{"id":14394,"date":"2022-12-09T01:24:14","date_gmt":"2022-12-09T01:24:14","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14394"},"modified":"2022-12-09T01:24:17","modified_gmt":"2022-12-09T01:24:17","slug":"tiada-gelombang-pn-di-selangor-walau-raih-kemenangan-besar-pru15-kata-penganalisis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/09\/tiada-gelombang-pn-di-selangor-walau-raih-kemenangan-besar-pru15-kata-penganalisis\/","title":{"rendered":"Tiada Gelombang PN Di Selangor Walau Raih Kemenangan Besar PRU15, Kata Penganalisis"},"content":{"rendered":"\n<p>Gelombang tsunami Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah menepis segala ramalan dan kajian pihak penyelidik dan badan pemikir, baik di dalam atau luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>PN yang berjaya mendapat 73 kerusi muncul gabungan kedua terbesar selepas Pakatan Harapan (PH) dengan 82 kerusi.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Barisan Nasional (BN), yang mana sesetengah pihak menjangkakan mampu membentuk kerajaan hanya berjaya mendapat 30 kerusi Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Undi Melayu yang berpihak kepada PN merupakan kesinambungan dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, iaitu Melaka dan Johor yang mana gabungan berkenaan berjaya melakukan \u201cinroads\u201d ke dalam kawasan-kawasan masyarakat Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>PRN Melaka dan Johor menyaksikan, PN mendapat tempat kedua dikebanyakan kerusi majoriti Melayu walaupun tidak memenangi banyak kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Di kawasan-kawasan Melayu, PH menang kerana berlaku pertandingan lebih dua penjuru yang mana undi Melayu berpecah antara ketiga-tiga gabungan utama tersebut.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Di Tambun contohnya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berjaya memperoleh 49,625 undi dengan majoriti 3,736.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Penyandang kerusi, Ahmad Faizal Azumu memperoleh 45,889 manakala calon BN Aminuddin Md Hanafiah memperoleh 28,140 undi.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Ia sekaligus menimbulkan persoalan mengenai keutuhan PH beberapa negeri termasuk Selangor yang akan melangsungkan PRN pada tahun depan, apabila BN kini menyertai kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganalisis politik Oh Ei Sun dari Singapore Institute of International Affairs berkata, situasi satu lawan satu antara gabungan PH-BN dengan PN hanya boleh diandaikan sekiranya kerjasama di peringkat persekutuan diteruskan pada PRN Selangor akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita masih belum pasti jika ada peruntukan kerusi antara PH dan BN, memandangkan BN tidak cenderung untuk membiarkan sahaja PH bertanding.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi akan ada pusingan rundingan dalaman, apatah lagi mereka berdepan dengan PAS dan Bersatu,&#8221; katanya kepada MalaysiaNow.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai rekod Selangor antara negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selari dengan PRU15.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRU14, PH berjaya mengekalkan dominasi di negeri terkaya Malaysia itu dengan memenangi 51 daripada 56 kerusi.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Baki kerusi dimenangi oleh BN (4) dan PAS (1).<\/p>\n\n\n\n<p>PH berjaya menawan negeri Selangor bermula 2008 semasa gabungan itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Kartini Aboo Talib, penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagaimanapun tidak optimistik dengan tsunami PN di Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, orang Melayu tidak menyokong rasuah yang membarah dalam Umno, namun pada masa yang sama tidak menyokong pendekatan liberal yang dibawa PH.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagi siri-siri PRN, undi org Melayu-Islam akan memihak kepada PN, terutama negeri yang mempunyai kawasan Felda dan luar bandar di mana terletak sekolah-sekolah pondok dan agama.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selangor banyak kawasan bandar dan demografi bukan Melayu yang signifikan, jadi agak sukar melihat &#8216;tsunami hijau&#8217; di Selangor,&#8221; katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga tidak yakin dengan kesepakatan kerusi antara BN dan PH, apatah lagi kerusi DUN berbeza dengan kerusi Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Harus diingat BN tidak selamanya bersama PH. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerajaan ada kini adalah cadangan Yang di-Pertuan Agong iaitu kerajaan perpaduan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBila-bila sahaja &nbsp;BN akan mengorak langkah dan bertanding,&#8221; tambahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Kartini, PH dijangka mengalami pengurangan undi pada PRN yang dijadual pada tahun depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Oh berkata situasi BN menentang PH pada PRN akan datang akan jadi janggal tatkala Anwar perlu mengekalkan sinergi kerajaan pentadbirannya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia akan jadi janggal walaupun bukanlah pertama kali, seperti pada 1980 dan 1990-an ketika Parti Dayak Sarawak yang merupakan pemabangkang negeri bekerjasama dengan parti Sarawak lain di peringkat pusat,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, contoh paling hampir ialah BN dan PN yang bertanding menentang satu sama lain di PRN Johor dan Melaka.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gelombang tsunami Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah menepis segala ramalan dan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14395,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-14394","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14394","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14394"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14394\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14396,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14394\/revisions\/14396"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14395"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14394"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14394"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14394"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}