{"id":14362,"date":"2022-12-08T04:45:24","date_gmt":"2022-12-08T04:45:24","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14362"},"modified":"2022-12-08T04:46:49","modified_gmt":"2022-12-08T04:46:49","slug":"dari-nabi-yusuf-imam-mahdi-kepada-tauke-judi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/08\/dari-nabi-yusuf-imam-mahdi-kepada-tauke-judi\/","title":{"rendered":"Dari Nabi Yusuf, Imam Mahdi Kepada Tauke Judi"},"content":{"rendered":"\n<p>Suatu masa dahulu, di sebuah negara, sekitar 90-an, ada seorang ahli politik yang menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia seorang yang petah berbicara, bisa menawan kalbu si pendengar, dengan bait-bait kata yang indah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kurniaan Allah ucap cakapnya, memberikan kelebihan kepadanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia juga diberi kepercayaan menjadi timbalan kepada pimpinan tertinggi negara itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menangnya dia bagi jawatan timbalan itu dengan mengalahkan seorang veteran partinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Menjadi rahsia umum kepada semua perwakilan yang kemenangannya itu kerana curahan hujan politik wang, pilihan cara kempennya waktu itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka kalah dan terhinalah veteran partinya itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang veteran itu ada? <\/p>\n\n\n\n<p>Hanyalah pengalaman dia berpolitik. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi waktu itu parti kononnya memerlukan pemimpin yang berwawasan jauh bagi meneruskan perjuangan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi alasan kedua dia dipilih, selepas wang.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah beberapa tahun menjadi Menteri Kewangan, tiba pada satu tahun, dia membentangkan bajet negaranya. <\/p>\n\n\n\n<p>Seperti biasa, bait-bait kata, bermadah, mempersona pendengar, dilafazkannya dengan lancar. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka dia membandingkan bajet yang dibuatnya itu sama sebagaimana perancangan Nabi Yusuf ketika Mesir menghadapi kemarau. <\/p>\n\n\n\n<p>Tujuh tahun menyimpan, tujuh tahun berbelanja ketika kemarau.<\/p>\n\n\n\n<p>Bangunlah lawan politiknya, seorang ulamak politik dunia Islam, lalu membantah kerana menggunakan nama Nabi Yusuf untuk menyamakan perancangan kewangannya dengan rasul yang mulia. <\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya ulamak itu, adakah dizaman Nabi Yusuf, baginda turut membenarkan judi berlesen? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak boleh seenaknya menggunakan kemuliaan nabi bagi digandingkan kehinaan diri, hanya kerana mahu menempel dengan agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Diamlah dia kerana dia mempunyai dua rakan baik tauke judi, Vincent dan Nalla.<\/p>\n\n\n\n<p>Masa berlalu, dia kemudiannya ditendang keluar oleh partinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbagai tuduhan yang diterima dan akhirnya dia ke penjara. <\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa kali keluar masuk penjara. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada dari kalangan penyokongnya membandingkan sekali lagi keadaan beliau seperti Nabi Yusuf, walaupun kehidupannya, ramai orang tahu, bagaimana. <\/p>\n\n\n\n<p>Nabi Yusuf sanggup ke penjara kerana mengelakkan fitnah dan keluar dari penjara dengan dibersihkan sendiri oleh pemfitnahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun dia pula, tidak mahu ke penjara, sanggup memfitnah rakannya untuk menjadi ketua di sebuah negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Bebas penjarapun bukan asbab dia bersih.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak cukup dengan Nabi Yusuf, ada kalangan pemujanya membandingkan pula dirinya dengan Imam Mahdi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bakal Imam Mahdi ini sering dilihat berjoget, bersalam dengan bukan mahram, menipu, memfitnah, melakukan ritual musyrikin dan banyak lagi perkara mungkar yang dilakukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Di sini, bukan isu dosa peribadi yang mahu diketengahkan, moga Allah ampunkan, tetapi isu berkenaan perbandingan peribadi yang hina amat jauh dari kemuliaan peribadi rasul dan Imam Mahdi yang aqidahnya suci.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan bakal Imam Mahdi ini juga kelihatannya masih beramah mesra dengan tauke judi, hadir perjumpaan di restoran yang dipenuhi arak, mesra dengan yahu-di, malah mahu melindungi kepentingan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Berapa ramai kawan-kawannya, cerdik pandai yang beragama, rapat semenjak dahulu, seorang demi seorang telah meninggalkannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak akan terjadi begitu kepada Imam Mahdi, kerana Imam Mahdi dibaiah oleh orang yang tahu agama dan mengenali beliau atas nama agama, bukan oleh tauke arak dan judi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengikut Imam Mahdi menjadi semakin ramai dan beriman.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga sekarang, bakal Imam Mahdi itu telah ada kuasa lebih besar, tetapi masih bergelut dengan isu judi, lalu dia memfitnah orang lain terlibat dengan judi. <\/p>\n\n\n\n<p>Imam Mahdi dan Nabi Yusuf, wajib tahu judi dan fitnah itu haram dan berdosa dan mereka pasti menghapus dan menjauhinya. Tetapi dia, tidak. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia tidak mampu menghapuskan judi, sama seperti zaman dahulu sewaktu dia menjadi Menteri Kewangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Menipu, fitnah, terlibat dengan kelulusan judi, semua itu masih belum menginsafkannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah orang lain yang ikut Islam mengharamkan judi pula dia buat sebagai musuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia berkawan dengan perasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Nabi Yusuf bukan pendendam, memaafkan walau kepada adik beradiknya yang jelas berkhianat, tetapi dia, dicari musuhnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga anak buahnya, langsung tiada malu mengugut, walaupun dunia tahu mereka menipu rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mana mungkin pengikut Imam Mahdi begitu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pentaasubnya, beliau tetap Imam Mahdi dan Nabi Yusuf, walau apa dosa sekalipun dilakukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ulamak, golongan yang faham agama tahu, ini adalah kesesatan yang nyata. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga di Malaysia tidak akan ada pemimpin sejenis ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga Allah kalahkan mereka dengan apa cara sekalipun walau di mana sekalipun spesis ini memerintah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suatu masa dahulu, di sebuah negara, sekitar 90-an, ada seorang ahli politik yang menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14363,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-14362","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14362","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14362"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14362\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14364,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14362\/revisions\/14364"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14363"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14362"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14362"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14362"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}