{"id":14231,"date":"2022-12-04T15:47:51","date_gmt":"2022-12-04T15:47:51","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14231"},"modified":"2022-12-04T15:47:53","modified_gmt":"2022-12-04T15:47:53","slug":"pas-parti-melayu-terbesar-sekarang-umno-dilanda-krisis-kepercayaan-terburuk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/04\/pas-parti-melayu-terbesar-sekarang-umno-dilanda-krisis-kepercayaan-terburuk\/","title":{"rendered":"PAS Parti Melayu Terbesar Sekarang, UMNO Dilanda Krisis Kepercayaan Terburuk"},"content":{"rendered":"\n<p>Fakta yang tidak dapat disangkal sesiapa, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini sudah menjadi pilihan no. 1 pengundi Melayu di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS memperoleh 43 kerusi, hampir dua kali ganda meninggalkan UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Secara tidak langsung, paradigma politik tanahair telah menganjak. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO sudah hilang kepercayaan orang Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Belum pernah dalam sejarah, UMNO cuma mendapat 12% kerusi parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut analisis yang dikeluarkan oleh Bridget Welsh, PAS bersama PN mendapat undi majoriti Melayu dengan 54%, BN sekadar 33% dan PH 11%. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika analisis ini tepat, ia sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana aspirasi orang Melayu sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum PRU15, ada suara yang bimbang kalau PAS terus bersama Bersatu dan tidak bersama UMNO, kuasa Melayu akan pecah lebih teruk kerana parti Melayu makin bertambah (PAS-UMNO-PPBM-PKR-PAN-PEJUANG).<\/p>\n\n\n\n<p>Hakikat menunjukkan sebaliknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sokongan Melayu menjadi semakin berpusat. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih berpusat berbanding PRU14 lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkara ini mungkin tidak akan berlaku kalau PAS bersama UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Post-mortem PRU14 yang lalu, PAS menerima tempias kleptokrasi BN kerana keintiman keduanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengundi Melayu tidak ada pilihan untuk menolak kleptokrat selain mengundi PH.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan tersebut berbeza pada PRU15. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS bukan sekadar tidak bersama UMNO yang masih dipimpin kluster mahkamah, malah bersama PPBM, sebuah parti bekas ahli UMNO yang menolak pemimpin kleptokrat. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang Melayu punya wadah baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengkritik PAS meninggalkan penyatuan ummah hanya kerana tidak bersama UMNO adalah kritikan lemah. <\/p>\n\n\n\n<p>Seteru antara PAS dan UMNO sudah berlaku sejak merdeka lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Menuduh PAS menyemarakkan perpecahan Melayu dengan bersama PPBM juga adalah tuduhan tak berasas. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak dulu PAS sentiasa membuka pintu kepada parti serpihan UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama PAS dengan mana-mana parti sentiasa berpandukan prinsip. <\/p>\n\n\n\n<p>Prinsip PAS bukan sekadar atas nama kaum, tetapi kerana tuntutan syarak. <\/p>\n\n\n\n<p>Membela kaum memang terdapat dalam ajaran Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi tidaklah membela kaum itu sampai tahap menghalalkan kleptokrasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan kalau PAS bergabung dengan BN pada PRU15 ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sekadar kebencian rakyat terhadap Zahid Hamidi akan menghukum PAS, malah memberi peluang kepada PH menambah kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih parah bila Zahid Hamidi bawa BN sokong PH lepas berpakar dengan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tentu akan ada kerusi PAS yang ikut hanyut bersama BN seperti yang sering berlaku sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO kini dilanda krisis kepercayaan yang amat dahsyat. <\/p>\n\n\n\n<p>PPBM sebagai parti serpihan UMNO sendiri beroleh kerusi lebih besar dari UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan Zahid Hamidi untuk bersama Anwar dan DAP tambah mengecewakan hati akar umbi Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan setakat orang UMNO, malah 11% orang Melayu yang bersama PH juga semakin curiga dengan langkah Anwar menamakan Zahid sebagai TPM. <\/p>\n\n\n\n<p>Baru mereka rasa tertipu, walaupun sudah boleh dibaca jelas bila Anwar dan Zahid tak saling menyerang waktu kempen PRU15 lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Undi popular orang Melayu kini bersama PAS-PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini, tidak ada sebab untuk mereka beralih sokongan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, ia mungkin bakal bertambah dengan kekecewaan terbaru sebilangan penyokong BN dan PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tengok keputusan Tioman dan Padang Serai nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Yakinlah ijtihad politik kali ini besar hikmahnya kepada PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Sangat tepat dengan atmosfera undi18+. <\/p>\n\n\n\n<p>MP PAS yang terlantik kali ini menampilkan lebih ramai muka baru dan muda. <\/p>\n\n\n\n<p>Memberi peluang kepada PAS membuktikan mereka boleh menjadi legasi harapan orang Islam tanahair.<\/p>\n\n\n\n<p>Soal tidak dapat memerintah pusat, ia tidak perlu dilihat sebagai kegagalan kerana kejayaan yang tuhan kurniakan sudah tersangat berharga sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Percayalah tuhan sedang mempersiapkan PAS untuk kemenangan yang lebih bermakna sedikit masa lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Terima kasih buat semua pengundi PAS-PN terutama anak muda. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalian memang superb. <\/p>\n\n\n\n<p>Teruskan istiqamah, dan terus ajak adik-adik yang bakal menjadi pengundi kelak untuk bersama parti masa depan negara ini!<\/p>\n\n\n\n<p>Alang Ibn Shukrimun<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fakta yang tidak dapat disangkal sesiapa, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini sudah menjadi pilihan no. 1 pengundi Melayu<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14232,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[53],"tags":[79],"class_list":["post-14231","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pas","tag-pas"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14231","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14231"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14231\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14233,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14231\/revisions\/14233"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14232"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14231"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14231"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14231"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}