{"id":14676,"date":"2022-12-20T12:07:02","date_gmt":"2022-12-20T12:07:02","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14676"},"modified":"2022-12-20T12:07:04","modified_gmt":"2022-12-20T12:07:04","slug":"boleh-percaya-anwar-tak-campur-tangan-kes-mahkamah-soal-tun-faisal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/20\/boleh-percaya-anwar-tak-campur-tangan-kes-mahkamah-soal-tun-faisal\/","title":{"rendered":"Boleh Percaya Anwar Tak Campur Tangan Kes Mahkamah? Soal Tun Faisal"},"content":{"rendered":"\n<p>Seorang bekas pemimpin UMNO meluahkan rasa kurang percaya terhadap jaminan dan ikrar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memerangi rasuah, tidak campur tangan dalam kes mahkamah dan memastikan kebebasan badan kehakiman.<\/p>\n\n\n\n<p>Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz turut mempersoalkan berhubung janji Anwar untuk menurunkan harga minyak selepas 24 jam mengangkat sumpah Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya beliau mempertikaikan kebolehpercayaan ikrar Anwar untuk tidak campur tangan dalam kes mahkamah berdasarkan beberapa janji yang dibuat sebelum ini telah tidak ditepati.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini termasuk Anwar pernah menafikan audio perbualan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sedang perkara itu sememangnya berlaku, katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tun Faisal juga berkata Anwar pernah berjanji tidak melantik bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, tetapi tidak menepatinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya Perdana Menteri juga sebelum ini berjanji tidak melantik Zahid, sebaliknya Ahli Parlimen Bagan Datuk yang kini dibicarakan terhadap tuduhan rasuah diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Anwar memberi jaminan bahawa kerajaannya tidak akan campur tangan dalam mana-mana kes mahkamah yang sedang berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan kebebasan badan kehakiman.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelaku perdana menteri, saya tidak akan campur urusan badan kehakiman, dan mereka (hakim) jalankan (tugas) dengan bebas dan telus.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perlembagaan (Persekutuan) dan rakyat, dan akhirnya kepada Allah SWT,\u201d katanya pada sidang Dewan Rakyat pagi tadi (20 Disember 2022).<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Tun Faisal berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menerima nasib buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu jika mendengar cakapnya berhubung pelan jajaran baharu dirancang Zahid dan Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika pemimpin dan ahli UMNO percaya apa yang saya sakap mengenai Zahid, sokongan terhadap Anwar dan jajaran baharu, UMNO dan BN tidak akan kalah begitu teruk macam sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah lawan Zahid tapi ahli UMNO pilih untuk percaya Zahid, pembodek-pembodek beliau dan ejen Anwar dalam UMNO. Masih tak percaya lagi Zahid memang dah lama rancang untuk bersama Anwar dan Pakatan Harapan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang bekas pemimpin UMNO meluahkan rasa kurang percaya terhadap jaminan dan ikrar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memerangi<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14677,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-14676","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14676","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14676"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14676\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14678,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14676\/revisions\/14678"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14677"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14676"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14676"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14676"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}