{"id":14802,"date":"2022-12-26T11:02:27","date_gmt":"2022-12-26T11:02:27","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14802"},"modified":"2022-12-26T11:07:52","modified_gmt":"2022-12-26T11:07:52","slug":"gelombang-hijau-2-kekuatan-pn-di-pahang-perak-melaka-dan-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/26\/gelombang-hijau-2-kekuatan-pn-di-pahang-perak-melaka-dan-johor\/","title":{"rendered":"Gelombang Hijau 2: Kekuatan PN Di Pahang, Perak, Melaka Dan Johor"},"content":{"rendered":"\n<p>&#8216;Gelombang Hijau\u2019 turut melanda dengan kekuatan yang&nbsp;<em>\u2018formidable\u2019<\/em>&nbsp;di Pahang dan Perak hingga hampir dapat membentuk kerajaan negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala di Melaka dan Johor turut bergelombang dengan lebih besar serta mencipta potensi&nbsp;<em>\u2018convincing\u2019<\/em>&nbsp;untuk masa depan PERIKATAN NASIONAL (PN).<\/p>\n\n\n\n<p>Berikut huraian perincian mengikut negeri-negeri tersebut:<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>Pahang<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Di Pahang, jika PRU14 seakan pertembungan antara BN dan PH, tetapi PRU15 menjadi sebaliknya iaitu antara BN dan PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Parlimen PRU14, BN menang 9 kerusi dan PH pula 5 kerusi, sedang PAS tidak memenangi sebarang kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun pada PRU15, PN meraih 7 kerusi, BN tinggal 5 kerusi dan PH pula berbaki 2 kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi DUN PRU14, BN unggul dengan 25 kerusi, PH dengan 9 kerusi dan PAS hanya 8 kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi PRU15 menyaksikan BN dan PN masing-masing menang 17 kerusi, sedang PH kekurangan kepada 8 kerusi sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, BN memilih bergabung bersama PH membentuk kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya, Gelombang Hijau jelas berlaku kepada PN yang menerima peningkatan jumlah undi hingga menarik undi di pihak BN, dan mengalih sokongan serta mengurangkan undi PH. <\/p>\n\n\n\n<p>PN mendapat 37.9 peratus atau 330,912 undi daripada keseluruhan jumlah undi sah sebanyak 872,888 undi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan pada PRU14, PAS menerima 25.7 peratus atau 170,605 undi daripada keseluruhan 662,570 undi. <\/p>\n\n\n\n<p>BN pada PRU14 mendapat 43.15 peratus, merosot kepada hanya menerima 38.4 peratus pada PRU15. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga PH, dari 30.9 peratus undi diperolehi pada PRU14, tetapi pada PRU15 hanya 22.9 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan kekuatan gelombang tersebut, seandainya BN dan PH sejak awal \u2018berani\u2019 membayangkan mereka akan bergabung pasca-PRU15, semua kerusi BN akan tewas kepada PN, kecuali P.078 Cameron Highlands yang akan beralih ke tangan PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga PH akan turut tewas kepada PN di P.080 Raub.<\/p>\n\n\n\n<p>BN juga hanya akan menang 2 DUN sahaja daripada 17 DUN yang dimenangi PRU15 baru-baru ini, iaitu di N.02 Jelai yang kini dipegang oleh Menteri Besar, Dato\u2019 Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan N.05 Benta sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala kerusi PH yang sepatutnya tewas kepada PN ialah N.13 Semambu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini bererti PN sepatutnya menang 33 DUN di mana bukan sahaja memerintah Kerajaan Negeri Pahang, tetapi juga dengan kekuatan melebihi majoriti dua pertiga. <\/p>\n\n\n\n<p>Pun demikian, dengan faktor politik semasa, PN dijangka mencapai mudah kemenangan tersebut pada PRU16 nanti, insya Allah.<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>Perak<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Di Perak, pada PRU14 dahulu PAS mendapat 16.3 peratus undi dan tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi PRU15 menyaksikan blok PN diwakili PAS dan BERSATU mendapat 30.8 peratus undi. <\/p>\n\n\n\n<p>Peningkatan memberangsangkan sekali ganda itu membolehkan PN meraih kemenangan di 10 Parlimen.