{"id":14381,"date":"2022-12-08T14:47:11","date_gmt":"2022-12-08T14:47:11","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14381"},"modified":"2022-12-08T14:47:13","modified_gmt":"2022-12-08T14:47:13","slug":"pas-bukan-lagi-parti-pak-lebai-impak-selebriti-agama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/08\/pas-bukan-lagi-parti-pak-lebai-impak-selebriti-agama\/","title":{"rendered":"PAS Bukan Lagi \u2018Parti Pak Lebai\u2019: Impak Selebriti Agama"},"content":{"rendered":"\n<p>Kejayaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) buat julung-julung kali memenangi 49 kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov lalu yang mengejutkan pemerhati politik turut dikaitkan dengan pengaruh impak sokongan padu daripada golongan selebriti agama tanah air.<\/p>\n\n\n\n<p>Pensyarah Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar berkata, pencapaian mutakhir PAS itu telah menunjukkan prestasi terbaik parti ini dalam pilihanraya selepas kali terakhir membuat pencapaian sedemikian dalam PRU10 pada tahun 1999.&nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRamai pemerhati politik menjangkakan PAS dan sekutunya dalam PERIKATAN NASIONAL (PN), Bersatu sekadar hanya mampu bertahan di negeri-negeri Pantai Timur, dan akan berkubur di negeri-negeri lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun PAS sebaliknya telah tampil sebagai parti yang memenangi jumlah kerusi paling banyak berbanding parti-parti lain,\u201d katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, jangkaan pemerhati politik sebelum ini ada asasnya memandangkan PAS dan PN tewas teruk dalam Pilihanraya Negeri (PRU) Melaka dan Johor tempoh hari, maka kerusi Parlimen PAS di Kelantan dan Terengganu juga diramal akan merosot.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, PAS mempunyai akar umbi yang kuat di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSudah berdekad lamanya, negeri-negeri ini menjadi sumber utama menghantar pimpinan PAS ke Parlimen.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHanya setelah bergabung di bawah payung Barisan Alternatif (BA) pada PRU10, PAS mula melebarkan sayapnya ke negeri-negeri Pantai Barat.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPAS juga pernah bergabung di bawah koalisi Pakatan Rakyat, Muafakat Nasional (MN) dan yang terkini PN,\u201d jelasnya kepada&nbsp;<em>HarakahDaily<\/em>.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Rohila menegaskan bahawa jelas di sini, PAS sudah berjaya melunakkan imej mereka yang sering dilabelkan sebelum sebagai\u2019 parti Pak Lebai\u2019, ala-Taliban, keras, mendominasi dan ultra-konservatif Islam melalui penggabungan dengan parti-parti lain.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerada bersama-sama dengan parti-parti lain telah membawa banyak laba (manfaat) politik kepada PAS dengan memenangi pilihanraya dan dilantik ke jawatan-jawatan eksekutif yang signifikan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun begitu, percubaan PAS untuk tidak berada di bawah mana-mana gabungan pada PRU14 pada 2018 nyata tidak begitu menghasilkan keputusan memberangsangkan, apabila ia hanya berjaya mendapat 18 kerusi yang disumbangkan oleh negeri-negeri tradisi PAS,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Penolakan total terhadap Umno &nbsp;<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Rohila lagi, hasil analisis yang dibuat saintis politik dan dapatan soal-selidik daripada badan-badan kajian bebas menunjukkan pertembungan sebenar pada PRU15 adalah antara PN dan Pakatan Harapan (PH).&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, penolakan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) sudah bermula sejak PRU14 lagi, dan PRU15 hanyalah satu validasi kepada penolakan total pengundi khususnya terhadap Umno.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalan di sini ujar beliau adalah, bagaimana PAS dan PN mampu bangkit seumpama \u2018phoenix bangkit dari abu\u2019 setelah kalah teruk dalam PRN Melaka dan Johor, memandangkan tempoh masa antara PRU15 dan kedua-dua PRN Johor dan Melaka tidak sampai satu tahun?&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerdapat banyak faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan besar PAS dalam PRU15, namun antara faktor yang tersudut namun besar impaknya adalah sokongan secara langsung tanpa selindung selebriti-selebriti agama terkenal tanah air kepada PAS.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSecara praktiknya, selebriti agama sering mengelak untuk dikaitkan dengan mana-mana parti politik terutamanya PAS.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni adalah kesan dari kegusaran dalam kalangan asatizah akan natijah \u2018digam\u2019 dari menyampaikan kuliah dan tampil dalam khalayak umum jika diketahui mereka cenderung kepada parti-parti politik tertentu,\u201d jelas beliau.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada itu, katanya, seruan pihak berkuasa agama agar pendakwah tidak membawa perihal politik ke dalam masjid menyebabkan tokoh-tokoh agama memilih untuk berbicara soal-soal kefardhuan dan ibadah semata-mata.&nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Perkembangan mutakhir ini menurut beliau, telah menyaksikan kemunculan ramai selebriti agama dan mereka aktif di media sosial, serta mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeratan-keratan kuliah mereka dijadikan bahan video pendek berdurasi kurang dari lima minit dan dimuat naik di laman sosial seperti Facebook Stories, Reels, Shorts dan TikTok.