{"id":14228,"date":"2022-12-04T12:03:04","date_gmt":"2022-12-04T12:03:04","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14228"},"modified":"2022-12-04T12:03:06","modified_gmt":"2022-12-04T12:03:06","slug":"kawan-di-mana-posisi-kalian-jika-hidup-di-zaman-nabi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/04\/kawan-di-mana-posisi-kalian-jika-hidup-di-zaman-nabi\/","title":{"rendered":"Kawan, Di Mana Posisi Kalian Jika Hidup Di Zaman Nabi?"},"content":{"rendered":"\n<p>Orang tak marah kalau Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) mengadakan kuliah tafsir. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi orang mula jengkel apabila beliau menyampaikan politik Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau Nabi s.a.w. sekadar ajak pengikutnya solat dan puasa, orang musyrikin tidaklah sampai sanggup berperang dengan Rasulullah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi apabila Nabi mula melaksanakan tuntutan politik Islam, para musyrikin mula mengepung dan menyerang. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini apabila kita menyebarkan bahan dakwah ke grup komuniti, orang tak kisah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi apabila kita sebar bahan politik yang mengajak orang kepada politik Islam, maka sekejap sahaja bangkit marah orang-orang yang hatinya berpenyakit.<\/p>\n\n\n\n<p>Seperti kata para ulama terbilang, menajamkan pedang memadai mengasahnya dengan perlahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi apabila ingin menghasilkan sebilah pedang, besi perlu dibakar dan ditukul berulang-ulang. <\/p>\n\n\n\n<p>Amar makruf adalah kerja dakwah. <\/p>\n\n\n\n<p>Menyeru kepada kebaikan hanya memadai dengan menerang, mengajak dan membimbing dengan senyuman. <\/p>\n\n\n\n<p>Nahi mungkar juga kerja dakwah. <\/p>\n\n\n\n<p>Cegah kemungkaran ada ketikanya perlu bersikap keras, tegas sampai tahap menggunakan tangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kerana tidak faham, orang hanya boleh menerima kerja amar makruf tetapi akan bangkit bising menentang jika berunsur mencegah kemungkaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, umat yang jahil memahami kerja dakwah tidak termasuk urusan mencegah kemungkaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita mengaku Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita juga mendakwa menyayangi Nabi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika umrah dan haji, kita menziarahi makam Nabi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita menangis-nangis syahdu kerana dapat ziarahi Nabi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dengan watak dan perwatakan kita pada hari ini, adakah kita mewarisi perjuangan Nabi? <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana agaknya andai kita hidup di zaman Nabi mula menyampaikan dakwah? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kita berada di sebelah Nabi atau kita juga bersama dengan para musyrikin yang mendakwa Nabi sebagai pemecah-belah?<\/p>\n\n\n\n<p>Kalian boleh menipu dan memperdayakan semua orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun kalian tak sekali-kali dapat menipu Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan watak dan perwatakan yang tertonjol pada hari ini, tidak mustahil kalian akan menjadi penentang Nabi jika ditakdirkan hidup pada zaman Baginda. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan orang lain lagi yang akan meletakkan najis unta ketika Nabi sedang solat, tetapi kalianlah. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan orang lain lagi yang menyeksa Bilal di tengah panas, tetapi kalianlah. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan orang lain lagi yang merancang untuk membunuh Nabi, tetapi kalianlah.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini kalian marah kalau dikatakan fasik dan munafik. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi di sisi Allah, kalian tidak mampu menyembunyikan watak dan perwatakan yang sering kontradik dengan acuan politik Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila diperingatkan bahawa ulama itu pewaris para Nabi, kalian kata TG Haji Hadi itu ulama jahat. <\/p>\n\n\n\n<p>TGHH hanya baik jika jalan dakwahnya sealiran dengan nafsu kalian. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau TGHH sokong perlakuan Zahid Hamidi, baru baik Haji Hadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau TGHH tolong lepaskan Zahid Hamidi daripada kes-kes mahkamah, baru baik Haji Hadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau TGHH sokong penipuan Anwar Ibrahim dan Rafizi, baru baik Haji Hadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalian mahu Haji Hadi gadaikan prinsip politik Islam lalu menormalisasikan perompakan, baru baik Haji Hadi di mata kalian.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam PAS terdapat ribuan alim ulama. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebahagiannya ada di dalam Majlis Syura Ulama. <\/p>\n\n\n\n<p>Guru-guru pondok yang mursyid di Kedah, Kelantan, Terengganu dan di mana sahaja adalah penyokong PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau perjuangan PAS itu salah, adakah alim ulama yang mursyid itu sanggup bersama-sama dengan perjuangan PAS? <\/p>\n\n\n\n<p>Tak payah pergi jauhlah. <\/p>\n\n\n\n<p>Nak buat majlis tahlil pun, kita jemput ustaz-ustaz PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila berlaku kematian pun, kita cari budak-budak pondok yang dididik oleh ulama yang diketahui menyokong PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Alih-alih bila berpolitik, ulama PAS dikatakan jahat. Mengapa? <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana kerja dakwah bagi kalian ialah hanya ajak orang solat lepas itu baca kitab.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhir kalam, saya sedang mencipta pedang. <\/p>\n\n\n\n<p>Bakar dan ketuk sana-sini untuk menghasilkan senjata yang tajam. <\/p>\n\n\n\n<p>Tangan yang membakar dan mengetuk, memiliki hati yang sentiasa berdoa agar Allah buka pintu kefahaman dan beri hidayah kepada kita sekalian.<\/p>\n\n\n\n<p>Salam Muhammad<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Orang tak marah kalau Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) mengadakan kuliah tafsir. Tapi orang mula jengkel apabila beliau<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14229,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-14228","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14228","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14228"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14228\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14230,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14228\/revisions\/14230"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14229"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14228"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14228"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14228"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}