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>PH pula dari mengungguli 13 Parlimen pada PRU14 dahulu, kali ini susut 2 kerusi apabila cuma menang 11 Parlimen PRU15. <\/p>\n\n\n\n<p>PH juga mengalami kemerosotan undi sebanyak 7 peratus apabila menerima 43.3 peratus undi, berbanding 50.3 peratus pada PRU14 dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara BN hanya tinggal 3 kerusi dengan mendapat 25 peratus undi sahaja, berbanding 11 Parlimen dimenangi PRU14 dahulu meliputi 33.2 peratus undi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRU14 dahulu, jumlah undi sah adalah sebanyak 1,189,267 undi, di mana pada PRU15 pula adalah sebanyak 1,482,208.<\/p>\n\n\n\n<p>PN juga sepatutnya telah memimpin Kerajaan Negeri Perak kerana boleh memenangi 39 DUN berdasarkan \u2018Gelombang Hijau\u2019 dan penolakan ketara kepada BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari 9 DUN dimenangi BN ketika ini, mereka sepatutnya tewas di semua kerusi itu dan PH pula mengalami penyusutan undi ketara.<\/p>\n\n\n\n<p>PH juga akan tewas di 4 DUN yang dimenangi ketika ini kepada PN, iaitu N.24 Hulu Kinta, N.26 Tebing Tinggi, N.43 Tulang Sekah dan N.44 Sungai Rapat. <\/p>\n\n\n\n<p>Daripada 59 DUN, PRU14 lalu PH menang 29 DUN, BN menang 27 DUN dan PAS cuma 3 DUN. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi PRU15 ini, PN menang 26 DUN, PH menang 24 DUN dan BN cuma 9 DUN.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, PH yang didominasi dan diketuai DAP telah berpakat dengan BN diketuai Umno mencukupkan majoriti mudah untuk menjadi kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dato\u2019 Seri Shaarani Mohamad yang sepatutnya tewas itu diberikan kedudukan sebagai Menteri Besar, ia setelah beliau berada di jawatan itu sebelum ini juga dengan sokongan DAP.<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>Melaka<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Semangat \u2018Tak kan Melayu hilang di dunia\u2019 diungkap Hang Tuah begitu ketara dalam keputusan PRU15 di Melaka. <\/p>\n\n\n\n<p>PN mengungguli kedudukan teratas apabila mendapat 159,238 undi bersamaan 30.9 peratus. <\/p>\n\n\n\n<p>Disusuli BN menerima 152,613 undi (29.6%), manakala PH memperoleh 125,272 undi (24.3%) daripada keseluruhan 515,041 undi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan pada PRU14 lalu, PAS ketika itu yang kini bersama blok PN hanya mendapat 8.65 peratus atau 35,733 undi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan PH ketika itu memperoleh 52.9 peratus atau 218,415 undi. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala BN menerima 38.1 peratus atau 157,339 undi daripada keseluruhan 412,902 undi tahun 2018 itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ianya menghasilkan keputusan di 6 Parlimen negeri ini telah dimenangi sama banyak, iaitu masing-masing 3 Parlimen oleh PN dan PH, berbanding pada PRU14 dahulu PH (4) dan BN (2). <\/p>\n\n\n\n<p>PRU15 ini PH gagal mempertahankan kerusi P.136 Tangga Batu dan BN pula terus \u2018lenyap\u2019 di Parlimen negeri bersejarah itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRU14 lalu, dari 28 DUN Melaka, PH menang 15 DUN sekali gus menjadi kerajaan, manakala BN menjadi pembangkang dengan menang hanya 13 DUN. <\/p>\n\n\n\n<p>Seperti diketahui umum, Melaka antara yang awal mengadakan PRN atas kemelut dan permainan politik pihak tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>PRN itu berkeputusan BN menerima mandat di 21 DUN dan PH hanya tinggal 5 DUN, manakala PN mendapat 2 DUN. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, jika corak sokongan PRU15 kekal pada PRN seterusnya, BN dilihat hanya mampu bertahan di N.10 Asahan dan N.27 Merlimau, sementara PH pula bakal kehilangan N.17 Bukit Katil.<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>Johor<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Di Selatan Tanah Air, PH masih blok terbesar yang mengumpul 42.7 peratus undi apabila menang 15 Parlimen termasuk P.146 Muar yang ditandingi atas tiket MUDA. <\/p>\n\n\n\n<p>Pun begitu, ianya merosot berbanding PRU14 di mana PH menang 18 Parlimen ketika itu dengan 54.4 peratus undi diperolehi.