{"id":14557,"date":"2022-12-15T05:14:24","date_gmt":"2022-12-15T05:14:24","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14557"},"modified":"2022-12-15T05:14:26","modified_gmt":"2022-12-15T05:14:26","slug":"umno-dap-bakal-bekerjasama-hadapi-prn-6-negeri-tahun-depan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/15\/umno-dap-bakal-bekerjasama-hadapi-prn-6-negeri-tahun-depan\/","title":{"rendered":"UMNO, DAP Bakal Bekerjasama Hadapi PRN 6 Negeri Tahun Depan"},"content":{"rendered":"\n<p>Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai DAP tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata kerjasama menghadapi PRN yang bakal diadakan tahun depan itu belum dimuktamadkan lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya setakat ini PH sedang memperkasa keserasian bersama BN dalam Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, tumpuan utama PH adalah untuk menggerakkan Kerajaan Persekutuan bagi mendepani pelbagai isu berbangkit yang membelenggu masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKetika ini perbincangan belum sampai ke situ (kerjasama dengan BN bagi menghadapi enam PRN) sama ada akan wujud kerjasama, persefahaman atau gabungan politik. Itu belum kita bincangkan lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFokus kita adalah mewujudkan keserasian Kerajaan Perpaduan. Dalam konteks ini supaya kerajaan berfungsi dan perlu dilihat (sebagai) kompak dan intact (utuh), barulah keyakinan rakyat akan dapat dibina,\u201d katanya menurut BH.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian pada sesi temu bual Naratif Khas bertajuk \u2018Jaminan Keselamatan dan Perpaduan\u2019 terbitan Berita RTM di Angkasapuri malam ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, bakal mengadakan PRN masing-masing tahun depan, setelah tidak menyertai PRU-15, bulan lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedah, Kelantan dan Terengganu kini ditadbir Perikatan Nasional menerusi parti komponennya PAS, manakala Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang ditadbir PH.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai DAP tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, bagi<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14558,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-14557","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14557","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14557"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14557\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14559,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14557\/revisions\/14559"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14558"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14557"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14557"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14557"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}