{"id":14259,"date":"2022-12-05T06:41:28","date_gmt":"2022-12-05T06:41:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14259"},"modified":"2022-12-05T06:44:55","modified_gmt":"2022-12-05T06:44:55","slug":"kumpulan-berfahaman-kiri-mudah-pengaruhi-kerajaan-ph-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/05\/kumpulan-berfahaman-kiri-mudah-pengaruhi-kerajaan-ph-umno\/","title":{"rendered":"Kumpulan Berfahaman Kiri Mudah Pengaruhi Kerajaan PH-UMNO"},"content":{"rendered":"\n<p>Sikap kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH)-UMNO yang condong ke kiri mula menunjukkan kesan apabila beberapa kumpulan aliran antiperdagangan mula lantang bersuara.<\/p>\n\n\n\n<p>Kumpulan ini melihat Kerajaan Pusat diketuai Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih condong kepada fahaman kiri dan mudah dipengaruh, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat supaya peka dengan perkara itu dan jika kerajaan PH-UMNO memberi perhatian kepada kumpulan-kumpulan tersebut, ia merupakan satu lagi bukti penularan fahaman sosiopolitik kiri di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai contoh katanya, kumpulan itu baru-baru ini mahukan kerajaan PH-BN menarik diri daripada perjanjian perdagangan bebas antarabangsa yang dikenali sebagai \u2018Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership\u2019 (CPTPP).<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Saiful yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata kumpulan itu lantang semula kerana tahu pentadbiran Anwar condong ke arah kiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSalah satu elemen dalam falsafah ekonomi kiri ialah sikap anti perdagangan terbuka dan anti ekonomi pasaran. Mereka berselindung di sebalik pelbagai hujah seperti perlukan libat urus, perlukan kajian, mahu elak berat sebelah, dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi ini semua adalah alasan ciptaan sahaja. Sebenarnya semua alasan ini sengaja dicipta untuk menutup hakikat bahawa sikap mereka itu berakar umbi dari falsafah ekonomi kiri yang anti perdagangan terbuka dan anti ekonomi pasaran,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Saiful mengingatkan bahawa Malaysia dibina sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman sebagai sebuah negara perdagangan dan pasaran ekonomi berkembang kerana aktiviti perdagangan domestik dan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu kata beliau, tindakan pentadbiran sebelum ini meratifikasi CPTPP adalah tindakan yang tepat yang mana CPTPP dijangka memberi akses ke pasaran baru seperti di Mexico, Peru dan Kanada.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan adanya CPTPP, nilai jumlah perdagangan Malaysia dijangka meningkat ke RM3.05 trilion pada 2030, manakala eksport Malaysia akan mencecah RM1.65 trilion pada 2030.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cCPTPP akan memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat, termasuklah kepada rakyat Tasek Gelugor yang mana saya adalah Ahli Parlimen mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, ramai warga Tasek Gelugor bekerja di kawasan perindustrian dan kemasukan pelaburan baharu, perpindahan teknologi baharu, dan peluang mempertingkat kemahiran tenaga kerja melalui CPTPP, sudah pasti akan membolehkan warga Tasek Gelugor mendapat pendapatan lebih tinggi di masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInilah manfaat daripada perdagangan dan sistem ekonomi pasaran. Jika penyertaan Malaysia dalam CPTPP dibatalkan, yang rugi bukan saja warga Tasek Gelugor, tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu jelas beliau, kerajaan harus menolak desakan keluar daripada CPTPP dan pentadbiran negara mestilah dipacu berdasarkan fakta dan kajian, bukan berdasarkan ideologi kiri yang dianuti oleh PH-BN dan kumpulan penyokong PH-BN semata-mata.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sikap kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH)-UMNO yang condong ke kiri mula menunjukkan kesan apabila beberapa kumpulan aliran antiperdagangan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14262,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-14259","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14259","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14259"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14259\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14261,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14259\/revisions\/14261"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14259"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14259"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14259"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}