{"id":14346,"date":"2022-12-07T16:22:18","date_gmt":"2022-12-07T16:22:18","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14346"},"modified":"2022-12-07T16:22:21","modified_gmt":"2022-12-07T16:22:21","slug":"apa-anwar-patut-buat-minggu-depan-berhenti-witch-hunting","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/07\/apa-anwar-patut-buat-minggu-depan-berhenti-witch-hunting\/","title":{"rendered":"Apa Anwar Patut Buat Minggu Depan: Berhenti \u2018Witch Hunting\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p>Hari ini (semalam, 6 Disember 2022) Perdana Menteri dalam twitternya kata, setelah diteliti sebahagian besar daripada RM600 bilion yang didakwa diseleweng itu ialah wang KWSP dan moratorium bank. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, katanya lagi ada beberapa puluh bilion yang lain yang menunjukkan ada pelanggaran peraturan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya percaya, hari ini Perdana Menteri telah mendapat taklimat terperinci daripada MOF mengenai peruntukan dan perbelanjaan pakej-pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion, bukan RM600 bilion. <\/p>\n\n\n\n<p>Maklumat yang sama jugalah yang dibentangkan kepada Tan Sri Muhyiddin semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri pada masa itu, saya pun diberikan taklimat yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, kita sesama kita tak boleh bohong Dato\u2019 Seri. <\/p>\n\n\n\n<p>Maklumat yang Dato\u2019 Seri ada, saya pun ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi saya percaya dalam masa beberapa hari lagi Dato\u2019 Seri akan kata sebenarnya bukan puluhan billion, hanya beberapa juta sahaja daripada pakej-pakej rangsangan ekonomi itu yang melibatkan perolehan kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>MOF telah teliti kaedah perolehan tersebut dan didapati tiada sebarang pelanggaran prosedur dibuat oleh pentadbiran dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini jangkaan saya berdasarkan maklumat yang saya pernah terima dahulu, dan saya pasti maklumat yang sama jugalah ditaklimatkan kepada Dato\u2019 Seri oleh pegawai-pegawai MOF. <\/p>\n\n\n\n<p>Takkan dulu lain, sekarang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Goverment doesn\u2019t work that way Dato\u2019 Seri. Politicians may be.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, mulai hari ini, macai-macai tolonglah berhenti cakap pasal 600 bilion ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya ada sedikit nasihat nak disampaikan kepada Dato\u2019 Seri. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini mungkin \u201cunsolicited advice\u201d tapi saya nak sampaikan jugalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dato\u2019 Seri telah berada dalam pembangkang selama 24 tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan terakhir Dato\u2019 Seri dalam kerajaan ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebelum dipecat pada bulan September 1998.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya ingat bulan September ini kerana sebulan selepas itu saya mendirikan rumahtangga dengan isteri saya yang tercinta.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya pun pada masa itu sokong Dato\u2019 Seri. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya berarak di Dataran Merdeka dengan kawan-kawan dan hadap FRU sebab marah Dato\u2019 Seri dipecat oleh Tun Mahathir.<\/p>\n\n\n\n<p>Tak mengapalah, itu sejarah.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi saya faham Dato\u2019 Seri mungkin ambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri sebagai Perdana Menteri. <\/p>\n\n\n\n<p>Pembawaan Dato\u2019 Seri sejak beberapa hari ini kelihatan masih seperti Ketua Pembangkang. That\u2019s okay.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi jangan lama-lama. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat tak boleh tunggu lama. <\/p>\n\n\n\n<p>Mulai munggu depan, Dato\u2019 Seri mesti kelihatan seperti Perdana Menteri yang sebenar. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang Dato\u2019 Seri patut buat minggu depan?<\/p>\n\n\n\n<p>1. Hari Isnin minggu depan, seeloknya Dato\u2019 Seri mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi. <\/p>\n\n\n\n<p>Dapatkan petunjuk-petunjuk terkini ekonomi semasa daripada MOF, Bank Negara dan mungkin juga DOSM. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Dato\u2019 Seri boleh minta beberapa kertas dibentangkan mengenai \u201cway forward\u201d ekonomi Malaysia, khususunya dalam menghadapi kemungkinan pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih perlahan tahun hadapan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadikan MTE sebagai mesyuarat mingguan.<\/p>\n\n\n\n<p>2. Sebelum itu, Dato\u2019 Seri umumkan keanggotaan Majlis Tindakan Ekonomi yang terdiri daripada Menteri-Menteri berkaitan ekonomi, wakil-wakil agensi kerajaan dan pakar-pakar ekonomi yang mewakili industri dan cendakiawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Keep it small. Jangan ramai-ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau ramai nanti banyak sangat pandangan yang macam-macam, Dato\u2019 Seri pun pening nak dengar yang mana satu.