat baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana perasuah mesti tahu, bagaimana rasuah itu boleh berlaku dan bagaimana untuk dihapuskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Melantik perasuah dan golongan yang seumpamanya itu bagi menghapuskan rasuah adalah diklasifikasikan sebagai operasi sulit sesebuah organisasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak boleh diketahui umum. <\/p>\n\n\n\n<p>Nanti orang tahu, payahlah, kan? <\/p>\n\n\n\n<p>Biasanya dalam operasi, perasuah tidak akan makan rasuah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau luar operasi, mungkinlah dia makan rasuah. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang yang mengkritik, bukan tahu apa-apapun. Bising jer lebih. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita nak hapuskan rasuah dengan cara kita sendiri, dia orang pula menyibuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dirty Dozen ialah sebuah filem yang dibintangi oleh bintang-bintang hebat Hollywood, antaranya Lee Marvin, Charles Bronson, Telly Salvalas<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14203,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-14202","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14202","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14202"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14202\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14204,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14202\/revisions\/14204"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14202"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14202"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14202"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}