{"id":1478,"date":"2020-09-09T07:37:32","date_gmt":"2020-09-09T07:37:32","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1478"},"modified":"2020-09-09T07:37:33","modified_gmt":"2020-09-09T07:37:33","slug":"gelora-pop-islamisme","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/09\/gelora-pop-islamisme\/","title":{"rendered":"Gelora POP Islamisme"},"content":{"rendered":"\n<p>Pop Islamisme adalah antara topik fenomena budaya beragama yang dikesan muncul dari negara-negara Barat seawal kira-kira 20 tahun yang lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia merupakan reaksi masyarakat muslim di sana yang menjadi mangsa diskriminasi akibat kempen Islamofobia.<\/p>\n\n\n\n<p>Lalu dengan tekanan yang sedia ada, mereka cuba mengolah imej beragama dengan menerima elemen-elemen budaya pop agar mereka dapat diterima oleh masyarakat setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian senario Islam di beberapa negara Barat seawal tahun 2000.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Sejak Pertengahan 2000<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Manakala di Malaysia, Pop Islamisme menjadi sebahagian dari eksperimen &#8216;strategi&#8217; politik bagi kumpulan Islam agar mereka dilihat sebati dengan arus budaya semasa anak muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Evolusi yang berlangsung ini menyaksikan perubahan fokus dari wacana ideologi perjuangan yang ingin dibawa, berpindah kepada mengikuti arus budaya pop semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada kalanya ia dilihat menumpang populariti pihak lain untuk meraih sokongan orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakalanya pula ia dilihat tidak fokus dalam mengketengahkan isu rakyat &amp; umat secara serius.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan terkadang ia kelihatan provokatif kerana tidak sesuai dengan suasana setempat yang umatnya sudah sedia diterapkan dengan nilai-nilai Islam, tidak seperti di negara-negara Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekalipun pendukung Pop Islamisme cuba menafikan wujudnya kecenderungan hedonisme dalam pendekatan mereka, namun reaksi-reaksi mereka ketika diminta penjelasan jelas membenarkan kebimbangan tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Reaksi-reaksi defensif seperti mengejek &amp; tergesa-gesa meremehkan nasihat hakikatnya adalah antara gejala bawaan hedonisme.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Bukan Sekadar Soal Hukum<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Apabila dikatakan bahawa sekarang kita berdepan dengan krisis pemikiran, bermakna permasalahan-permasalahan semasa perlu dibahas dari sudut ideologi terlebih dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Realitinya ramai yang tidak sabar untuk meneliti sudut pandang ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap fenomena pasti mempunyai akar pemikirannya yang tersendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Cukup silap jika kita terus membicarakan soal hukum feqh terlebih dahulu, kerana berapa banyak permasalahan budaya &amp; gaya hidup masyarakat yang akhir sekali merosakkan itu bermula dari perkara-perkara yang hukum asalnya kelihatan harus.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan bukan semua perkara harus itu wajar dibuat. <\/p>\n\n\n\n<p>Di sinilah kita temui pedoman dari sabda Nabi, bahawa perkara-perkara kabur yang boleh mendatangkan implikasi buruk itu, hanya sedikit orang yang mencermatinya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Punca Perbezaan Cara Pandang<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Setelah merenung panjang akan sejarah polemik &#8216;uslub&#8217; dalam membawa halatuju da&#8217;wah, bolehlah kita rumuskan bahawa ia berpunca dari cara berfikir yang berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita memahami bahawa da&#8217;wah itu berorientasikan pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia mesti membina akal budi, menaiktaraf tahap kefahaman &amp; menginspirasikan umat samada dari sudut akhlak, pemikiran &amp; perilaku moral. Ia dinamik. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa yang sama da&#8217;wah sifatnya mandiri &amp; perlu dibawa dengan ilmu agar Islam yang dibawa itu boleh diikuti dengan kesedaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara golongan yang mendukung pendekatan Pop Islamisme pula cuba menqiaskan kononnya da&#8217;wah itu ibarat perniagaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sememangnya tabiat berniaga mempunyai kecenderungan ke arah sikap pragmatik.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan terkadang ia dirasakan sesuai dengan cara &#8216;bad publicity&#8217;, asalkan dapat menarik perhatian orang ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk melangsungkan idea seperti itu, cukup dengan gaya &amp; semangat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ternyata ia memang kelihatan meriah, namun tanpa sedar lupa akan tujuan asal da&#8217;wah.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Menginsafi Realiti Umat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya jika kita selaku penda&#8217;wah benar-benar bergaul dengan masyarakat awam, kita akan dapati mereka sangat memerlukan panduan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bergaul yang dimaksudkan di sini bukan dengan berprogram, atau mengenakan baju entiti kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya secara &#8216;natural&#8217;, tidak perlu &#8216;selfie&#8217; atau perilaku-perilaku gopoh yang hanya akan menggambarkan siapa yang dijadikan sebagai objek. <\/p>\n\n\n\n<p>Umat di luar sana tidak meminta kita jadi macam mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita pun tidak perlu memandang rendah terhadap daya penilaian mereka dengan mencuba-cuba gaya yang kelihatan &#8216;cool&#8217;, kononnya sebagai helah da&#8217;wah. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ada otak untuk membezakan antara interaksi yang jujur &amp; interaksi yang palsu dibuat-buat.<\/p>\n\n\n\n<p>Cubalah keluar sejenak dari kelompok sendiri, banyak realiti kehidupan yang boleh kita pelajari. <\/p>\n\n\n\n<p>Santai bukan maksudnya hanyut.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Mu&#8217;izz Muhammad<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pop Islamisme adalah antara topik fenomena budaya beragama yang dikesan muncul dari negara-negara Barat seawal kira-kira 20 tahun<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1479,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[18],"class_list":["post-1478","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-islam","tag-islam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1478","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1478"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1478\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1480,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1478\/revisions\/1480"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1479"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1478"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1478"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1478"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}