{"id":14479,"date":"2022-12-12T04:18:15","date_gmt":"2022-12-12T04:18:15","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14479"},"modified":"2022-12-12T04:18:18","modified_gmt":"2022-12-12T04:18:18","slug":"ketakutan-kepada-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/12\/ketakutan-kepada-bersatu\/","title":{"rendered":"Ketakutan Kepada Bersatu"},"content":{"rendered":"\n<p>Antara naratif yang sangat berkesan dalam mewujudkan permusuhan antara UMNO dan Perikatan Nasional adalah Bersatu ditubuhkan untuk <a><\/a>membunuh UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan itu, mengadakan kerjasama dengan Bersatu adalah seperti membunuh diri kerana UMNO dan Bersatu berebut kerusi yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah hujahan mereka yang mahu mengekalkan kuasa dan kedudukan dalam parti dan mahu menjadi calon pilihan raya, bukannya menjayakan matlamat perjuangan parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya, bukan Bersatu sahaja ditubuhkan untuk mengalahkan Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Parti Islam Se-Malaysia (PAS) juga ditubuhkan untuk mengalahkan UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah PAS bertanding di kawasan bukan UMNO? Tidak!<\/p>\n\n\n\n<p>Namun apabila pemimpin UMNO terdesak mahu memulihkan imej mereka, maka PAS dijadikan kawan.<\/p>\n\n\n\n<p>PKR juga ditubuhkan untuk menjatuhkan UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>PKR juga bertanding di kerusi-kerusi Melayu UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Mengapa kini mereka sanggup bekerjasama dengan PKR? <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab PKR sanggup menerima pemimpin UMNO yang ditolak rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO juga kini bekerjasama dengan DAP musuh perjuangan UMNO selama sejak kelahirannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan saya kata, ini adalah kata-kata pemimpin UMNO, dulu dan kini.<\/p>\n\n\n\n<p>DAP juga menyokong semua parti-parti Melayu yang menentang UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila mereka menjadi kerajaan pada 2018, pemimpin UMNO kini juga yang mendakwa mereka merosakkan kepentingan masyarakat Melayu dan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Peguam Negara yang mendakwa para pemimpin UMNO juga adalah suku-sakat DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan kata lain, DAP juga mahu membunuh UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun kali ini UMNO memilih untuk bekerjasama dengan mereka kerana kompromi jawatan untuk pemimpin UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya yang membunuh UMNO adalah pemimpin UMNO yang enggan berundur apabila sudah tidak diterima rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan kekuatan jentera dan keahlian, serta jumlah pemimpin yang berkaliber, UMNO tidak mungkin boleh dibunuh oleh Bersatu, parti kecil tanpa ramai bakat kepimpinan dan jumlah ahli yang sedikit.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun UMNO memilih mempertahankan pemimpinnya yang ditolak oleh rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO merasakan orang Melayu akan terus mengundi mereka kerana mereka sahaja satu-satunya harapan orang Melayu dan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak sedar bahawa orang Melayu telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang terpalit banyak isu rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kepercayaan orang Melayu kian luntur apabila sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Melayu dan Islam, kemudiannya berusaha bersungguh-sungguh mahu menggagalkan kerajaan yang dibina bersama parti Melayu dan bumiputera lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang Melayu tidak lagi bodoh. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka melihat betapa rakusnya sesetengah pemimpin UMNO mahukan kuasa mutlak sehinggakan menjadi Perdana Menteri dan menguasai banyak kementerian penting belum cukup.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang Melayu melihat kerakusan pemimpin UMNO tertentu sepanjang tiga tahun lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Parti telah kalah dalam PRU14, namun apabila diberi peluang membentuk semula sebuah kerajaan Melayu, mereka mahu mendominasi segala-galanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila ditawarkan Muafakat Nasional tiga parti Melayu, UMNO juga menolaknya atas alasan Bersatu akan mengambil sesetengah kawasan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang Melayu melihat walaupun ditawarkan menjadi abang besar dengan kerusi yang lebih banyak, UMNO mahu menjadi bapa besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya orang Melayu menghukum UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang berkaliber dan tidak bersalah turut terpalit beban kepimpinan pusat dan kalah dalam PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli UMNO yang berfikiran matang dan terbuka perlu membuat perubahan jika mahu parti ini terus kekal relevan.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang melemahkan UMNO bukan Bersatu, bukan PAS, bukan PKR mahu pun DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang melemahkan UMNO adalah kepimpinan UMNO sendiri yang menggadaikan parti kerana mahu mempertahankan kedudukan mererka.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua mereka akan sentiasa meminta ahli dan pemimpin bawahan berkorban untuk parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya mereka pula menunggang parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli UMNO perlu ingat orang Melayu telah berubah. <\/p>\n\n\n\n<p>Berubahlah jika tidak mahu rebah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ab Jalil Backer<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Antara naratif yang sangat berkesan dalam mewujudkan permusuhan antara UMNO dan Perikatan Nasional adalah Bersatu ditubuhkan untuk membunuh<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14480,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[91],"class_list":["post-14479","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-umno","tag-umno"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14479","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14479"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14479\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14481,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14479\/revisions\/14481"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14480"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14479"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14479"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14479"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}