{"id":147,"date":"2020-06-19T06:27:44","date_gmt":"2020-06-19T06:27:44","guid":{"rendered":"https:\/\/preview.amplethemes.com\/ample-magazine\/?p=44"},"modified":"2020-08-24T19:05:17","modified_gmt":"2020-08-24T19:05:17","slug":"pembunuhan-watak-menu-harian-menjatuhkan-kredibiliti-pemimpin-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/06\/19\/pembunuhan-watak-menu-harian-menjatuhkan-kredibiliti-pemimpin-pas\/","title":{"rendered":"\u2019Pembunuhan Watak\u2019: Menu Harian Menjatuhkan Kredibiliti Pemimpin PAS"},"content":{"rendered":"\n<p> <\/p>\n\n\n\n<p>\u2018Character assassination\u2019 atau \u2018pembunuhan watak\u2019 adalah teknik untuk mencederakan kredibiliti musuh, terutamanya terhadap pemimpin politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Iras matlamat menghalalkan cara &#8211; fakta betul atau tidak bukanlah neraca penting. <\/p>\n\n\n\n<p>Sasarannya supaya musuh terpalit keburukan, ditohmah tanpa sempadan hinggalah objektif akhir, rakyat tidak mengundi parti pemimpin tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Di Malaysia, parti politik yang kerap dijadikan sasaran \u2018character assassination\u2019 adalah parti berteraskan teologi, Parti Islam Semalaysia (PAS). <\/p>\n\n\n\n<p>Cuma sasaran kepada pemimpinnya tidaklah memberi bekas seumpama taufan, walaupun sedikit sebanyak membantutkan perjalanan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebabnya mudah, dasar dan matlamat parti ini sudah lama ditarbiah sebagai akidah perjuangan serta disulami dengan akhlak mulia dan amal ibadah pemimpinnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Anda lihatlah sendiri bagaimana musuh politik cuba mencalarkan watak presidennya, Dato\u2019 Seri Abdul Hadi Awang. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau seorang Tok Guru, namun sejak 80-an sudah ditohmah dengan pelbagai cara, baik pada ucapan berkarisma ataupun langkah politik yang gagal diramal oleh politikus. <\/p>\n\n\n\n<p>Hingga kini, beliau terus utuh di persada politik negara hingga menjadi rujukan kepada parti-parti lain, kawan mahupun bekas lawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Anda masih ingat kelakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden parti PKR semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbekalkan sehelai kertas dicetak kabur, lalu dibacakan dalam satu ceramah politik bahawa beliau memiliki dokumen berkaitan isu RM90 juta. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ceramah, disebarkan bagai nak rak supaya orang hadir ke \u2018majlis pendedahannya\u2019, yang ternyata omong-omong kosong. <\/p>\n\n\n\n<p>Fakta kertas hitam legam tidak penting, yang penting kredibiliti PAS dan Tok Guru berjaya \u2018dibunuh\u2019 \u2013 tanpa ingat hamba Allah SWT inilah yang mempertahankannya daripada tuduhan liwat melalui ucapan dan tulisan buku. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga sasaran \u2018pembunuhan watak\u2019 dihalakan kepada pimpinan lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Pimpinan PAS walaupun berkemampuan, seolah-olah tidak boleh memiliki kereta Mercedes atau Vellfire berplat \u2018PAS dua angka\u2019, nanti akan ditohmah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pimpinan muda PAS walaupun seorang tauke stesen minyak, \u2018haram\u2019 memiliki motosikal berkuasa besar, kelak akan diviralkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan di luar sana setakat Vellfire ataupun Ducati Streetfighter V4, cikgu baharu \u2018posting\u2019 pun ramai yang dah layan. <\/p>\n\n\n\n<p>Terbaharu, \u2018pembunuhan watak\u2019 kotor ini berterusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kali ini pemimpinnya adalah Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali. <\/p>\n\n\n\n<p>Tok dalang utama tentulah pimpinan parti DAP. Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh mendakwa Dr. Mohd Khairuddin melanggar arahan kuarantin setelah pulang daripada Turki pada 7 Julai 2020. <\/p>\n\n\n\n<p>Persoalan itu disambung permainan di media sosial semahunya oleh penyokong Pakatan Harapan (PH). <\/p>\n\n\n\n<p>Jawapan belum diberikan, tetapi \u2018pembunuhan watak\u2019 terhadap \u2018kehebatan\u2019 menteri muda PAS ini telah berlaku minit ke minit. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin DAP dan PH sedar Dr. Mohd Khairuddin seorang pemimpin bijak. <\/p>\n\n\n\n<p>Kredibilitinya perlu dijatuhkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, beliau memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun diambil secara persendirian. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian mendapat tawaran belajar di negara Jordan hingga ke peringkat Sarjana. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun beliau seorang ustaz, namun beliau juga seorang pendidik dan ahli perniagaan yang berjaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas pulang daripada Jordan, sebelum meraih gelaran Doktor Falsafah (PhD) beliau sudah mendirikan pusat pengajian dan kebajikan anak-anak fakir miskin Darul Fuqaha di Sg. Merab, Bangi. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga mengasaskan beberapa buah rangkaian Sekolah Rendah Islam Pintar dan tahfiz. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perniagaan, beliau mengasaskan pelbagai syarikat produk kosmetik, makanan kesihatan, restoran, penerbitan dan pelancongan. <\/p>\n\n\n\n<p>Diceritakan \u2013 semasa PAS menang memerintah Terengganu pasca 2018, beliau dilantik menganggotai pimpinan enam buah anak syarikat kerajaan negeri yang mengalami kerugian. <\/p>\n\n\n\n<p>22 bulan kemudian &#8211; semasa beliau meletak jawatan selepas dipilih menjadi menteri &#8211; semua anak syarikat tersebut mencatatkan keuntungan. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga antara menteri yang disifatkan paling aktif dan berjaya, walaupun baharu lima bulan memegang jawatan utama di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. <\/p>\n\n\n\n<p>Nilai eksport keseluruhan sawit umpamanya, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini adalah melebihi hampir RM 1 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu walaupun wabak COVID-19 melanda dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Eksport minyak sawit Malaysia ke India juga galak meningkat berbanding semasa Teresa menjadi menteri yang sama, iaitu direkodkan penurunan drastik hampir 94 peratus pada empat bulan pertama 2020. <\/p>\n\n\n\n<p>Menyenaraikan fakta-fakta kehebatan menteri ini, tidak pelik \u2018pembunuhan watak\u2019 akan terus menjadi menu tetap hari demi hari. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepada pimpinan PAS, berhati-hatilah! <\/p>\n\n\n\n<p>DAP dan PH tidak akan duduk diam memerhati langkah anda, kekurangan anda mahupun kelebihan anda berbanding mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Seperti dimaklumi, tentera siber mereka tidak kenal yang mana fakta, yang mana auta. <\/p>\n\n\n\n<p>Dr Nabila Din<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u2018Character assassination\u2019 atau \u2018pembunuhan watak\u2019 adalah teknik untuk mencederakan kredibiliti musuh, terutamanya terhadap pemimpin politik. Iras matlamat menghalalkan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":280,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"image","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-147","post","type-post","status-publish","format-image","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","post_format-post-format-image"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/147","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=147"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/147\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":278,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/147\/revisions\/278"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/280"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=147"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=147"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=147"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}