{"id":14263,"date":"2022-12-05T07:00:54","date_gmt":"2022-12-05T07:00:54","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14263"},"modified":"2022-12-05T07:00:56","modified_gmt":"2022-12-05T07:00:56","slug":"mampukah-umno-kembalikan-kepercayaan-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/05\/mampukah-umno-kembalikan-kepercayaan-melayu\/","title":{"rendered":"Mampukah Umno Kembalikan Kepercayaan Melayu?"},"content":{"rendered":"\n<p>Selepas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa ketetapan &#8220;No DAP, No Anwar&#8221; hanyalah untuk sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan tidak terpakai selepasnya, persoalan timbul tentang impak kenyataan itu dalam aspek sokongan orang Melayu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Umno dan Barisan Nasional (BN) mencatatkan prestasi terburuk dalam sejarah dengan hanya\u00a0memenangi 30 kerusi dengan kerusi-kerusi selamat turut terlepas ke tangan parti lain.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>PRU15 menyaksikan tsunami Melayu yang menolak Umno akibat imej Zahid yang dilihat korup dan tidak dipercayai.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Hasilnya, berlaku hayunan undi kepada Perikatan Nasional (PN) di kawasan-kawasan majoriti Melayu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Umno bagaimanapun memilih untuk menyebelahi pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan baru pasca PRU15, sekali gus membenarkan spekulasi jajaran baru yang hangat diperkatakan beberapa tahun kebelakangan ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Bercakap kepada MalaysiaNow, Jayum Anak Jawan dari Universiti Putra Malaysia berkata, akibat daripada kenyataan Zahid itu Umno akan tamat hayatnya jika tiada perubahan drastik dari segi kepimpinan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Melayu sendiri sudah tolak Umno sebab itu pada PRU 2018 dan 2022, Umno dan BN kalah teruk.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ramai kepimpinan tertinggi Umno sudah tidak relevan dan tidak akan bangkitkan sokongan Melayu kembali kepada mereka,&#8221; katanya kepada MalaysiaNow.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, Zahid turut disifatkan sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana \u201ccakap lain, buat lain\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Desakan berundur disuarakan beberapa kepimpinan Umno sejurus keputusan PRU15 diketahui, walaupun ramai antara mereka kembali senyap selepas Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, penganalisis politik, Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata Umno berpeluang memenangi semula pengundi Melayu jika parti itu mempunyai kuasa dalam kerajaan yang dibentuk.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dengan jawatan strategik Kabinet yang akan diperoleh BN, gabungan itu mampu menghasilkan hayunan undi Melayu kepada BN semula lebih tinggi selepas ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini akan menyebabkan PN lemah dari segi jangka panjang kerana tidak terlibat dalam Kabinet kerajaan persekutuan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil berkata parti itu memilih untuk bersama PH kerana tidak mahu berebut bank undi yang sama dengan PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Umno bergantung kepada undi Melayu, terutama di kawasan-kawasan luar bandar.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan PAS dan Bersatu yang berada dalam PN.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Azman, beberapa jawatan penting dijangka diberikan kepada BN dan ia memperlihatkan kedudukan Umno sebagai \u201ckingmaker\u201d dalam kerajaan meskipun hanya dengan 30 kerusi.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Hal itu turut dipersetujui oleh Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pengundi Melayu terbukti menyokong PN dan jumlah itu mampu bertambah namun PRU16 masih panjang.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Umno katanya mampu mencipta naratif baru dalam tempoh itu, bagi melawan naratif parti itu tidak berprinsip.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Umno boleh memperkenalkan program-program ekonomi dan subsidi yang menguntungkan rakyat marhaen terutamanya orang Melayu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini dapat menenggelamkan naratif PN,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun Azmil berkata, parti itu dinasihatkan tidak campurtangan dalam kes Zahid dan membiarkan mahkamah menentukan nasib ahli Parlimen Bagan Datuk itu secara bebas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini boleh memberi persepsi yang baik terhadap Umno,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa ketetapan &#8220;No DAP, No Anwar&#8221; hanyalah untuk sebelum Pilihan Raya<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14264,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[91],"class_list":["post-14263","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-umno","tag-umno"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14263","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14263"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14263\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14265,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14263\/revisions\/14265"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14264"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14263"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14263"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14263"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}