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cVideo-video ini kemudiannya disebarkan oleh pengguna media sosial yang lain, menjadikan capaian kuliah tersebut lebih meluas dan melebar,\u201d tegasnya.&nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan cara ini, ilmu yang mereka sampaikan berjaya sampai kepada penonton dengan berkesan tanpa perlu hadir secara fizikal ke majlis ilmu tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Metodologi tidak menghukum<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dr Rohila turut memberitahu bahawa, metodologi ceramah yang bersifat ringan, tidak menghukum dan menjawab persoalan amal ibadat serta perhubungan seharian sememangnya dicari-cari oleh masyarakat di negara ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni amat berbeza dengan pendekatan yang digunapakai oleh ustaz-ustazah pro-PAS pada dekad 80an-2000an yang keras dan bersifat menghukum, serta metodologi yang tidak mesra pendengar yang baharu berjinak dengan agama Islam.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni antara punca kenapa PAS ditolak oleh sebahagian masyarakat di luar Pantai Timur pada ketika itu,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjelaskan lebih lanjut, Rohila berkata, Teori Identiti Sosial menjelaskan sifat semulajadi manusia mempunyai tarikan magnet kepada perkara yang membawa wacana ketuhanan, walau sejauhmana pun individu tersebut dengan kehidupan beragama.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengikut golongan selebriti agama di Malaysia sekarang bukanlah individu taat beragama sahaja, malahan melepasi garis kumpulan ekonomi, sektor pekerjaan dan umur,\u201d jelasnya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, berbeza dengan dekad-dekad terdahulu, golongan dari kumpulan berpendapatan rendah, bekerja di sektor pertanian dan berusia lebih cenderung mendekati golongan ustaz-ustazah.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun demikian, pada masa sekarang golongan T20, usahawan, selebriti media sosial, seniman, pesara dan pelajar di institusi pengajian tinggi mula menjadi pengikut kepada selebriti agama ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam konteks PRU15, selebriti agama yang berpengaruh dan terkenal di media sosial seperti Tuan Guru Syeikh Zainul Asri, Ustaz Wadi Annuar, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin tanpa berselindung lagi menyatakan sokongan mereka dan menyeru pengundi supaya menyokong PAS\/PN.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSementara selebriti agama seperti Ustazah Asma\u2019 Harun, Ustazah Dr. Norhafizah Musa dan Ustaz Nadhir an-Nuri secara berkias mengajak jutaan pengikut mereka supaya menyokong parti bernuansa Islam yang menjanjikan Malaysia yang bersih dan stabil,\u201d jelas Rohila lagi.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Seruan berlapik<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan bahawa golongan selebriti agama secara jelas atau berlapik menyeru para pengikut mereka agar jangan mengundi calon-calon dari parti yang menolak Islam, parti yang lunak terhadap amalan rasuah, dan calon bukan dari jaluran ahli Sunnah wal Jamaah.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeruan mereka ini disebar secara meluas dan sampai kepada semua lapisan pengundi melalui saluran media sosial terutamanya TikTok.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengundi Muslim atas pagar yang tidak mempunyai afiliasi parti politik sudah pasti terpesona dengan seruan dari para asatizah ini. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dengan pemahaman bahawa orang yang faham agama pun memilih PAS\/PN, sementelah pula diri sendiri yang cetek ilmu agama.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Atas dasar menumpang keberkatan ilmuan agama ini, ujar Rohila, tidak menghairankan apabila ramai pempengaruh media sosial tersohor, hatta yang kelihatan tidak begitu Islamik latar belakangnya, menyatakan sokongan mereka kepada PAS\/PN melalui video-video dan meme di Tik Tok.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDitambah pula dengan tohmahan bahawa Islam dan Melayu terancam semasa 22 bulan di bawah pemerintahan PH, dan palitan kes-kes rasuah berprofil tinggi dalam kalangan pimpinan BN, pengundi Melayu-Muslim atas pagar tiada pilihan lain melainkan mengundi PN.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJelas bahawa sokongan selebriti agama kepada PAS\/PN telah menjadi antara faktor utama yang membawa kepada peningkatan jumlah undi berlipat ganda kepada PAS\/PN,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kejayaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) buat julung-julung kali memenangi 49 kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14382,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-14381","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14381","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14381"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14381\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14383,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14381\/revisions\/14383"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14382"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14381"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14381"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14381"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}