{"id":14798,"date":"2022-12-26T10:33:13","date_gmt":"2022-12-26T10:33:13","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14798"},"modified":"2022-12-26T10:33:49","modified_gmt":"2022-12-26T10:33:49","slug":"10000-ketua-isi-rumah-terima-bantuan-khas-banjir-januari-ini-mb-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/26\/10000-ketua-isi-rumah-terima-bantuan-khas-banjir-januari-ini-mb-terengganu\/","title":{"rendered":"10,000 Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Khas Banjir Januari Ini \u2013 MB Terengganu"},"content":{"rendered":"\n<p>Bantuan Khas Tunai RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di Terengganu dijangka mula diagihkan pada Januari hingga Februari depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Besar&nbsp;Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata proses itu akan mengambil sedikit masa kerana pihaknya perlu meneliti serta mendapatkan senarai mangsa daripada jabatan serta agensi yang bertanggungjawab menyelaraskan urusan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata 10,000 KIR dijangka akan&nbsp;menerima bantuan itu bagi meringankan beban selepas mengalami kerugian harta benda akibat banjir teruk bermula 18 Dis lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMekanisme (bantuan) adalah seperti amalan sebelum ini&nbsp;iaitu secara tunai untuk ringankan beban mangsa,\u201d katanya ketika ditemui selepas Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya bagi bantuan selain wang tunai, ia akan diteliti oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terlibat, yang kemudiannya akan&nbsp;dikemukakan kepada kerajaan negeri, dan ketika ini&nbsp;kerajaan negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan pasca banjir bagi membolehkan mangsa&nbsp;dapat pulang ke rumah dengan selamat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPaling penting semua mangsa dapat pulang ke rumah, untuk seminggu ini fokus kepada kerja pembersihan dahulu. Keperluan lain akan diteliti oleh JPKK masing-masing kerana masalah setiap orang tak sama,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata beliau akan memohon supaya kerajaan Persekutuan&nbsp;mempercepatkan projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring Fasa Dua bagi mengatasi masalah banjir teruk di kawasan Kuala Nerus.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya projek fasa satu yang telah dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini juga perlu kepada penambahbaikan bagi menghadapi banjir luar jangka seperti yang berlaku minggu lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBanjir kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah. Projek tebatan yang direka bentuk oleh Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) sebelum ini adalah berdasarkan keadaan lama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerdasarkan situasi semasa perlu ada penambahbaikan untuk tebatan lama. Insya-Allah JKR dan JPS akan cari jalan untuk selesai perkara ini,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bantuan Khas Tunai RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di Terengganu dijangka mula<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14799,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[50],"tags":[51],"class_list":["post-14798","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-terengganu","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14798","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14798"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14798\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14801,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14798\/revisions\/14801"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14799"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14798"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14798"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14798"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}