<\/p>\n\n\n\n<p>BN pula sungguhpun berjaya melakukan pertambahan kepada 9 Parlimen berbanding PRU14 hanya menang 8 kerusi, tetapi mengalami kemerosotan sebanyak 8.6 peratus. PRU kali ini BN hanya menerima 30 peratus berbanding 38.6 peratus undi semasa PRU14 tahun 2018 dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS pada PRU14 dahulu adalah blok PN pada hari ini yang mencatat dapatan hanya 7 peratus undi, di mana hilang deposit di kebanyakan kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun PRU15 atas bendera PN berjaya meraih P.143 Pagoh dan P.154 Mersing dengan mendapat sejumlah 26.9 peratus undi iaitu meningkat 20 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2018Gelombang Hijau\u2019 boleh menjadi lebih besar di negeri ini seandainya BN sejak awal menzahirkan hasrat bersama PH pasca-PRU15. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerusi BN akan beralih ke PN adalah P.147 Parit Sulong, P.148 Ayer Hitam, P.155 Tenggara, P.156 Kota Tinggi, P.157 Pengerang, P.164 Pontian dan P.165 Tanjung Piai.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga PH, disebabkan \u2018persundalan\u2019 itu akan turut terjerumus tewas kepada PN di kerusi P.141 Sekijang dan P.146 Muar. <\/p>\n\n\n\n<p>BN hanya memperolehi kepastian menang cuma satu kerusi iaitu P.151 Simpang Renggam, manakala satu kerusi, P.153 Sembrong pula berada pada situasi 50-50 antara BN dan PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini bererti, PN sebenarnya boleh memenangi sekurang-kurangnya 11 Parlimen, manakala PH pula akan hanya memperolehi 13 Parlimen. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun paling nyata daripada keputusan PRU15 ini ialah kemenangan BN pada PRN15 tahun lalu hingga dapat memerintah negeri, adalah tidak signifikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRN15 Johor, BN menerima 40 DUN, PH memperoleh 13 DUN termasuk masing-masing 1 DUN atas tiket PKR dan MUDA, sementara PN hanya mendapat 3 DUN. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan semasa PRU14 dahulu, PH memperoleh 36 DUN, BN menerima 19 DUN dan PAS mendapat hanya 1 DUN sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>BN sepatutnya hanya menang 7 DUN iaitu di N.06 Bekok, N.26 Machap, N.27 Layang-layang, N.30 Paloh, N.31 Kahang, N.55 Pekan Nanas dan N.56 Kukup. <\/p>\n\n\n\n<p>Satu kerusi BN N.19 Yong Peng akan beralih kepada PH, namun satu kerusi PH iaitu N.13 Simpang Jeram pula beralih kepada PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini bermakna PN insya Allah sebenarnya boleh menang di 36 DUN dan mentadbir Kerajaan Negeri Johor, manakala PH kekal 13 DUN. <\/p>\n\n\n\n<p>Keseluruhan jumlah undi sah pada PRU15 di negeri tersebut adalah 1,933,629 berbanding 1,507,396 undi semasa PRU14 tahun 2018 dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>Bersambung<\/em>\u2026.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>IZWAN ABDUL HALIM<\/p>\n\n\n\n<p><a href=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/17\/gelombang-hijau-strong-formidable-and-convincing\/\">Bahagian 1<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8216;Gelombang Hijau\u2019 turut melanda dengan kekuatan yang&nbsp;\u2018formidable\u2019&nbsp;di Pahang dan Perak hingga hampir dapat membentuk kerajaan negeri. Manakala di<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14803,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-14802","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14802","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14802"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14802\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14806,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14802\/revisions\/14806"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14803"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14802"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14802"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14802"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}