{"id":14790,"date":"2022-12-25T11:47:36","date_gmt":"2022-12-25T11:47:36","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14790"},"modified":"2022-12-25T11:47:38","modified_gmt":"2022-12-25T11:47:38","slug":"membendung-kenaikan-harga-dengan-penurunan-permintaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/25\/membendung-kenaikan-harga-dengan-penurunan-permintaan\/","title":{"rendered":"Membendung Kenaikan Harga Dengan Penurunan Permintaan?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya berkesempatan mendengar Sidang Media YB Menteri Ekonomi melaporkan inflasi dan situasi harga terkini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menarik mendengar penjelasan yang lebih terperinci.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rumus utama yang saya fahami YBM mengutarakan \u2018demand-side intervention\u2019 sebagai antara langkah baharu utk menurunkan harga. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita perlu mengambil langkah untuk meningkatkan keanjalan permintaan untuk membendung kenaikan harga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">YBM memaklumkan keanjalan permintaan rakyat Malaysia untuk makanan dan minuman bukan alkohol umumnya adalah rendah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Harga yang meningkat tidak dituruti dengan penurunan permintaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Logik YBM ialah, sekiranya permintaan menurun berikutan kenaikan harga (iaitu keanjalan permintaan tinggi), kenaikan harga dapat dikurangkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau mencadangkan intervensi permintaan dilaksanakan tanpa memperincikan apakah bentuk intervensi yang akan diambil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramai yg menghubungi saya bertanya mengenai kenyataan ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertama, sebaiknya pihak yang berkenaan harus lebih berhati-hati dan memahami secara menyeluruh dalam mengutarakan cadangan penyelesaian keatas masalah ekonomi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Get the right economics.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kaji secara terperinci apakan punca yang menyebabkan kenaikan harga, bukan \u2018kesan-akibat\u2019 kenaikan harga. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga makanan sejak kebelakangan ini?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pastinya peningkatan harga bukan disebabkan oleh peningkatan permintaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Permintaan stabil dan tiada lonjakkan akibat musim perayaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Besar kemungkinan ianya berpunca dari kekurangan bekalan, supply-side.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan kadar pengeluaran kendiri (Self Sufficiency Level-SSL) pengeluaran ayam dan telor ayam mencecah 104% dan 115%, adalah jelas kenaikan harga ayam dan telor ayam adalah berpunca dari bekalan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bekalan kurang disebabkan oleh pengurangan pengeluaran oleh pengeluar tempatan atau pun bekalan dieksport ke pasaran yang lebih menguntungkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengharapkan penurunan permintaan sebagai penyelesai kepada kenaikan harga adalah tidak betul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keanjalan permintaan merujuk kepada respons permintaan terhadap kenaikan harga. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umumnya kenaikan harga menyebabkan permintaan menurun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya kadar penurunan permintaan lebih besar dari kadar kenaikan harga, permintaan dianggap anjal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keanjalan adalah tertakluk kepada beberapa faktor penentu utama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antaranya, status produk, keupayaan beralih kepada produk lain (switching options), tahap pendapatan dan juga kesegeraan keperluan produk berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah ayam dan telur menghampiri status ruji? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Makanan utama rakyat setiap hari? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah terdapat produk makanan lain yang merupakan pengganti yang sesuai untuk pengguna beralih dari ayam dan telor ayam?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">YBM memaklumkan jumlah permintaan dalam kategori makanan dan minuman bukan alkohol tidak menurun. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah kuantiti permintaan atau jumlah perbelanjaan yang dirujuk?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mungkinkah kuantiti kekal tetapi jumlah perbelanjaan meningkat berikutan harga yang lebih tinggi? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengguna terpaksa mengorbankan perbelanjaan yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Khususnya kumpulan berpendapatan rendah tidak mempunyai banyak pilihan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Profail perbelanjaan yang lebih terperinci diperlukan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Khususnya mengikut kelas pendapatan untuk YBM merumuskan status keanjalan permintaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kumpulan berpendapatan tinggi lazimnya mempunyai keanjalan yang rendah terhadap kenaikan harga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks harga ayam dan telur ayam, mungkin permintaan mereka langsung tidak anjal. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah kumpulan ini yang dimaksudkan oleh YBM?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adalah tidak wajar mengharapkan kumpulan berpendapatan rendah untuk bertindak menurunkan permintaan sebagai langkah mengekang kenaikan harga. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Intervensi untuk meningkatkan keanjalan permintaan kumpulan berpendapatan rendah? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini tidak betul dan tidak wajar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari sudut ekonomi, saya berpandangan kenyataan YBM untuk kenaikan harga dibendung melalui penurunan permintaan adalah kenyataan yang \u2018terlalu mudah\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penurunan permintaan sebagai langkah mengekang kenaikan harga yang kita alami-too simplistic!<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ianya seolah menggambarkan penurunan permintaan adalah antara penyelesaian kenaikan harga. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kes yang ekstrem, adakah tiada permintaan langsung merupakan langkah efektif membendung kenaikan harga? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini bukan penyelesaian!<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita berhadapan dengan banyak lagi masalah dan cabaran ekonomi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Logik ekonomi amat penting dalam menangani masalah-masalah ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perekonomian yang betul penting dalam membentuk polisi dan tindakan yang akan diambil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semoga YB Menteri Ekonomi dan para pegawai berkenaan dapat menelaah setiap satu masalah ini dengan lebih terperinci dan membawa ekonomi Malaysia ketahap yang cemerlang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MINDA UKM: Tangani masalah ekonomi dengan perekonomian yang betul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Tan Sri Prof Dr Noor Azlan Ghazali<\/em><br><em>Bekas Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya berkesempatan mendengar Sidang Media YB Menteri Ekonomi melaporkan inflasi dan situasi harga terkini. Menarik mendengar penjelasan yang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14791,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-14790","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14790","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14790"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14790\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14792,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14790\/revisions\/14792"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14791"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14790"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14790"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14790"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}