<\/p>\n\n\n\n<p>3. Dato\u2019 Seri juga boleh pengerusikan mesyuarat National Cost of Living Council (NACOL). <\/p>\n\n\n\n<p>Hari tu Dato\u2019 Seri minta pegawai kerajaan sediakan cadangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang kebinet dah dibentuk, biarlah Menteri yang berkaitan bincang dengan pegawai apa yang nak dibentang kepada NACOL. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah pasti Menteri-Menteri yang dilantik oleh Dato\u2019 Seri mempunyai idea-idea yang bernas untuk mengatasi masalah kos sara hidup rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka juga boleh lihat janji-janji dalam manifesto PH (dan juga BN barangkali) mengenai cara-cara untuk tangani isu kos sara hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>4. Jangan lupa Bajet 2023. <\/p>\n\n\n\n<p>Takkan Dato\u2019 Seri nak terima saja Bajet BN yang dibentangkan dulu? <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, minggu depan Dato\u2019 Seri sebagai Menteri Kewangan buatlah kenyataan sedikit mengenai teras-teras utama Bajet 2023 kerajaan Dato\u2019 Seri supaya rakyat tahu Dato\u2019 Seri tahu apa yang nak dibuat.<\/p>\n\n\n\n<p>5. Dalam mesyuarat Kabinet minggu depan, Dato\u2019 Seri nasihatlah Menteri-Menteri jangan jawab telefon masa buat PC. Malu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekalipun panggilan tu dari PMO, tunggulah PC tu selesai dulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang telefon pun pegawai PMO saja. Bukan Dato\u2019 Seri. <\/p>\n\n\n\n<p>Imej sebagai Menteri kena jaga.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhir sekali, Dato\u2019 Seri berhentilah \u201cwitch hunting\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika perlu, bagi standing instruction kepada KSN dan KP SPRM supaya kaji kontrak-kontrak yang dianugerahkan oleh pentadbiran dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi masa 2 minggu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada yang meragukan, biar SPRM siasat.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang penting, Dato\u2019 Seri jangan campur urusan siasatan dan seeloknya, Dato\u2019 Seri jangan buat apa-apa kenyataan pun. <\/p>\n\n\n\n<p>Serah kepada KP SPRM. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan apa, kalau Dato\u2019 Seri banyak buat kenyataan jadilah macam sekarang ni. <\/p>\n\n\n\n<p>Mula-mula 600 bilion, lepas tu puluhan bilion, kemudian 7 bilion. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada kenyataan pasal dana politik daripada syarikat judi pula dan macam-macam lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Dalam Negeri Dato\u2019 Seri pula kata akan bincang dengan IGP pasal 600 bilion. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa kena mengena IGP dengan 600 bilion tu? <\/p>\n\n\n\n<p>Dato\u2019 Seri pun dah cakap bukan 600 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>Nanti orang akan kata apa Perdana Menteri ni? <\/p>\n\n\n\n<p>Macam caca merba dan Dato\u2019 Seri ada \u201cpersonal vendetta\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini tak baik untuk imej Dato\u2019 Seri sebagai PM. <\/p>\n\n\n\n<p>You must not only be impartial, but must be seen to be impartial. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau tidak nanti katakan ada pendakwaan, na\u2019uzubillah, orang akan kata ianya politically motivated dan selective prosecution. <\/p>\n\n\n\n<p>Kan tak elok tu?<\/p>\n\n\n\n<p>Itu sajalah yang saya nak cakap. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tak nak cakap lebih-lebih nanti orang kata saya nak memandai pula.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekianlah sahaja \u201cunsolicited advice\u201d saya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tengok minggu depan macamana.<\/p>\n\n\n\n<p>Selamat menjalankan amanah dan berkhidmatlah untuk negara.<\/p>\n\n\n\n<p><em>Datuk Dr Marzuki Mohamad<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari ini (semalam, 6 Disember 2022) Perdana Menteri dalam twitternya kata, setelah diteliti sebahagian besar daripada RM600 bilion<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14347,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-14346","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14346","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14346"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14346\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14348,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14346\/revisions\/14348"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14347"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14346"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14346"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14346"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}