{"id":14517,"date":"2022-12-12T18:46:29","date_gmt":"2022-12-12T18:46:29","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14517"},"modified":"2022-12-12T18:46:31","modified_gmt":"2022-12-12T18:46:31","slug":"pelik-juga-musim-hujan-ini-ramai-jadi-panas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/12\/pelik-juga-musim-hujan-ini-ramai-jadi-panas\/","title":{"rendered":"\u2018Pelik Juga Musim Hujan Ini Ramai Jadi Panas\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p>\u201cPelik juga musim-musim hujan ini ramai jadi panas. Kat mana salah dan apa fitnahnya?\u201d tanya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, skop kerja selaku Exco pertanian negeri agak luas juga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDari hal gajah, rimau dalam hutan sampai ikan dalam laut, ada kerja yang kena buat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebesar-besar lembu sado, kerbau, rusa, kambing, ayam, itik, arnab, ikan, udang, ketam dan segala yang manusia pelihara bagi tujuan makanan masuk belaka,\u201d ujarnya menerusi Facebook beliau, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, beliau juga perlu mengambil apa sahaja yang ditanam atas muka bumi Terengganu untuk penghasilan makanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, banyak sangat kalau hendak disenaraikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya lagi, pelabuhan perikanan, jeti perikanan, bilik sejuk, empangan, pintu air, jalan pertanian, sistem pengairan, pusat pengumpulan hasil, kemudahan pemasaran, padang ragut, rumah sembelih, kandang lembu kambing, pasar ikan dan serba serbi infrastruktur pertanian, penternakan dan perikanan wajib diambil cakna.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua rakyat Terengganu yang bergelar petani, peladang, penternak, nelayan dan pemain industri makanan adalah rakyat kita dan tanggungjawab kita,\u201d jelasnya yang juga ADUN Jabi.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, ujar beliau adalah normal apabila Exco pertanian menunjukkan gambar ayam, kambing, lembu, gajah dan semua yang berkaitan kerana itu skop tugasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBila tunjuk gambar kambing, maka tentunya caption paling ringkas, ini kambing. Tak munasabah nak tulis ini ayam telur. Gambar ayam daging, maka caption, ini ayam daging. Kalau tulis ini landak barulah jadi fitnah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau selaku Pengerusi Tabung Amanah Gajah negeri Terengganu berkata, bermain dan bergurau dengan gajah sebahagian daripada tugasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNasib kamulah abam besar. Turut kena tempias politik. Tunjuk gambar kamu pun orang kata menyindir,\u201d ujarnya lagi.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cPelik juga musim-musim hujan ini ramai jadi panas. Kat mana salah dan apa fitnahnya?\u201d tanya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14518,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[50],"tags":[51],"class_list":["post-14517","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-terengganu","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14517","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14517"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14517\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14519,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14517\/revisions\/14519"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14518"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14517"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14517"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14517"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}