{"id":14279,"date":"2022-12-05T12:16:45","date_gmt":"2022-12-05T12:16:45","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14279"},"modified":"2022-12-05T12:16:47","modified_gmt":"2022-12-05T12:16:47","slug":"cabutan-khas-judi-mainan-spekulasi-dan-muslihat-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/05\/cabutan-khas-judi-mainan-spekulasi-dan-muslihat-anwar\/","title":{"rendered":"Cabutan Khas Judi: Mainan Spekulasi Dan Muslihat Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p>Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim yang akhirnya mendapat jawatan diidamkannya sejak 40 tahun dahulu, sehingga ke hari ini masih tergilakan pembawaan populis.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan jawatan tertinggi disandangnya itu, beliau yang sedang memacu negara masih bermain politik mengangkat konotasi spekulatif dan meraih pencapaian secara muslihat.<\/p>\n\n\n\n<p><a><\/a>Sidang media beliau dari mesyuarat Kabinet pertama hari ini cuba meletuskan perhatian tertinggi yang dilihat mensasarkan tarikan daripada umat Melayu-Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini apabila beliau mengumumkan bahawa cabutan khas judi sebanyak 22 setahun telah diturunkan kepada lapan kali setahun bermula tahun 2023. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi muslihat politiknya tidak berselindung, apabila dengan pengumuman itu juga mendobrak PERIKATAN NASIONAL (PN).<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau secara sinikal melambungkan spekulasi kononnya sumber kewangan bagi mendanai pilihan raya parti Melayu dan parti Islam di dalam gabungan itu adalah dari syarikat dan hasil judi yang berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p>Atau sedar dia boleh mengundang tuduhan fitnah? <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan umum mengetahui, semua \u2018pendedahan\u2019 pernah beliau lakukan selama ini sering dipampang bersama lampiran \u2018kertas bukti\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan, selalunya bersama sandaran dan penegasan \u2018kukuh dan meyakinkan\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini hanya bermain bayangan, sebelum mengesahkan semakan dalam kedudukan beliau mengetuai dan memiliki sebuah kerajaan? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidakkah itu terlihat dangkal?<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai PM, Anwar sepatutnya menghentikan retorik sedemikian. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun pengumuman itu tentunya sebagai modal menjelang pengundian PRN N.42 Tioman dan P.017 Padang Serai pada Rabu ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Juga mencari satu tenaga politik menjelang Sidang Dewan Rakyat 19 Disember depan, selain ia juga boleh menjadi isyarat kepada corak persaingan atau perseteruan akan beliau hadapkan kepada PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar cuba mencari satu kemuliaan dengan pengumuman itu, namun di sebaliknya masih ada helah muslihat yang diselindungkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika beliau benar serius menghapuskan judi, kenapa tidak sepenuhnya tetapi disisakan lapan cabutan khas itu?<\/p>\n\n\n\n<p>Pengurangan cabutan itu sekadar mengurangkan kutipan hasil cukai kepada pihak kerajaan, tetapi ia tidak langsung menjejaskan operator atau pengendali judi yang ada di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Cabutan judi biasa yang diadakan tiga kali seminggu di mana ia menjanakan keuntungan besar kepada tauke-tauke atau operator perjudian, serta membiakkan kegiatan tersebut, masih kekal seperti sedia kala.<\/p>\n\n\n\n<p>Rekod Parlimen menunjukkan setahun penuh Malaysia berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) tahun 2019 dahulu, kutipan cukai judi adalah tertinggi iaitu sebanyak RM3.43 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbanding sebelumnya di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) secara purata RM2.5 bilion. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini menunjukkan walaupun ketika itu dikurangkan jumlah cabutan khas judi, tetapi nilai wang perjudian berada 130 kali ganda.<\/p>\n\n\n\n<p>Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebelum \u2018dijatuhkan\u2019 telah berjaya membuat pengurangan sehingga kepada RM560 juta. <\/p>\n\n\n\n<p>Itupun, PAS tetap memberi bantahan keras untuk kerajaan menamatkan terus sebarang kegiatan dan hasil judi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya hasil kepada Kementerian Kewangan yang diketuai sendiri Anwar akan portfolio itu benar-benar komited menangani judi, sesuatu lebih utama patut dilakukan adalah kepada kegiatan tersebut di Genting Highlands.<\/p>\n\n\n\n<p>Kasino dan kegiatan judi di situ adalah simbolik kepada usaha untuk menyatakan penolakan kepada judi, sebelum langkah seterusnya boleh digerakkan kepada kasino dan premis judi di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini termasuk kegiatan atas talian atau perjudian tanpa lesen yang semakin bercambah semula. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika beliau galak untuk menuding jari kepada PN, beliau patut bertanya bekas Menteri Kewangan yang kini bersama Kabinetnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin Anwar gembira dengan peluru sedang ditembaknya ini, tetapi bermuka-muka dan berpura-pura dengan isu ini kelak hanya memakan diri. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika benar jantan, cuba berani bertindak seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketiga-tiga negeri itu sebaik ditadbir PAS, tanpa ragu-ragu bertindak dengan menamatkan pengeluaran lesen judi serta mengawal arak yang merupakan industri dosa noda serta punca kejahatan dan masalah di seluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Hatta, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) merekodkan saham berkaitan arak dan judi menjunam sengsara mendapat berita perolehan kerusi tertinggi PAS pada PRU15 baru-baru ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, melonjak semula apabila Anwar mengangkat sumpah PM.<\/p>\n\n\n\n<p>IZWAN ABDUL HALIM<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim yang akhirnya mendapat jawatan diidamkannya sejak 40 tahun dahulu, sehingga ke hari<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14280,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-14279","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14279","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14279"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14279\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14281,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14279\/revisions\/14281"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14280"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14279"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14279"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14279"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}