{"id":14489,"date":"2022-12-12T06:08:26","date_gmt":"2022-12-12T06:08:26","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14489"},"modified":"2022-12-12T06:08:28","modified_gmt":"2022-12-12T06:08:28","slug":"speaker-tentukan-kekosongan-kerusi-mp-sabah-keluar-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/12\/speaker-tentukan-kekosongan-kerusi-mp-sabah-keluar-bersatu\/","title":{"rendered":"Speaker Tentukan Kekosongan Kerusi MP Sabah Keluar Bersatu"},"content":{"rendered":"\n<p>Speaker Dewan Rakyat akan menentukan sama ada kerusi Parlimen di Sabah kosong atau tidak hanya selepas menerima notis mengenai tindakan empat ahli Parlimen (MP) Bersatu dari Sabah keluar parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata menurut Perlembagaan Persekutuan adalah menjadi tugas Speaker untuk menentukan kekosongan selepas diberikan notis.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada empat MP Bersatu di Sabah perlu mengosongkan kerusi mereka setelah mereka mengumumkan keluar daripada parti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Keempat-empat mereka ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar); Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi); Jonathan Yasin (Ranau); dan Matbali Musah (Sipitang).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak boleh prasangka (prejudge) perkara itu,\u201d katanya menurut BH.<\/p>\n\n\n\n<p>Sabtu lalu, pemimpin Bersatu Sabah termasuk semua wakil rakyatnya mengumumkan keluar daripada parti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam satu kenyataan, Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor berkata keputusan itu dibuat selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut undang-undang anti-lompat parti yang dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan, MP akan kehilangan kerusi jika mereka melompat ke parti lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengecualian untuk MP yang dipecat parti atau jika parti mereka dibubarkan atau dibatalkan pendaftaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut prosedur, MP akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat berlaku kekosongan dan selepas pengesahan, beliau akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya kerusi itu diisi dalam masa 60 hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata undang-undang antilompat parti akan dirujuk terhadap empat MP Bersatu yang membuat keputusan keluar parti mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMengenai kedudukan empat Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding menggunakan logo GRS pada PRU-15, ia akan ditentu berdasarkan undang-undang antilompat parti bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Speaker Dewan Rakyat akan menentukan sama ada kerusi Parlimen di Sabah kosong atau tidak hanya selepas menerima notis<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14490,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-14489","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14489","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14489"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14489\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14491,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14489\/revisions\/14491"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14490"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14489"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14489"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14489"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}