{"id":14653,"date":"2022-12-18T10:40:09","date_gmt":"2022-12-18T10:40:09","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14653"},"modified":"2022-12-18T10:40:11","modified_gmt":"2022-12-18T10:40:11","slug":"sebab-muhyiddin-kurang-buat-sidang-media-lepas-mesyuarat-kabinet","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/18\/sebab-muhyiddin-kurang-buat-sidang-media-lepas-mesyuarat-kabinet\/","title":{"rendered":"Sebab Muhyiddin Kurang Buat Sidang Media Lepas Mesyuarat Kabinet"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perdana Menteri Ke-10 menjadikan sidang media selepas mesyuarat Kabinet sebagai satu SOP baharu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini satu amalan baik yang menunjukkan keterbukaan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cuma ada pihak yang membandingkannya dengan pentadbiran dahulu yang tidak menjadikan sidang media selepas mesyuarat Kabinet sebagai satu amalan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seolahnya pentadbiran dahulu tidak terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dia begini. Setiap Perdana Menteri ada cara masing-masing dalam gaya kepimpinan dan pengurusan, termasuk pengurusan media. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada sebab-sebab tertentu mengapa mereka bertindak begitu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya tidak boleh komen mengenai pentadbiran PM yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi semasa Tan Sri Muhyiddin menjadi PM-8, antara tugas saya sebagai Ketua Setiausaha Sulit pada ketika itu ialah menyelaras hal-hal berkaitan mesyuarat Kabinet.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mesyuarat mingguan Kabinet (atau istilah rasminya Mesyuarat Jemaah Menteri) diadakan pada setiap hari Rabu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kecuali ketika Parlimen bersidang, mesyuarat diadakan pada hari Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada hari Isnin, semua kertas yang hendak dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet sampai di atas meja saya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kertas-kertas ini dikelaskan sebagai \u201cRAHSIA\u201d yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada juga kertas yang dihantar kemudian sebagai \u201clate paper\u201d atau kertas lewat yang memerlukan kelulusan Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada dua jenis kertas yang dibentangkan iaitu (i) Memorandum Jemaah Menteri (MJM) yang memerlukan keputusan Kabinet dan (ii) Nota Jemaah Menteri (NJM) yang tidak memerlukan keputusan Kabinet. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kabinet hanya dikehendaki mengambil maklum sahaja kandungan kertas tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara perkara yang dibawa dalam bentuk MJM ialah dasar-dasar baharu kerajaan, rang undang-undang yang hendak dibentangkan di Parlimen, kontrak atau perjanjian kerajaan, bantuan untuk rakyat dan perkara-perkara lain yang memerlukan keputusan Kabinet.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara perkara-perkara yang hendak dimaklumkan sahaja kepada Kabinet seperti hasil lawatan Menteri ke luar negara, penganjuran persidangan-persidangan antarabangsa, penerimaan perwakilan negara asing ke Malaysia dan lain-lain perkara yang tidak memerlukan keputusan Kabinet dibawa dalam bentuk NJM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua kertas ini disediakan oleh kementerian yang berkaitan dan dibentangkan oleh Menteri masing-masing dalam mesyuarat Kabinet.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kebanyakan kertas yang dibawa ke mesyuarat Kabinet mengandungi hal-hal yang berkaitan dengan day-to-day running of the government atau hal ehwal pentadbiran harian kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak semua kertas ini mempunyai \u201cnews value\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kecuali jika ia melibatkan keputusan-keputusan penting yang berkaitan dengan kebajikan rakyat seperti pemberian bantuan tunai langsung (direct cash transfer), moratorium pinjaman bank, bantuan untuk perniagaan, subsidi dan lain-lain, maka perkara-perkara ini mesti diumumkan kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika terdapat kertas-kertas sebegini, saya akan memaklumkan kepada Setiausaha Akhbar untuk menyediakan deraf kenyataan untuk diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenyataan ini disediakan oleh kementerian yang berkaitan, bukan oleh Pejabat Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenapa?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerana ia berkaitan dengan dasar, data dan fakta yang hanya diketahui oleh kementerian yang berkaitan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Contohnya, jika ia melibatkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional, hanya Kementerian Kewangan yang mempunyai maklumat dan data mengenai jumlah penerima, jumlah peruntukan, kriteria penerima, syarat-syarat kelayakan, kaedah penyaluran dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, adalah penting deraf kenyataan mengenainya disediakan dan disemak oleh Kementerian Kewangan terlebih dahulu sebelum diumumkan oleh Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah Kabinet membuat keputusan, barulah pengumuman dibuat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin akan meneliti teks pengumuman baris demi baris untuk memastikan apa yang diumumkan adalah selari dengan keputusan Kabinet. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kadang-kadang ada juga ketikanya Kabinet membuat keputusan yang berbeza daripada apa yang dicadangkan oleh Kementerian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai sebahagian daripada \u201cbest practice\u201d kami di PMO pada ketika itu, teks akhir pengumuman mesti mendapat \u201csign-off\u201d daripada Ketua Setiauaha Kementerian atau Menteri yang berkaitan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Biasanya Tan Sri sendiri akan bertanya samada teks itu telah disemak oleh pihak kementerian atau Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak pernah pengumuman dibuat secara off-the-cuff. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini untuk mengelakkan kesilapan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih-lebih lagi apa yang keluar dari mulut Perdana Menteri adalah dasar yang tidak boleh ditarik balik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika ditarik balik, atau tersilap fakta, maka itu akan menampakkan kelemahan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atas sebab inilah, Tan Sri Muhyiddin tidak mengadakan sidang media secara off-the-cuff setiap kali selepas mesyuarat Kabinet. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika ada perkara-perkara penting yang hendak diumumkan kepada rakyat, pengumuman akan dibuat secara langsung di televisyen. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyat akan diberitahu jam berapa pengumuman akan dibuat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah diumumkan, teks pengumuman akan diedarkan kepada media dan dihebahkan melalui media sosial. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain mendengar pengumuman di televisyen, rakyat juga boleh membaca teks pengumuman tersebut yang mengandungi banyak maklumat dan penjelasan yang molek diketahui oleh rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, saya akui oleh kerana Tan Sri Muhyiddin memimpin negara ketika pandemik, peluang untuk bertemu wartawan agak terhad. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau bukan tidak suka atau tidak mahu menjawab soalan wartawan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wartawan yang membuat liputan sidang media Tan Sri Muhyiddin tahu bagaimana cara beliau menjawab soalan-soalan wartawan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Amat jarang sekali beliau menjawab secara ringkas atau mengambil pendekatan evasive (mengelak) daripada menjawab soalan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau akan menjawab setiap soalan secara jelas, terperinci dan objektif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Datuk Dr Marzuki Mohamad<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Ke-10 menjadikan sidang media selepas mesyuarat Kabinet sebagai satu SOP baharu. Ini satu amalan baik yang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14654,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-14653","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14653","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14653"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14653\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14655,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14653\/revisions\/14655"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14654"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14653"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14653"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14653"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}